Tujuan Blog

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Blog ini aku cipta sebenarnya bertujuan berkongsi ilmu dan pengalaman. Dah bertahun-tahun lamanya aku teringin nak buat blog tetapi aku memang laa tak pandai dalam bab-bab IT nii...


Untuk mengarang atau menulis pun aku memang tak berapa nak reti....nanti tak de sapa pun yang sudi nak baca...buat malu ajer. Aku admire tengok orang yang pandai menulis dan membuat novel...


Apa pun aku hanya 'penselpatah' yang cuba untuk menulis bagi berkongsi pengalaman... serta tempat-tempat menarik yang aku pernah pergi semasa menjalankan kerja di tapak dan juga program yang pernah aku ikuti juga tips-tips yang boleh dijadikan panduan serta buku/novel yang aku dah baca...juga filem/drama yang dah aku tonton...makanan/resepi yang aku pernah cuba...produk kecantikan yang pernah aku guna...semoga ianya dapat memberi kebaikkan kepada semua...


Antaranya mungkin berkaitan dengan kesihatan, sejarah, photography, bangunan, book review, hobi, masakan, pengalaman, gajet, tanaman, drama/filem review, hiasan, pelancongan dan sebagainya.


Blog aku ini mungkin tak de mengenai fesyen atau pun tudung sebab itu bukan kepakaran aku. Aku ni seorang yang simple jer...bukan jenis up to dated bab-bab fesyen.


Dan sori jugak mungkin berkaitan make up pun aku tak dapat nak tulis...sebab aku bukan seorang yang pandai bermake up....tetapi tips dan produk penjagaan muka (skincare) yang aku guna...mungkin boleh aku paparkan dalam blog aku ni.

Untuk pengetahuan korang jugak...gambar kat blog nii kebanyakkannya adalah merupakan gambar koleksi peribadi aku sendiri serta gambar untuk kerja survei dan bukannya gambar untuk blog...sebab tu korang akan lihat gambarnya kurang menarik dari sudut fotografi. Selain itu gambarnya juga diambil dalam keadaan tergesa-gesa kerana kengkangan kerja yang banyak kat site aku kena cover sebab kekurangan 'man power'. So aku minta maaf atas kekurang tersebut.


Semoga blog ini dapat memberi manafaat kepada semua. Maaf diatas segala kekurangan.

Sekian. Wassalam.

No comments:

Post a comment