Monday, 18 May 2020

Mary Kay TimeWise® Replenishing Serum+C®.

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Hai apa khabar korang semua pada hari nii...? Sihat-sihat ajer hendaknya yea.. Hari nii aku ingin berkongsi dengan korang semua tentang satu produk formulasi terbaharu dari jenama Mary Kay iaitu Mary Kay TimeWise® Replenishing Serum+C®. 

Pada awalnya aku tidak bercadang pun nak beli Mary Kay TimeWise® Replenishing Serum+C® nii kerana harganya yang agak mahal. Tetapi disebabkan kulit muka aku ada masalah.... jadi aku pejamkan mata jer dan tekadkan hati untuk membelinya. Dengan harapan yang tinggi agar serum ini dapat menyelesaikan masalah kulit muka yang aku hadapi ini... kulit aku ada kesan parut akibat dari sun burn.



Harganya boleh tahan la jugak mahalnya lebih kurang RM280.00 untuk  saiz 44ml (kecik jer kan!) tetapi aku yakin kualiti produk ini setanding dengan harganya. Botol ini tahan untuk 6 minggu. Kalau yang lama berbentuk tiub (4 tiub) dan tahan untuk 1 bulan sahaja.... tetapi yang nii lebih berbaloi. Improvised dan dikilangkan di Mary Kay USA, yang tiub tu pulak di Mary Kay Korea. Kat badan botol serum ini ada pengukuran tempoh penggunaannya iaitu 6 minggu....tapi aku rasa boleh bertahan lebih lama dari tu.


Untuk pengetahuan korang semua... aku dah guna produk ini hampir 3 minggu. Seperti yang korang sedia maklum serum memang bagus untuk kulit. Serum kaya antioksidan ini dikuasakan dengan pati campuran pelbagai botanikal efektif yang mengandungi kadar Vitamin C yang tinggi. Ia mampu melindungi kulit daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas yang memberi kesan kepada ketegangan kulit.

Kenapa pentingnya pengambilan Vitamin C untuk kulit nii...Vitamin C adalah sejenis antioksidan yang memberikan pelbagai manfaat, termasuk pertahanan terhadap radikal bebas, meningkatkan pengeluaran kolagen dan mencegah penuaan kulit. Kadar Vitamin C yang amat tinggi di dalam serum mampu meningkatkan pengeluaran kolagen. Dengan bantuan kolagen yang lebih banyak dalam kulit, ia akan mengurangkan garis-garis halus dan kedutan yang seterusnya akan menghasilkan kulit yang kelihatan lebih muda. Selain itu, kepekatan Vitamin C dalam serum boleh membantu dalam meningkatkan kadar lembapan dan memelihara kulit supaya kekal terhidrat.


Packaging / Pembungkusan: Produk ini tampil dengan botol pam tanpa udara yang inovatif. Ia memastikan tiada udara yang terperangkap di dalam botol dan pegguna yakin mereka mendapat produk yang kekal segar secara maksimum dengan setiap penggunaan. 

Keberkesanan: Selepas 2 minggu penggunaan, kulit akan nampak lebih anjal, tona lebih sekata, kulit kelihatan tegang dan lebih ‘bertenaga’. 



Kandungan yang terdapat dalam Mary Kay TimeWise® Replenishing Serum+C® 

1. Ekstrak buah delima (Punica granatum). Buah delima dianggap sebagai “superfruit” kerana jumlah kandungan vitaminnya yang tinggi. Ia turut mengandungi kadar Vitamin C yang tinggi, vitamin lain dan antioksidan. Buah delima telah digunakan berkurun-kurun lamanya untuk membantu mengurangkan kesan stres oksidatif. Ekstrak buah Plum Kakadu (Terminalia ferdinandiana) didapati dari buah plum kakadu, yang dilaporkan memiliki kadar kandungan Vitamin C yang paling tinggi

2. Ekstrak buah Camu Camu (Myrciaria dubia) didapati dari buah yang dikatakan memiliki kadar kandungan Vitamin C yang kedua tinggi dalam dunia buahan. Pokok camu camu tumbuh di hutan malar hijau di Amerika Selatan.

3. Ekstrak buah ceri Acerola (Malpighia punicifolia). Buah ceri acerola memang kaya dengan vitamin A and C. Buah ini mempunyai kuasa antioksidan yang tinggi.

4. Ekstrak buah beri Black Currant (Ribes nigrum). Buah beri black currant mengandungi kadar vitamin C yang tinggi berserta vitamin dan mineral yang lain.

5. Ekstrak bijian Argan (Argania spinosa) adalah ekstrak botanikal yang didapati daripada pokok argan. Ia hanya ditemui di Afrika.


Cara penggunaannya
a. Sapukan rata ke muka korang TimeWise®Replenishing Serum+C® yang dipam sebanyak tiga kali dengan pergerakan atas dan luar. (aku pam 2 kali pun dah cukup).
b. Gunakan tiga pam pada waktu pagi dan tiga pam di waktu malam. (Serum ini boleh digunakan juga di leher dan kawasan atas dada.
c. Elakkan penggunaan di kawasan mata.

Aku suka menggunakan serum nii kerana ianya ada vitamin C yang bagus untuk awet muda...selain itu ia juga mudah meresap ke dalam kulit tanpa ada rasa kesan melekit. Dalam masa 3 minggu penggunaan kesan parut sun burn aku semakin berkurangan... aku harap selepas 6 minggu...kesan parut ini akan hilang dan kulit aku akan pulih daripada masalah sun burn.

Sekian.

No comments:

Post a comment