Friday, 28 August 2020

Jom Kita Cuba Buat Extension Face Mask Popcorn Pattern Bertemakan Hari Kemerdekaan

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Hai korang semua… Apa khabar hari ni.. Semoga sihat-sihat ajer yea hendaknya. Hari nii aku nak tunjukkan kat korang semua bagaimana nak buat extantion face mask pattern popcorn bertemakan bendera malaysia.

Benang yang aku suka guna adalah dari jenama Nona. untuk buat Extension face mask nii korang kena guna 4 warna...kuning (No 70), biru, merah (N101) dan putih. Selain itu korang kena ada jarum kait, gunting dan juga butang. 



Untuk sebuku benang aku dapat dengan harga RM 2.20 kat Shopee. kalau kat area rumah aku RM 2.90. Jauh jugak bezanya kan!!. Kalau beli banyak memang untung beli kat Shopee.

Memang tengah top sekarang nii face mask tema bendera….banyak warna benang yang dah habis…so kena tunggu lama untuk stock baru sampai.

Yang leceh sikit nak buat face mask tema nii ialah sebab korang kena tukar-tukar warna benangnya. lambat la sikit nak siap berbanding buat guna satu warna jer.


Bagi yang baru nak try buat...korang boleh tengok diagram kat atas. Nampak macam susah tapi korang kena cuba banyak kali untuk dapatkan rentaknya.

Mulakan dengan lapan tali air dan kemudian lapan kelopak bunga popcorn...aku guna benang warna kuning diraja.



Kebetulan pulak masa nii benang aku dah banyak habis...jadi aku guna jer apa yang ada. Sebab tu korang tengok warna benang biru aku tu macam pucat sikit dan warna merahnya pulak merah meroon. Aku tengah tunggu stock benang yang aku order sampai.



Satu Extension Face Mask nii aku boleh siapkan dalam masa 1 jam. Face Mask yang aku buat nii untuk saiz standard...orang dewasa dan kanak-kanak pun boleh pakai.



Sesiapa yang berminat bolehlah mencubanya yea. Lepas nii aku bercadang untuk buat face mask mengikut warna negeri pulak....hikkkk...hikkk....hikkk...

Sekian.

Wednesday, 19 August 2020

Nasi Goreng Cencaluk Yang Sedap Dan Membuka Selera

 Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Hai apa khabar korang semua hari nii? Hari ni aku nak tunjuk kat korang  bagaimana nak buat nasi goreng cencaluk yang mudah tetapi sedap weii. 

Bahan-bahannya 
3 cawan nasi 
1 1/2 camca besar cencalok, buang sedikit airnya
1 cawan isi ayam
1 biji bawang besar, hiris
2 ulas bawang putih, hiris
1 camca besar cili kisar
10 biji cili padi
1 biji tomato
Hirisan daun bawang, untuk hiasan
Bawang goreng, untuk hiasan
Belahan limau kasturi, untuk hiasan 


Cara membuatnya

1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bawang besar, bawang putih dan cendawan. Masukkan daging ayam dan cili kisar. Biar hingga masak. Masukkan cencalok, kacau rata dan tolak ke tepi kuali. 

2. Masukkan nasi dan cili padi hiris, gaul rata. Besarkan api dan masak sambil digaul. Kecilkan semula api. Rasa nasi tadi, jika kurang masin tambah sedikit kicap cair.

3. Akhir sekali masukkan tomato, masak sekejap dan hidangkan dengan taburan daun bawang dan bawang goreng. Jika suka boleh perah limau kasturi sebelum dimakan.

Selamat Mencuba...

Sekian.

Tuesday, 11 August 2020

Sambal Goreng Cencaluk Pembuka Selera

 Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Hai korang semua..Apa khabar hari nii? Hari ni aku nak bagi kat korang resepi bagaimana nak buat sambal cencaluk goreng. Sedap giler weii....makan pulak dengan nasi panas...perrgh meleleh air liur.

Buatnyer tak susah pun....Tak sampai sejam dah siap!

Bahan-bahan

1/2 botol Cencaluk

20 biji cili padi

2 biji bawang merah

3 ulas bawang putih

sedikit gula


Cara Membuatnya

1. Mula-mula korang blender bawang merah, bawang putih dan cili padi kemudian tumiskan dalam kuali dengan sedikit minyak. Biarkan sehingga kekuningan dan naik bau.

2. Kemudian masukkan cencaluk dan gaul sekata. Masak sehingga seakan-akan kering.

3. Akhir sekali masukkan sedikit gula dan gaulkan sekata. Siap untuk dihidangkan

Sekian.

Wednesday, 5 August 2020

Mengait Extension Face Mask Pattern Popcorn Yang Gebu Gebas..

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Hai korang semua.. Apa Khabar hari nii ? Seperti biasa aku doakan korang semua berada dalam keadaan sihat walafiat hendaknya. 1 Ogos hari tuu dah bermula dikuatkuasa untuk wajib memakai face mask. So hari ni aku nak menulis cara untuk mengait extension face mask pattern popcorn yang gebu gebas tuu. 


Pada awalnya aku tak berminat pun nak mengait extension face mask nii sebab sibuk nak menyiapkan alas meja dan juga tempahan sarung botol air. Tetapi disebabkan banyak permintaan daripada tuan empunya tempahan sarung botol air...jadi aku pun gagah dan rajinkan diri untuk membuat extension face mask nii....dan aku pilih pattern popcorn sebab aku berkenan dan suka tengok popcorn yang gebu gebas nii..


Untuk pengetahuan korang...aku bukanlah pandai sangat mengait. Setelah 3 kali cubaan...baru aku dapat ikut rentak pattern popcorn nii...alhamdulillah aku puashati dengan hasilnya. Cubaan pertama aku post di fb...dan aku terima tempahan sebanyak 80 pcs. Tak sangka pulak banyak tempahan...bermula dari hanya mengisi hobi di waktu lapang.


Untuk membuat extension face mask pattern popcorn nii ada beberapa keperluan yang korang kena sediakan...

Bahan-bahan yang perlu ada

2 biji benang kait berlainan warna

3 biji butang

jarum kait

jarum benang lubang besar

gunting


Okey..jom aku tunjukkan cara-cara nak mengait entension face mask pattern popcorn...Mula-mula sekali orang kena ada benang kait. Aku guna benang jenama Nona. Sebaik-baiknya kena ada 2 warna...1 warna untuk bahagian bunga dan 1 warna lagi untuk bahagian daun. Kalau korang guna 2 warna benang...entension face mask korang akan nampak lagi menarik dan berseri. Dah siap semua bahan...korang mulakan dengan mengait 8 tali air. Korang boleh tengok kat diagram.



Modal untuk buat extension face mask nii tak banyak sangat aku rasa. Disebabkan jarum kait, gunting dan jarum lubang besar aku dah ada...so aku hanya perlu beli benang dan butang sahaja. Benang aku boleh dapat dengan harga RM 2.50 sebuku bagi jenama Nona. Butang pulak aku beli kat Shopee dengan harga RM 6.90 untuk 100 pcs. 1 unit face mask kena guna 3 butang



Tak susah pun nak buatnya...korang boleh tengok diagram. Mula-mula korang kena buat bunganya dahulu yang bahagian tengah tuu. Kemudian bolehlah buat bahagian daunnya pula iaitu bahagian kiri dan kanan. Untuk bahagian daunnya korang kena lebihkan sedikit benang di penghujungnya nanti...tujuannya supaya mudah korang nak jahit butang.


Untuk sekuntum extension face mask pattern popcorn nii...aku mengambil masa lebih kurang 1 jam untuk menyiapkan. Nampak macam simple jer tetapi mengambil masa sikit jugak untuk menyiapkannya. Untuk sebuku benang nona...korang boleh dapat dalam 5 kuntum.


Apabila dah siap mengait popcorn nii bolehlah korang jahit butangnya pula...aku menggunakan butang saiz 17 mm (saiz yang standard dan sesuai untuk face mask). Kalau korang beli saiz yang kecil dari 17 mm...face mask korang mudah tertanggal. Korang boleh juga guna saiz 18 mm - 20 mm. Butang dan benang aku beli kat Shopee...lebih murah. Kalau walk in kat kedai banyak yang dah habis stock.


Harga pasaran bagi extension face mask pattern popcorn nii lebih kurang RM 8 - 10 seunit. Harga ikut pada korang sendiri. Kalau korang dapat beli benang dan butang dengan harga yang lebih murah...bolehlah korang jual dengan harga yang murah.


Tak menang tangan dibuatnya...ramai yang menempah tak putus-putus. Kalau korang nak cari income tepi bolehlah cuba mengait extension face mask pattern popcorn nii... Selamat Mencuba..

Sekian.