Wednesday, 29 July 2020

TimeWise Repair Volu-Firm Lifting Serum Advance...Serum Untuk Anti Penuaan.

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Hai korang semua...Apa khabar hari nii? Hari ni entri aku berkaitan dengan produk kecantikkan dari jenama Mary Kay lagi. Kalau korang pernah baca entri aku dan korang sedia maklum bahawa aku bukanlah seorang Konsultan Kecantikan Mary Kay... Tujuan aku hanya nak buat review tentang pengalaman aku menggunakan produk nii iaitu TimeWise Repair Volu-Firm Lifting Serum Advance.


Kebelakangan ini...aku banyak buat review tentang produk Mary Kay. Bila usia dah hampir mencecah ke 5 series dan terlibat dengan kerja-kerja luar melawat tapak projek yang terdedah dengan kerakusan sinaran matahari terik memancar.... memaksa diri aku untuk mencari produk yang sesuai dan terbaik untuk kulit aku nii. Dahulu mungkin aku tak berapa nak ambik kisah tentang penjagaan kulit aku nii sebab tiada menghadapi masalah yang serius. Masuk jer tahun 2020 nii...aku dah mula sibuk mencari produk penjagaan kulit (skincare) terutama untuk kulit muka. Sebabnyer kerana kulit muka aku senang sun burn...yang keduanya..ciri-ciri penuaan sudah mula berkunjung tiba. Oleh itu aku memilih untuk mencuba Mary Kay TimeWise Repair Volu-Firm Lifting Serum Advance. 


Bagusnya Mary Kay TimeWise Repair Volu-Firm Lifting Serum Advance ialah ia serum yang juga dapat menganjalkan kulit.

Kebaikan 
1. Menegang dan mengangkat kulit.
2. Mengenyalkan kulit.
3. Memulihkan keremajaan kulit dan keserian wajah.
4. Memulihkan kelembutan kulit.
5. Mengurangkan kehadiran garisan halus, kedutan dan garisan-garisan pada kawasan leher.
6. Meningkatkan kelembapan kulit sebanyak 61% dengan kadar segera.

Seperti yang korang sedia maklum...produk Mary Kay nii memang agak mahal sikit harganya. Untuk Mary Kay TimeWise Repair Volu-Firm Lifting Serum Advance harganya RM 264.00 (29ml). Aku dah guna produk nii hampir 4 minggu...dan aku perasan kulit muka aku sedikit anjal...dah kurang nampak tembam.... Serum nii yang bestnya tidak melekit dan mudah menyerap ke dalam kulit dengan segera. Kulit tak nampak berminyak pun! Aku guna 2 kali pam pun dah mencukupi untuk merata keseluruhan muka. 

Sekian.

Tuesday, 21 July 2020

Mengait Sarung Botol Air Corak Bunga Tulip

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Hari korang semua apa khabar hari nii…? Diharap semuanya berada dalam keadaan sihat dan baik-baik hendaknya.  Disebabkan ramai yang minta aku ajar cara-cara mengait sarung botol air…so hari nii aku nak tulis tentangnya. Aku nii memang tak de belajar mengait daripada sesiapa atau mana-mana kelas tetapi disebabkan minat yang mendalam aku belajar sendiri melalui buku pada awalnya.


Pada yang baru nak cuba-cuba mengait...teruskan usaha dan jangan cepat mengalah. Hari ni aku nak tunjuk cara mengait sarung botol air corak bunga tulip. Bagi aku corak nii merupakan corak yang menarik dan simple untuk dipelajari. Untuk buat sarung botol air nii...ia ada 4 peringkat yang perlu korang patuhi...Peringkat pertama membuat tapaknya. 



Mula-mula korang kena kait bahagian bawah botol iaitu tapaknya. Mulakan dengan mengait 8 tali air dan kemudian dicantumkan jadi bulatan. 

Selalunya tapak botol air berbentuk bulat. Berapa pusingan lingkaran bulatan itu bergantung kepada saiz botol air yang korang nak buat tu. Kalau botol air kecil 500 liter mungkin guna 3 lingkaran sahaja. Kalau botol air 700 liter....4 lingkaran dan botol air 1 liter 5 lingkaran. So korang ejuz sendiri yea...ikut saiz tapak botol air korang. Korang boleh lihat kat diagram


Dah siap tapak korang nak kena kait supaya tapak tu melengkung ke atas membentuk seakan bakul. Kat sini selalu orang akan keliru atau konfius... Korang lihat kat diagram kat bawah nii...korang boleh faham. Korang kait macam diagram nii dan automatik tapak nii akan jadi melengkung ke atas.


Peringkat ke dua pula... korang kena kait bahagian badannya pula. Part sini yang korang kena faham... semasa korang kait tapak korang akan kait di bahagian dalam...dengan bahasa mudahnya ia akan ke dalam. Jarum korang berada di bahagian dalam tapak. Tetapi untuk badannya pulak...korang mengait dari luar tapak...(bahagian badan luar, bukannya kait dari bahagian badan dalam).


Mulakan pada bahagian daunnya...aku guna benang warna hijau. Kait macam bentuk V. Dah siap daunnya barulah dikait untuk bahagian bunga tulipnya pula. Kat sini ikut kepada kreativiti korang nak guna warna apa untuk menyerlahkan lagi bunga tulip tuu. Kalau korang guna warna terang memang nampak terserlah. Korang boleh jugak nak gabungkan warna-warna yang korang suka...yang penting kreatif supaya nampak sweet gitu...



Untuk bahagian badan utamanya...terpulang pada korang nak guna chain satu, chain dua atau chain tiga. Aku suka guna chain tiga...cepat sikit siap dan mudah sebab ianya lebih panjang/tinggi. Kalau guna chain tiga aku hanya perlu kait dua baris sahaja. Aku guna benang warna yang lembut dan cerah untuk bahagian badan supaya bunga tulip nampak lagi menarik. Untuk botol air 1 liter...korang akan kait 5 baris bunga tulip.


Peringkat yang seterusnya adalah bahagian tali pula. Untuk tali pendek...korang hanya kait dalam 45 baris. Kalau nak tali panjang untuk disangkut kat bahagian bahu...korang kena kait hingga 70 baris. Korang kena pandai-pandai ejuz sendiri sebab kalau budak sekolah rendah 55 hingga 60 baris dah ok.


Untuk pengetahuan korang semua...Aku suka guna benang jenama NONA kerana lebih lembut dan sekata..Harga untuk sebuku benang NONA kat tempat aku ialah RM 2.90. Untuk sebiji sarung botol air nii korang boleh jual dalam RM 25.00 - 30.00 untuk saiz 1 liter. Benang yang digunakan pun tak banyak...anggaran dalam sebuku lebih sikit benang jer. Kecuali korang guna banyak warna.


Masa yang diambil untuk mengait satu botol air nii lebih kurang 1 hari kalau tekun. Kalau hanya santai-santai boleh siapkan dalam 2 hari. Selamat mencuba yea..

Sekian.

Tuesday, 14 July 2020

TimeWise Moisture Renewing Gel Mask Menentang Usia Ketika Tidur...

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Hai korang semua...Apa khabar hari nii? Hari ni entri aku berkaitan dengan produk kecantikkan dari jenama Mary Kay. Seperti yang korang sedia maklum...aku bukanlah seorang Konsultan Kecantikan Mary Kay yea... Aku hanya nak buat review tentang pengalaman aku menggunakan produk nii iaitu TimeWise Moisture Renewing Gel Mask.


Aku memang suka pakai mask. Pelbagai jenis mask aku dah cuba... antaranya ialah  1. Tanah liat (Clay) 2. Peel-off (boleh tanggal) 3. Krim 4. Minyak Suam (warm-oil) 5. Wap (Thermal) 6. Semulajadi (Neutral)...Mask muka yang aku guna terdiri dari dua jenis iaitu yang jenis gel dalam tiub dan yang jenis sheet. Kebanyakkannya memang mudah dapat di pasaran terutama Watson dan Guardian. Tetapi kali nii aku nak cuba satu jenis lagi mask yang dipanggil gel mask yang boleh dipakai sewaktu tido...nampak macam best jer kan!! Ada kalanya rasa nak pakai mask tetapi malas pulak nak basuh..betul kan!

Citernyer begini... aku terlihat review TimeWise Moisture Renewing Gel Mask nii kat youtube... terus aku rasa ingin mencubanya. Kebetulan pulak masa nii aku memang tengah mencari mask yang boleh melembapkan kulit muka aku. Tak nak membebel panjang... Jom kita mengenali keistimewaan TimeWise Moisture Renewing Gel Mask ni yang merupakan produk untuk menentang usia ketika tidur dengan menggunakan masker penghidratan pembaharuan kulit.

Kulit akan kehilangan lembapan yang vital seharian, dan ini akan memberi impak pada penampilan kulit. Formula TimeWise Moisture RenewingTM Gel Mask MOISTURE-LOCK membantu meningkatkan paras lembapan kulit dan memenuhi keperluan lembapan kulit dalam semalaman. Urutkan sahaja produk ini selepas langkah pelembapan dan biarkan produk ini menyempurnakan tugasnya bagi memperkuat lagi rejimen penentang usia dengan ekstrak bahan botani berbau harum yang segar. Pada waktu pagi, kulit akan kelihatan lebih muda, lebih bingkas, lebih tegang, berasa lebih lembut dan sihat, dan tampak lebih segar dari dalam lantas menampilkan kulit yang tampak muda.


Cara penggunaan
Korang kena cuci muka dulu dengan Cleanser, pastu pakai softener - serum  - Moisturizer  dan last sekali barulah guna  Renewing Gel Mask.

Gel Mask ni pun sama macam masker muka yang lain… korang hanya gunakan 3 kali jer seminggu atau pun selang 2 hari. 1 tiub boleh bertahan hampir 9 bulan lamanya. Harganya agak mahal sedikit tetapi berbaloi dibeli. Harga RM 110.00 untuk 85g. Yang bestnyer... kerana ianya merupakan satu-satunya mask yang boleh dibawa tidur. Tak perlu nak bersusah payah mencucinya....macam clay mask tu....leceh kan! kan!

Aku dah guna produk nii 3 minggu lebih...dan aku sangat menyukainya sebab gel mask nii memberi kelembapan pada kulit muka aku... Bila bangun pagi tuu terasa kulit muka nii macam best jer tengok...tak kering dan tak la berminyak sangat. Kulit aku nii jenis berminyak tetapi boleh jadi kering jika aku banyak sangat buat kerja luar.



Tips Penggunaan :
1. Gunakan produk penjagaan kulit dan supplement Mary Kay yang bersesuaian dengan keperluan kulit korang. Misalnya, untuk kulit cerah, korang boleh menggunakan MelaCEP Whitening System Essence sebelum pemakaian TimeWise Moisture RenewingTM Gel Mask. Untuk keperluan kulit yang lain, korang boleh menggabungkan produk penjagaan kulit dan supplement sebelum pemakaian mask untuk memaksimumkan faedah produkn tersebut.

2. Gunakan Mask Botanical Customized Skin Care dan TimeWise Moisture RenewingTM Gel Mask secara selang hari. Gunakan mask Botanical Customized Skin Care pada hari pertama untuk pengelupasan kulit, diikuti dengan TimeWise Moisture RenewingTM Gel Mask pada hari berikutnya untuk melembap dan memperbaiki kulit.

3. Jika kulit korang kering pulak, gunakan Age-Fighting Moisturizer selepas TimeWise® Night Solution dan akhirnya dengan TimeWise Moisture RenewingTM Gel Mask.


Siapa yang memerlukan Gel Mask ni?
a. Wanita yang inginkan anti aging benefit pada wajah....aku la tuu...
b. Wanita yang dah pun menggunakan set TimeWise tapi mencari pelengkap untuk rejiman penjagaan wajah....aku jugak tuu...
c. Wanita yang inginkan kelembapan kulitnya terkawal....

Bagaimana pula Gel Mask ni Berfungsi?
a. Dirumus untuk menarik dan mengekalkan lembapan wajah.
b. Dirumus bagi menyeimbangkan kelembapan wajah.
c. Dirumus bagi membantu menegangkan dan menenangkan kulit yang rosak.
d. Memperkuat fungsi perintang kulit dalam melawan radikal2 bebas punca kerosakan kulit.
e. Dirumus dengan high level of antioxidant iaitu acai berry berbanding teh hijau.

Kesan penggunaan Gel Mask
a. Kulit berasa lebih segar dan sihat.
b. Membantu mengecilkan pori.
c. Mengurangkan garis halus dan kedutan.
d. Kulit berasa lebih tegang, lembut dan nampak lebih fresh semulajadi.
e. Kulit akan segera terhidrat dan kulit berasa lebih moist dan anjal.
f. Mengecutkan jerawat dengan lebih cepat dan selamat.

**Tips Dari Pakar :
“Penambahan dan pengurangan mask” bermaksud menggunakan mask berunsur “pengurangan” yang boleh membantu anda mencapai pembersihan yang mendalam dalam regimen pengunaan mask dua hingga tiga kali seminggu, seperti Mask Botanical Customized Skin Care atau Mask Melacep. Mask ini boleh membantu penjanaan sel kulit baru dan boleh menjadikan kulit lebih halus. Setelah penggunaan “pengurangan” mask, anda boleh gunakan mask berunsur “penambahan” untuk melembabkan dan mengekalkan is pada kulit anda, misalnya dengan penggunaan mask terbaru “TimeWise Moisture RenewingTM Gel Mask”. Dengan ini, komponen baik mask boleh diserap ke dalam kulit sel mati terkumpul di kulit ini dan membersih agar merangsang metabolisma kulit supaya kelihatan lebih muda dan sihat. Anda juga harus ingat akan kekerapan dan cara penggunaan mask, dan gunakan mask “penambahan” dan “pengurangan” pada hari yang berlainan. Jangan di gunakan pada hari yang sama.

Sekian.

Thursday, 9 July 2020

Cheesekut Pelangi Yang Cantik Dan Sedap Dimakan

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Hari korang semua apa khabar hari nii…? Semoga semuanya berada dalam keadaan sihat dan walafiat hendaknya.  Jaga kesihatan…sebab pendemik covid masih lagi ada. Patuti SOP yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan. Hari nii aku nak ajar korang buat Cheesekut Pelangi yang cantik dan sedap dimakan. Cheesekut pelangi yang aku buat nii untuk saiz yang besar. Kalau korang buat saiz kecil...korang boleh dapat dalam 10 pack. Boleh lah bagi kat kawan-kawan, adik-beradik atau jiran tetangga.

Aku memang suka cheesekut nii...boleh redakan tekanan tau. Sebelum PKP lagi aku nak buat cheesekut nii tetapi susah pulak nak dapat Cheese Tartura ni. Sekarang pun nak cari cheese tartura pun masih lagi susah...aku terpaksa kirim kat kawan aku...harganya pun dah mahal sedikit. Dahulu harganya RM 16.00 untuk 500grm. Sekarang harganya dah jadi RM 19.90.


RESEPI CHEESEKUT PELANGI

Bahan-Bahan

·         1 paket biskut kering (apa-apa jenama pun boleh - Aku guna jenama Hup Seng)

·         1 tin susu pekat

·         1/2 cawan susu segar

·         500g cream cheese Tatura (saiz besar)

          Pewarna - aku guna biru, merah dan kuning

·        Untuk topping korang boleh guna apa-apa Jem. Aku suka jem Strawberry. Kalau korang rasa nak tabur milo atau nestum pun boleh jugak sebagai topping.P

 


Cara-Cara

1. Kisar Bahan

Pertama sekali, satukan cream cheese, susu pekat dan susu segar. Blender ketiga-tiga bahan ini sampai sebati. Aku guna mixer sebab blender aku dah rosak. Kemudian bahagikan adunan tadi mengikut berapa warna korang nak guna. Aku bahagi kepada 4 iaitu warna asli, biru, merah dan kuning.

2. Rendamkan Biskut

Celupkan pula biskut kering tadi ke dalam susu segar...celup sekejap jer, untuk biskut tu basah. Jangan sampai biskut jadi lembik. Sementara itu, buat lapisan nipis dengan cream cheese yang dikisar tadi. Lapisan tadi diselang seli dengan warna-warna kesukaan korang.

3. Lapis-Lapiskan

Susunkan biskut di atas lapisan cream cheese. Kemudian lapiskan balik dengan cream cheese. Susun pula biskut macam tadi. Ulang langkah yang sama sehingga paras 3/4 dulang.

4Letak Topping

Seterusnya, sapukan jem strawberry untuk dijadikan topping pada bahagian atas lapisan tadi. Untuk lebih menarik...boleh la juga dihias dengan buah strawberry.


Modal untuk membeli bahan-bahan cheesekut Strawberry.... Biskut Hup seng RM 4.30, Susu Pekat RM 2.30, Susu Cair kotak besar RM 5.50, Cheese Beqa Tatura RM 19.90 (500grm). Jem strawberry RM 5.00 dan buah strawberry RM 15.00 kotak kecil - 18 biji. TOTAL keseluruhan budgetnya ialah RM 52.00.... 


Cheesekut nii jadi makanan feberet aku... bila korang dah siap hias dengan topping cheesekut nii, boleh la disimpan dalam peti ais. Sebaik-baiknya...kalau korang buat cheesekut nii pada sebelah petang hari, esok paginya barulah boleh dimakan sebabnya kek nii dah padat dan keras sedikit...bila potong nampak kemas dan cantik. Kena simpan 1 hari dalam peti ais baru kek korang nampak cantik bila dipotong.


Aku buat cheesekut nii untuk birthday hubby aku. Dia pun dah jadi giler makan cheesekut nii...Dahulu dia memang tak sentuh langsung. Sekarang nii dok berebut makan dengan aku. Selamat mencuba yea..

Sekian.