Saturday, 23 May 2020

Kuih Cara Manis Yang Enak Dan Lembut

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Hai korang semua…Apa khabar hari nii? Semoga semuanya berada dalam keadaan yang sihat walafiat hendaknya. Disebabkan kena stay at home jadi jom kita buat kuih untuk juadah berbuka nanti. Kuih ni aku memang suka makan…kuih tradisional. Orang kata kuih tradisional nii agak sukar membuatnya. Tapi kalau kita tak cuba kita tak akan tahukan akan kesukarannya. Tanpa membuang masa lagi...jom kita buat Kuih Cara manis hari nii...

Untuk membuat kuih cara...benda yang wajib ada ialah acuannya (acuan kuih bahulu). Kuih cara ni pulak ada dua jenis corak...yang bulat dan yang bujur. Pada awalnya aku hanya menggunakan acuan kaya ball yang aku ada tetapi macam tak berapa nak cantik pulak bagi pandangan mata aku nii. So aku pun order acuan kuih cara ni kat Shoppe...lebih kurang RM 15.00 seunit untuk 12 lubang. Tetapi comel la pulak...aku rasa kena order acuan yang besar sikit lubangnya baru nampak cantik kuih cara nii.



Bahan bahan:

2 cawan tepung gandum

3 cawan santan

2 biji telur

3 helai daun pandan

Sedikit pewarna hijau

secubit garam

 

Bahan inti :

Gula secukupnya


Cara-cara membuatnya

1. Panaskan acuan untuk kuih cara di atas dapur.

2. Daun pandan di blender dengan santan dan kemudian ditapis. Kalau takde daun pandan guna pewarna hijau.

3. Kemudian campur dan masukkan semua bahan seperti gandum, telur, garam dan santan ke dalam blender. Kisar semua bahan sehingga sebati. Tapis bagi memastikan adunan tidak berketul-ketul.

4. Bila adunan siap masukkan ke dalam botol supaya senang dituangkan ke dalam acuan kuih cara yang telah dipanaskan. Sapu sedikit minyak dahulu supaya kuih cara ini mudah ditanggalkan nanti.

5. Isikan gula di bahagian tengahnya. Kemudian tuang lagi adunan tersebut bagi menutup gula tadi.

6. Tutup acuan tersebut dengan tudung periuk dan tunggu sehingga masak. Gunakan api yang perlahan supaya kuih tu tak mudah hangit bawahnya.

7. Setelah masak bolehlah diangkat dan boleh dilekatkan secara berpasang-pasang.



Sebenarnya ada dua teknik untuk inti Kuih Cara nii…ada yang bubuh gula di bahagian dalam dan ada yang bubuh gula di bahagian atas. Aku lebih suka bubuh gula di bahagian dalamnya supaya kuih ini. Nampak lebih cantik dan tidak comot.


Adunan dimasukan ke dalam acuan separuh penuh...kemudian diletakkan gula. Setelah itu barulah dimasukkan adunan lagi sehingga penuh. kemudian ditutup dengan tudung periuk dan dibiarkan masakan selama 3 - 5 minit dengan api yang perlahan. Nak tahu adunan tu dah masak senang jer...korang akan tercium haruman yang wangi semerbak dari kuih nii dan tepungnya dah masak kenyal. Selamat mencuba yea...

Sekian.

1 comment:

  1. www.nonwovenbagmalaysia.com.my/ www.magspremiums.com
    MAGS PREMIUM GIFTS SDN BHD We specialize in premium and corporate gifts printing (cenderamata korporat) , Welcome to custom made your own design on the gifts. Example: non woven bags, tshirt, lanyard, keychain, etc...

    ReplyDelete