Wednesday, 13 May 2020

Roti Jala Bunga Rose Yang Cantik Dimakan

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Hai korang semua…Apa khabar hari nii? Semoga semuanya berada dalam keadaan yang sihat dan baik-baik hendaknya. Cepat sungguh masa berlalu…dah pun masuk PKP yang ke 5 sekarang nii. Semoga virus convid 19 ini pergi untuk selama-lamanya dan Negara kembali pulih dan aman.

Setelah 2 bulan lebih kena stay at home nii...aku dah semakin pandai memasak...ceewaah. Dok rajin tengok resepi kat Google. Kalau ikutkan aku nii bukannya jenis pemakan orangnya. Roti dan biskut pun dah ok jer untuk aku. Disebabkan encik suami aku selalu jer lapar...itu yang membuatkan aku nii terpaksa rajinkan diri mencari resepi untuk dimasak. Hari nii aku nak kongsikan dengan korang semua resepi untuk membuat Roti Jala Bunga Ros.



Pada awalnya aku tidaklah berminat sangat untuk buat Roti Jala Bunga Ros nii setelah melihat kawan aku membuatnya di FB...sebab bagi aku macam tak puas jer nak makan roti jala ni. Pada hari kejadian untuk membuat juadah berbuka puasa...tetiba aku rasa macam nak try pulak buat sebab rasa cam boring pulak tengok roti jala yang biasa berwarna kuning tu. Mungkin jugak mood tengah baik dan rajin kot...


Bahan-bahan untuk membuat Jala Bunga Rose ni tak banyak pun...sama jer adunannya dengan roti jala biasa cuma perbezaan dari segi warna dan juga cara tirai adunan tersebut. Jom kita buat Roti Jala Bunga Rose....

Bahan- bahan

1 1/2 cawan tepung gandum

1 1/2 cawan air

1 biji telur

2 sudu makan minyak

garam secukupnya

sedikit pewarna kesukaan – aku pilih merah, kuning dan hijau

 


Cara-cara membuatnya

1. Masukkan tepung gandung, telur, air dan minyak masak serta gaulkan sebati.

2. Kemudian masukkan sedikit garam. Kacau rata kemudian ditapis.

3. Ambil 1 senduk adunan diwarnakan dengan warna hijau untuk dijadikan warna daun, yang selebihnya diwarnakan dengan warna kesukaan. Aku suka warna merah.

4. Masukkan adunan tadi ke dalam botol roti jala.

5. Panaskan kuali non stick dengan api kecil, kirai memanjang sebanyak 3 garisan dan kemudian kirai membentuk seakan ombak di atas 3 garisan tadi. Di setiap ruang pada 4 barisan awal adunan dibubuh adunan warna hijau seakan bentuk daun. Masak sehingga bahagian bawah menjadi kering dan mudah diangkat (tak perlu dibalik).

6. Angkat dan gulung...bahagian daun digulung penghujung (last).

7. Ulangi proses ini hingga adunan habis.



Roti Jala Bunga Rose nii nampak comel jer…terasa sayang pulak nak makan. Cantik sangat kan! Yang bagusnya Roti Jala Bunga Rose ni senang  dimakan kerana saiznya lebih kecil dari roti jala yang biasa. Kalau korang buat nak bagi kat jiran-jiran pun terasa cam seronok jer. Buat pulak dalam pelbagai warna...nampak meriah gitu...



Aku suka kalau roti jala dimakan dengan kuah sardin. Biasanya roti jala nii dimakan dengan kari ayam atau pun kuah durian. Untuk bancuhan nii 5 - 7 orang boleh makan. Selamat mencuba yea...

Sekian.

No comments:

Post a comment