Tuesday, 21 July 2020

Mengait Sarung Botol Air Corak Bunga Tulip

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Hari korang semua apa khabar hari nii…? Diharap semuanya berada dalam keadaan sihat dan baik-baik hendaknya.  Disebabkan ramai yang minta aku ajar cara-cara mengait sarung botol air…so hari nii aku nak tulis tentangnya. Aku nii memang tak de belajar mengait daripada sesiapa atau mana-mana kelas tetapi disebabkan minat yang mendalam aku belajar sendiri melalui buku pada awalnya.


Pada yang baru nak cuba-cuba mengait...teruskan usaha dan jangan cepat mengalah. Hari ni aku nak tunjuk cara mengait sarung botol air corak bunga tulip. Bagi aku corak nii merupakan corak yang menarik dan simple untuk dipelajari. Untuk buat sarung botol air nii...ia ada 4 peringkat yang perlu korang patuhi...Peringkat pertama membuat tapaknya. 



Mula-mula korang kena kait bahagian bawah botol iaitu tapaknya. Mulakan dengan mengait 8 tali air dan kemudian dicantumkan jadi bulatan. 

Selalunya tapak botol air berbentuk bulat. Berapa pusingan lingkaran bulatan itu bergantung kepada saiz botol air yang korang nak buat tu. Kalau botol air kecil 500 liter mungkin guna 3 lingkaran sahaja. Kalau botol air 700 liter....4 lingkaran dan botol air 1 liter 5 lingkaran. So korang ejuz sendiri yea...ikut saiz tapak botol air korang. Korang boleh lihat kat diagram


Dah siap tapak korang nak kena kait supaya tapak tu melengkung ke atas membentuk seakan bakul. Kat sini selalu orang akan keliru atau konfius... Korang lihat kat diagram kat bawah nii...korang boleh faham. Korang kait macam diagram nii dan automatik tapak nii akan jadi melengkung ke atas.


Peringkat ke dua pula... korang kena kait bahagian badannya pula. Part sini yang korang kena faham... semasa korang kait tapak korang akan kait di bahagian dalam...dengan bahasa mudahnya ia akan ke dalam. Jarum korang berada di bahagian dalam tapak. Tetapi untuk badannya pulak...korang mengait dari luar tapak...(bahagian badan luar, bukannya kait dari bahagian badan dalam).


Mulakan pada bahagian daunnya...aku guna benang warna hijau. Kait macam bentuk V. Dah siap daunnya barulah dikait untuk bahagian bunga tulipnya pula. Kat sini ikut kepada kreativiti korang nak guna warna apa untuk menyerlahkan lagi bunga tulip tuu. Kalau korang guna warna terang memang nampak terserlah. Korang boleh jugak nak gabungkan warna-warna yang korang suka...yang penting kreatif supaya nampak sweet gitu...



Untuk bahagian badan utamanya...terpulang pada korang nak guna chain satu, chain dua atau chain tiga. Aku suka guna chain tiga...cepat sikit siap dan mudah sebab ianya lebih panjang/tinggi. Kalau guna chain tiga aku hanya perlu kait dua baris sahaja. Aku guna benang warna yang lembut dan cerah untuk bahagian badan supaya bunga tulip nampak lagi menarik. Untuk botol air 1 liter...korang akan kait 5 baris bunga tulip.


Peringkat yang seterusnya adalah bahagian tali pula. Untuk tali pendek...korang hanya kait dalam 45 baris. Kalau nak tali panjang untuk disangkut kat bahagian bahu...korang kena kait hingga 70 baris. Korang kena pandai-pandai ejuz sendiri sebab kalau budak sekolah rendah 55 hingga 60 baris dah ok.


Untuk pengetahuan korang semua...Aku suka guna benang jenama NONA kerana lebih lembut dan sekata..Harga untuk sebuku benang NONA kat tempat aku ialah RM 2.90. Untuk sebiji sarung botol air nii korang boleh jual dalam RM 25.00 - 30.00 untuk saiz 1 liter. Benang yang digunakan pun tak banyak...anggaran dalam sebuku lebih sikit benang jer. Kecuali korang guna banyak warna.


Masa yang diambil untuk mengait satu botol air nii lebih kurang 1 hari kalau tekun. Kalau hanya santai-santai boleh siapkan dalam 2 hari. Selamat mencuba yea..

Sekian.

No comments:

Post a comment