Tuesday, 30 June 2020

Avon Fashion Bra...Penjagaan Diri Peribadi Wanita

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Hai korang...Apa khabar hari nii? Semoga sihat-sihat ajer yea. Aku kat sini Alhamdulillah sihat. Hari nii aku nak citer kat korang tentang satu jenama yang dah lama bertapak dan terkenal di seluruh Dunia iaitu Avon. Entri aku nak fokus kepada pakaian peribadi iaitu bra Avon.



Sebelum aku fokus pada tajuk tersebut...Jom kita kenal dulu dengan jenama nii.. Avon adalah syarikat kecantikan jualan secara sosial yang paling terkemuka dan dikenali dan diminati ramai wanita bukan sahaja di  Amerika Utara, iaitu negara di mana ia mula-mula ditubuhkan tetapi di serata dunia. Hari ini wakil jualan bebas Avon berjumlah lebih dari 6,000,000 orang.



Portfolio produk Avon termasuk produk penjagaan kulit, kosmetik warna, wangian dan penjagaan diri yang memenangi anugerah, Avon menampilkan jenama ikonik seperti ANEW, Avon Color, dan Skin So Soft, serta fesyen dan aksesori yang kontemporari dan diminati ramai wanita di seluruh dunia. Setiap produk kecantikan Avon diberi jaminan bersih dan selamat serta efektif.



Avon adalah satu-satunya syarikat kecantikan mempunyai sejarah yang unik dan amat menarik yang melangkaui lebih 130 tahun. Sejak 1886 lagi Avon telah memperkasakan wanita melalui peluang ekonomi, dan syarikat juga dengan bangganya menyokong usaha untuk menamatkan kanser payudara dan keganasan rumah tangga.



Pengasas Avon David H. McConnell - Mewujudkan Syarikat untuk Wanita

Encik David H. McConnell - Pengasas Avon , David H. McConnell telah menawarkan peluang yang unik bagi wanita di abad ke-19 di Amerika: iaitu peluang untuk mempunyai pendapatan sendiri sejurus mencapai kebebasan dari segi kewangan. Pada tahun 1886 , ia adalah hampir tidak pernah di dengari bagi seorang wanita untuk menjalankan perniagaan sendiri. Hanya kira-kira 5 juta wanita di Amerika Syarikat telah bekerja di luar rumah , apatah lagi mendaki pangkat mana-mana tangga korporat. Nombor yang menyumbang hanya 20 % daripada semua wanita.

 


Pada kemuncak Revolusi Perindustrian di Amerika Syarikat , wanita hanya tertumpu kepada pekerjaan dalam sektor pertanian , perkhidmatan domestik dan pengilangan , di mana ianya adalah bidang yang tidak begitu glamor; sektor pengilangan , khususnya, adalah terkenal dengan keadaan kerjanya yang berbahaya. Selain itu , upah wanita secara menyeluruh adalah cuma sebahagian kecil daripada apa yang diterima kaum lelaki dan tidak setanding upah mereka.

 


Bagi kebanyakan wanita, perbuatan McConnell yang radikal itu mampu mengubah senario itu. Mconell berasal dari keluarga pendatang Ireland dan membesar di sebuah ladang. Namun, sebagai pemuda yang berasal dari luar bandar New York, nekadnya sebagai pemimpin yang berwawasan mendahului zamannya, telah berjaya menjadi perintis dalam memperkasakan taraf wanita di mata  dunia . McConnell , seorang usahawan penjual buku yang seterusnya menjadi pengedar minyak wangi, telah melancarkan skim yang dikenali sebagai jualan langsung kepada kaum wanita yang merebut peluang untuk menguruskan perniagaan sendiri.



Kenapa Orang Ramai Suka Membeli-belah di Avon

  • Pelbagai Produk Eksklusif dan Menarik: Ramai wanita berasa bangga menggunakan produk kecantikan Avon yang berjenama eksklusif dan tidak terdapat di mana-mana kedai kecantikan yang lain. Banyak produk Avon memenangi anugerah dan iktiraf dari Industri
  • Jaminan Produk: Setiap produk kecantikan Avon diberi jaminan bersih dan selamat serta  efektif. Pelbagai barangan dan Harga Berpatutan
  • Pemulangan Produk: Avon menjamin penerimaan produk yang ingin dipulangkan pembeli sekiranya mereka tidak berpuas hati dengan mutu barangan atau jua sebab yang diberikan
  • Katalog: Melalui katalog dan brosur yang di edarkan Avon, pelanggan akan dapati gambar-gambar produk yang cantik dan  jelas; promosi khas produk seperti ketika musim hari Raya serta produk terbaru. seperti langsir, korset, bra serta solekan asas. 


Okey…korang dah tahukan serba sedikit tentang jenama Avon nii dan bagaimana ianya mula menapak. Sekarang aku nak citer tentang bra Avon. Kenapa yea..?? Sebab 80 peratus wanita di luar sana yang salah memilih bra..atau saiz bra. Kerana kita tidak diberi pendedahan tentang perkara sebegini yang dianggap tabu oleh masyarakat. Ada juga yang sangat malu untuk berbicara tentang isu ini. Kat entri aku nii...adalah sebagai asas untuk mengenali jenis bra dan cara mengukur untuk mendapatkan saiz yang sesuai.

Korang juga boleh lihat kat youtube nii... https://youtu.be/exb6LbwWl1g  https://youtu.be/8Jk55ep4XUQ  https://youtu.be/z2JOmOyLh7g  

Bra Avon nii...bagi aku adalah bra yang terbaik kerana ia menjaga bahagian payudara wanita dengan cara yang baik serta selesa dipakai. Cupnya menutupi keseluruhan payudara...dan menjaga postur badan. Walau pun harganya agak mahal sedikit tetapi bagi yang dah biasa pakai bra Avon ini akan setia dengannya. Dan sekiranya korang melihat youtube di atas...pasti selepas ini korang akan cuba cari bra yang terbaik dan sesuai dengan payudara korang. Penjagaan diri yang baik adalah lambang peribadi sendiri.

Sekian.

Tuesday, 23 June 2020

TimeWise® Microdermabrasion Refine..Scrub Yang Membantu Mendapatkan Kulit Yang Berseri-seri.

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Hai korang… Apa khabar hari nii semuanya? Aku doakan kalian semua berada dalam keadaan sihat walafiat dan ceria-ceria selalu. Hari ni seperti biasa dan semenjak kebelakangan ini aku banyak buat review pasal produk kecantikan skincare Mary Kay. Hari ni aku nak cerita tentang pengalaman aku menggunakan TimeWise® Microdermabrasion Refine.



Set ini sebenarnya mempunyai dua produk iaitu scrub (TimeWise® Microdermabrasion Refine) dan juga serum (TimeWise® Microdermabrasion Replenish) yang sesuai untuk semua jenis kulit. Aku tak beli set tetapi aku hanya beli TimeWise® Microdermabrasion Refine sahaja. Macam yang korang semua tahu, kita tak perlu menggunakan scrub setiap hari. Cukup sekadar 2 atau 3 kali seminggu jer. 

Refine ini adalah scrub yang sangat halus (macam garam halus). Jadi korang tak perlu sental dengan kuat kerana kulit wajah kita ni sangat nipis. Di sebabkan tekstur scrub ini halus.... ia dapat membersihkan wajah korang hingga ke dasarnya. Ia dapat membantu untuk mendapatkan kulit yang berseri-seri dan bebas daripada masalahKulit wajah korang akan nampak lebih cerah dan glowing lepas menggunakannya.


Cara penggunaan:
Selepas membersih wajah, sapukan TimeWise® Microdermabrasion Refine ke atas wajah yang basah dan urut perlahan-lahan dengan gerakan membulat selama 1 ke 2 minit. Fokus pada bahagian bermasalah terutama hidung dan kawasan yang ada blackhead kerana ia boleh mengeluarkan blackhead korang. Kemudian bilas dengan air bersih.

Kebaikkannya 
1. Membersihkan sel-sel kulit mati, kekotoran dan membersih hingga ke dalam liang pori.
2. Meningkatkan baru tumbuh semula sel kulit.
3. Membantu untuk menaikkan semula kulit yang sihat dan berseri.

Harga untuk 1 set produk nii ialah RM 165.00 untuk 70g...memang kecik jer tetapi berbaloi beli sebab korang hanya perlu guna sedikit sahaja dan tahan lebih lama. Aku dah guna TimeWise® Microdermabrasion Refine hampir 4 minggu. Yang aku perasan ia boleh menghilangkan blackhead dan whitehead kat kawasan hidung aku dan juga menanggalkan sel-sel mati kat kulit muka...muka aku nampak lebih glowing. Aku guna produk nii 3 kali seminggu....sebab aku suka dengan butir-butir scrubnya yang halus tuu walaupun rasanya keras. Lepas nii aku nak try pulak TimeWise® Microdermabrasion Replenish.

** Bagi pandangan aku produk Mary Kay nii memang mahal harganya tetapi boleh bertahan sehingga ke 8 bulan sebab itu ia sangat berbaloi untuk dibeli. Produk ini menggunakan bahan semulajadi sebab itu kesan pemulihannya agak lambat sikit daripada produk yang menggunakan bahan kimia.

Sekian.

Thursday, 18 June 2020

Pink Rosa Lip Gloss Yang Menenangkan Dan Menyihatkan Bibir

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Hai korang semua…Apa khabar hari nii? Aku doakan korang semua sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat dan hepi-hepi selalu hendaknya. Hari nii aku nak bercerita tentang satu produk kecantikkan nii… yang aku suka..



Aku suka produk nii yang pertamanya kerana jenamanya iaitu Jamu Ratu Malaya (JRM)…pengasasnya Bonda Rozita. Yang ke duanya kerana mudah dibawa disebabkan saiznya yang kecil dan mudah simpan dalam handbag atau pouch kecil. Yang ke tiga sebab ianya mudah digunakan. Yang keempat ia memberikan kesan semulajadi kerana mengikut darah masing-masing. Produk yang aku maksudkan nii adalah Pinky Rosa Lipgloss...


  1. 1.     Bersifat antibakteria, antiseptikdan anti-inflamasi.

    2. Pati Bunga Ros yang menghasilkan minyak dan emolien yang membantu melembapkan dan menyihatkan bibir.

    3. Bauan pati bunga ros yang menenangkan dan digunakan sebagai aromaterapi.

     


Nak pakainyapun mudah jer…sapukan kat bibir dengan berus yang disediakan. Kalau nak cepat memang senang sangat laa. Atau setakat nak pergi ke kedai beli barangan dapur...sapu jer lipgloss nii, tak perlukan lipstick bagai. Bentuknya yang cantik seakan diamond dan pinky-pinky…comel gitu…



Yang bagusnya produk nii juga memberikan kesan kelembapan pada bibir dan juga menyihatkan bibir. Untuk pengetahuan korang semua...sebenarnya produk Pinky Rosa Lipgloss nii terhasil dari produk Pinky Rose Lipbalm. Disebabkan bahan untuk membuat Pinky Rose Lipbalm sudah agak sukar diperolehi...maka Bonda Rozita pun menghasilkan produk baru yang diberi nama Pinky Rosa Lipgloss.



Harga produk nii ialh RM 33.00 untuk 5ml. Kalau korang ahli JRM...korang boleh dapat dengan harga RM 30.70....jimat sikit laa. Walau pun harganya agak mahal sikit daripada produk kat luar tetapi sangat berbaloi membelinya.



Aku suka pakai Pinky Rosa Lipgloss nii sebab ianya tidak melekit dan juga baunya yang harus seharum bau bunga ros. Macam dah tak minat dengan lipgloss yang lain setelah pakai lipgloss Pinky Rosa nii.



Bagi korang yang suka nampak cam natural beauty tuu...memang sesuai la sangat pakai lipgloss nii sebab lip gloss nii ikut warna darah korang. Aku suka sangat lipgloss nii so aku bagi 5 bintang.


Sekian.

Wednesday, 10 June 2020

Mary Kay Oil-Free Hydrating Gel Mengembalikan Keseimbangan Kulit Dan Kaya Dengan Vitamin E

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Hai korang semua. Apa khabar hari nii? Semoga ceria-ceria sahaja hendaknya. Hari nii aku nak buat review sikit pasal produk kecantikkan.... skincare. Dari dulu lagi aku nii memang tak suka pakai losyen, krim dan sebagainya. Aku rasa rimas. Tetapi bila usia semakin meningkat dan kulit nampak macam kering semacam jerr dengan cuaca yang panas tak menentu... terpaksa la jugak aku mencari pelembap yang dapat melembap dan membaiki kulit muka aku nii. Di sebabkan aku pakai skincare dari jenama Mary Kay buat masa nii... so aku pun nak cuba la jugak pelembap dari Mary Kay ni. Jadi aku pilih.... Mary Kay Oil Free Hydrating Gel (warna light purple). 



Jom kita ketahui apa keistimewaan Mary Kay Oil Free Hydrating Gel nii sebab banyak feedback mengatakan gel nii memang bagus. 

Ianya bebas minyak dan dapat mengembalikan keseimbangan kelembapan kulit serta menghidratkan kulit sehingga 10 jam. Selain menyejukkan, gel ini juga cepat meresap, menjadikan kulit terasa licin dan lembut. Gel ini diperkaya dengan vitamin E dan sangat sesuai untuk kulit normal hingga berminyak. 
Kandungan utama yang terdapat dalam Mary Kay Oil Free Hydrating Gel 
1. Dimethicone, perapi yang memperbaiki penampilan kulit dengan menjadikan kulit tampak lebih lembut dan licin. Ia juga pelembut yang membantu mengekalkan tahap kelembutan dan kehalusan kulit.

2. Teh hijau, sejenis antioksidan yang membantu melawan radikal bebas dan melindungi kulit daripada kesan radikal bebas yang berpunca dari persekitaran. Ia juga mempunyai kebolehan untuk menenangkan dan melegakan kulit. 


Fungsi gel ini adalah sebagai pelembap tambahan bagi mengunci lembapan kulit wajah. Kalau korang yang selalu bekerja kat luar tuu... memang digalakkan untuk pakai pelembap muka. Pelembap ini bertujuan mengunci lembapan daripada diserap oleh sinar matahari. Selain itu, faktor-faktor seperti suhu, kelembapan, usia dan hormon juga boleh menjejaskan keseimbangan lembapan kulit. Kita juga memerlukan pelembap tambahan ketika bercuti ke luar negara, menunaikan haji/umrah, air-cond atau seiring dengan peningkatannya usia.

Jadi Mary Kay Oil Free Hydrating Gel ini dicipta khas untuk meningkatkan lembapan kulit wajah. Pakar-pakar juga sangat mengesyorkan pelembapan optimum untuk semua jenis kulit agar kulit lebih lembut, lebih halus dan tampil lebih muda. Mary Kay Oil Free Hydrating Gel  telah diuji secara klinikal untuk kerengsaan dan alergi kulit. Selain itu ia juga bebas minyak dan bahan pewangi.


Cara penggunaannya: 
Korang boleh guna gel nii selepas menggunakan pelembap harian. Aku guna gel ni selepas aku sapu TimeWise Replenishing Serum + C kat muka. Mary Kay Oil Free Hydrating Gel ada menyediakan tool kecil macam sudu aiskrim tu untuk memudahkan korang menggunakan gel tersebut tanpa menyentuhnya dengan jari yang mungkin ada kekotoran. Korang hanya perlu pakai sedikit sahaja dalam 1 cm dah boleh cover seluruh muka dan leher. Terasa lembut bila korang sapu kat muka dan rasa nak urut-urut jer muka tu tanpa henti. Memang best!! Muka pun nampak cam lembap seakan basah tetapi tidak berminyak.

Setelah 2 minggu lebih aku menggunakan Mary Kay Oil Free Hydrating Gel ini... aku lihat kulit muka aku semakin lembap dan tidak lagi mengelupas. Selain itu, kulit aku pun terasa lebih lembut dan sekata. Dengan penggunaan gel ini jugak aku rasa lebih mudah untuk aku sapu foundation kat muka aku nii....sebab lebih licin. Mungkin aku akan terus menjadi pengguna setia Mary Kay Oil Free Hydrating Gel ini.

Sekian.

Wednesday, 3 June 2020

Gulai Lemak Pisang Muda Memikat Selera

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Hai korang semua…Apa khabar hari nii? Semoga semuanya berada dalam keadaan baik-baik hendaknya. Aku rasa tempoh PKP yang panjang nii…ramai yang dah jadi master chef. Termasuklah diri aku sendiri…cewaaah…

Seronok jugak bila sekali-sekala dapat cuba resepi kat Google kan! Hari nii aku nak kongsi resepi Gulai Lemak Pisang Muda. Nii merupakan makanan kegemaran aku. Lama jugak aku tak makan gulai nii. Susah nak dapat masakan nii kat restoran-restoran. Kebetulan pulak masa pergi kedai runcit kat area rumah aku...ada pulak jual pisang muda nii. Seronoknya aku....boleh la masak Gulai Lemak Pisang Muda...

 

BAHAN-BAHANNYA :
2 sisir pisang kapas muda

4 keping tulang ikan kurau yang masih ada isi, cuci dan rendam semalaman 
2 batang serai, diketuk
2 helai daun kunyit, disiat
1 kiub ikan bilis maggi
1 kotak (200ml) santan kara
*
1/4 cawan air*(*disatukan dan kacau rata)
2 keping asam gelugur
Garam dan gula secukup rasa
Air secukupnya

 

BAHAN-BAHAN KISAR HALUS :

6 biji bawang merah kecil
3 ulas bawang putih
2 biji cili merah
2 inci kunyit hidup
1/2 inci belacan


Cara membuatnya:

1.  Cuci pisang muda hingga bersih, potong sedikit hujung dan pangkalnya, siat sedikit kulit pisang, tapi jangan dibuang, masukkan ke dalam bekas berisi air  garam. Pisang dipotong dua menyerong setiap satu, jika saiz pisang agak besar, boleh potong tiga. Buat hingga siap dan rendam. Aku beli yang dah siap dibersihkan kat kedai runcit. Jadi kerja aku lebih mudah.


2. Didihkan air, masukkan sekeping asam gelugor. Pisang yang direndam tadi, toskan dan masukkan ke dalam periuk berisi air mendidih. Celur pisang tadi hingga lembut sedikit, tos dan ketepikan.



3. Dalam periuk lain, panaskan 3 camca besar minyak masak, tumis serai hingga wangi, masukkan bahan-bahan yang telah dikisar halus dan masak hingga wangi menggunakan api kecil. Masukkan pisang, gaul rata dan tuang air hingga pisang tenggelam. Tambah baki asam gelugor dan masukkan kiub ikan bilis, kacau rata dan biarkan mendidih.


4. Toskan tulang ikan masin kurau, cuci dan masukkan ke dalam periuk. Kacau perlahan. Tuang santan dan garam secukup rasa serta sedikit gula. Kacau rata dan biarkan mendidih dengan api sederhana hingga pisang menjadi empuk. Akhir sekali masukkan daun kunyit. Selepas 5 minit bolehlah dihidangkan. Selamat mencuba!

 Sekian.