Friday, 29 May 2020

Cenanga Aromatheraphy Oil..Segar dan Menenangkan

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Hai korang semua…Apa khabar hari nii? Aku doakan korang semua sentiasa berada dalam keadaan sihat walafiat hendaknya. Hari nii aku nak bercerita tentang satu produk dibawah jenama Jamu Ratu Malaya yang diasaskan oleh Bonda Rozita iaitu Cenanga Minyak Angin Aromaterapi.



Minyak angin aromaterapi ekslusif ini diasaskan dari herba seperti Mentha Piperita merupakan sebatian organik minyak pudina jepun yang memiliki sifat antiseptik dan menthol yang tinggi...so bila menggunakannya korang akan ada rasa sejuk-sejuk atau dingin. Kesan dinginnya agak lama jugak sebab aku selalu sapu di belakang telinga dan juga di bahu.


Campuran Camphor yang telus dengan bau yang kuat, aromatic untuk merangsang saraf. Ia melegakan kegatalan pada kulit dan selamat juga bagi yang mengalami kulit sensitif.



Wintergreen sejenis ester organic digunakan untuk Aromaterapi bagi merawat masalah lain seperti tekanan stress, loya-loya dan mabuk, migraine, perut kembung, senggugut, legakan gigitan serangga atau nyamuk dan banyak lagi.


Seven Seas Aroma Oil adalah minyak aromaterapi yang berfungsi merawat simptom-simptom seperti segal-sengal sendi sambil menenangkan. Ianya juga baik untuk disapu pada tengkuk dan kepala untuk merawat pening atau stress yang menyebabkan urat tegang dikawasan tersebut. Dengan sapuan minyak terapi ini, korang akan merasa segar dan lega.



·   Minyak Angin aromaterapi eksklusif ini diasaskan dari herba Mentha Piperita yang merupakan sebatian organik minyak pudina jepun yang mengandungi menthol yang tinggi khasiatnya.

·  Ekstrak Camphor yang telus dangan bau yang kuat, aromatik memberikan rasa tenang dan menyegarkan.



Harga produk nii ialah RM 17.00 untuk 5ml. Botolnya kecil dan mudah dibawa ke mana-mana. Kalau korang jadi ahli..korang akan dapat dengan harga yang murah sedikit iaitu RM 15.30.


Kepada yang selalu gi travel, outstation dan memandu...memang sangat sesuai guna minyak angin aromaterapi nii.


Sekian.

Saturday, 23 May 2020

Kuih Cara Manis Yang Enak Dan Lembut

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Hai korang semua…Apa khabar hari nii? Semoga semuanya berada dalam keadaan yang sihat walafiat hendaknya. Disebabkan kena stay at home jadi jom kita buat kuih untuk juadah berbuka nanti. Kuih ni aku memang suka makan…kuih tradisional. Orang kata kuih tradisional nii agak sukar membuatnya. Tapi kalau kita tak cuba kita tak akan tahukan akan kesukarannya. Tanpa membuang masa lagi...jom kita buat Kuih Cara manis hari nii...

Untuk membuat kuih cara...benda yang wajib ada ialah acuannya (acuan kuih bahulu). Kuih cara ni pulak ada dua jenis corak...yang bulat dan yang bujur. Pada awalnya aku hanya menggunakan acuan kaya ball yang aku ada tetapi macam tak berapa nak cantik pulak bagi pandangan mata aku nii. So aku pun order acuan kuih cara ni kat Shoppe...lebih kurang RM 15.00 seunit untuk 12 lubang. Tetapi comel la pulak...aku rasa kena order acuan yang besar sikit lubangnya baru nampak cantik kuih cara nii.



Bahan bahan:

2 cawan tepung gandum

3 cawan santan

2 biji telur

3 helai daun pandan

Sedikit pewarna hijau

secubit garam

 

Bahan inti :

Gula secukupnya


Cara-cara membuatnya

1. Panaskan acuan untuk kuih cara di atas dapur.

2. Daun pandan di blender dengan santan dan kemudian ditapis. Kalau takde daun pandan guna pewarna hijau.

3. Kemudian campur dan masukkan semua bahan seperti gandum, telur, garam dan santan ke dalam blender. Kisar semua bahan sehingga sebati. Tapis bagi memastikan adunan tidak berketul-ketul.

4. Bila adunan siap masukkan ke dalam botol supaya senang dituangkan ke dalam acuan kuih cara yang telah dipanaskan. Sapu sedikit minyak dahulu supaya kuih cara ini mudah ditanggalkan nanti.

5. Isikan gula di bahagian tengahnya. Kemudian tuang lagi adunan tersebut bagi menutup gula tadi.

6. Tutup acuan tersebut dengan tudung periuk dan tunggu sehingga masak. Gunakan api yang perlahan supaya kuih tu tak mudah hangit bawahnya.

7. Setelah masak bolehlah diangkat dan boleh dilekatkan secara berpasang-pasang.



Sebenarnya ada dua teknik untuk inti Kuih Cara nii…ada yang bubuh gula di bahagian dalam dan ada yang bubuh gula di bahagian atas. Aku lebih suka bubuh gula di bahagian dalamnya supaya kuih ini. Nampak lebih cantik dan tidak comot.


Adunan dimasukan ke dalam acuan separuh penuh...kemudian diletakkan gula. Setelah itu barulah dimasukkan adunan lagi sehingga penuh. kemudian ditutup dengan tudung periuk dan dibiarkan masakan selama 3 - 5 minit dengan api yang perlahan. Nak tahu adunan tu dah masak senang jer...korang akan tercium haruman yang wangi semerbak dari kuih nii dan tepungnya dah masak kenyal. Selamat mencuba yea...

Sekian.

Monday, 18 May 2020

Mary Kay TimeWise® Replenishing Serum+C®.

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Hai apa khabar korang semua pada hari nii...? Sihat-sihat ajer hendaknya yea.. Hari nii aku ingin berkongsi dengan korang semua tentang satu produk formulasi terbaharu dari jenama Mary Kay iaitu Mary Kay TimeWise® Replenishing Serum+C®. 

Pada awalnya aku tidak bercadang pun nak beli Mary Kay TimeWise® Replenishing Serum+C® nii kerana harganya yang agak mahal. Tetapi disebabkan kulit muka aku ada masalah.... jadi aku pejamkan mata jer dan tekadkan hati untuk membelinya. Dengan harapan yang tinggi agar serum ini dapat menyelesaikan masalah kulit muka yang aku hadapi ini... kulit aku ada kesan parut akibat dari sun burn.



Harganya boleh tahan la jugak mahalnya lebih kurang RM280.00 untuk  saiz 44ml (kecik jer kan!) tetapi aku yakin kualiti produk ini setanding dengan harganya. Botol ini tahan untuk 6 minggu. Kalau yang lama berbentuk tiub (4 tiub) dan tahan untuk 1 bulan sahaja.... tetapi yang nii lebih berbaloi. Improvised dan dikilangkan di Mary Kay USA, yang tiub tu pulak di Mary Kay Korea. Kat badan botol serum ini ada pengukuran tempoh penggunaannya iaitu 6 minggu....tapi aku rasa boleh bertahan lebih lama dari tu.


Untuk pengetahuan korang semua... aku dah guna produk ini hampir 3 minggu. Seperti yang korang sedia maklum serum memang bagus untuk kulit. Serum kaya antioksidan ini dikuasakan dengan pati campuran pelbagai botanikal efektif yang mengandungi kadar Vitamin C yang tinggi. Ia mampu melindungi kulit daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas yang memberi kesan kepada ketegangan kulit.

Kenapa pentingnya pengambilan Vitamin C untuk kulit nii...Vitamin C adalah sejenis antioksidan yang memberikan pelbagai manfaat, termasuk pertahanan terhadap radikal bebas, meningkatkan pengeluaran kolagen dan mencegah penuaan kulit. Kadar Vitamin C yang amat tinggi di dalam serum mampu meningkatkan pengeluaran kolagen. Dengan bantuan kolagen yang lebih banyak dalam kulit, ia akan mengurangkan garis-garis halus dan kedutan yang seterusnya akan menghasilkan kulit yang kelihatan lebih muda. Selain itu, kepekatan Vitamin C dalam serum boleh membantu dalam meningkatkan kadar lembapan dan memelihara kulit supaya kekal terhidrat.


Packaging / Pembungkusan: Produk ini tampil dengan botol pam tanpa udara yang inovatif. Ia memastikan tiada udara yang terperangkap di dalam botol dan pegguna yakin mereka mendapat produk yang kekal segar secara maksimum dengan setiap penggunaan. 

Keberkesanan: Selepas 2 minggu penggunaan, kulit akan nampak lebih anjal, tona lebih sekata, kulit kelihatan tegang dan lebih ‘bertenaga’. 



Kandungan yang terdapat dalam Mary Kay TimeWise® Replenishing Serum+C® 

1. Ekstrak buah delima (Punica granatum). Buah delima dianggap sebagai “superfruit” kerana jumlah kandungan vitaminnya yang tinggi. Ia turut mengandungi kadar Vitamin C yang tinggi, vitamin lain dan antioksidan. Buah delima telah digunakan berkurun-kurun lamanya untuk membantu mengurangkan kesan stres oksidatif. Ekstrak buah Plum Kakadu (Terminalia ferdinandiana) didapati dari buah plum kakadu, yang dilaporkan memiliki kadar kandungan Vitamin C yang paling tinggi

2. Ekstrak buah Camu Camu (Myrciaria dubia) didapati dari buah yang dikatakan memiliki kadar kandungan Vitamin C yang kedua tinggi dalam dunia buahan. Pokok camu camu tumbuh di hutan malar hijau di Amerika Selatan.

3. Ekstrak buah ceri Acerola (Malpighia punicifolia). Buah ceri acerola memang kaya dengan vitamin A and C. Buah ini mempunyai kuasa antioksidan yang tinggi.

4. Ekstrak buah beri Black Currant (Ribes nigrum). Buah beri black currant mengandungi kadar vitamin C yang tinggi berserta vitamin dan mineral yang lain.

5. Ekstrak bijian Argan (Argania spinosa) adalah ekstrak botanikal yang didapati daripada pokok argan. Ia hanya ditemui di Afrika.


Cara penggunaannya
a. Sapukan rata ke muka korang TimeWise®Replenishing Serum+C® yang dipam sebanyak tiga kali dengan pergerakan atas dan luar. (aku pam 2 kali pun dah cukup).
b. Gunakan tiga pam pada waktu pagi dan tiga pam di waktu malam. (Serum ini boleh digunakan juga di leher dan kawasan atas dada.
c. Elakkan penggunaan di kawasan mata.

Aku suka menggunakan serum nii kerana ianya ada vitamin C yang bagus untuk awet muda...selain itu ia juga mudah meresap ke dalam kulit tanpa ada rasa kesan melekit. Dalam masa 3 minggu penggunaan kesan parut sun burn aku semakin berkurangan... aku harap selepas 6 minggu...kesan parut ini akan hilang dan kulit aku akan pulih daripada masalah sun burn.

Sekian.

Wednesday, 13 May 2020

Roti Jala Bunga Rose Yang Cantik Dimakan

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Hai korang semua…Apa khabar hari nii? Semoga semuanya berada dalam keadaan yang sihat dan baik-baik hendaknya. Cepat sungguh masa berlalu…dah pun masuk PKP yang ke 5 sekarang nii. Semoga virus convid 19 ini pergi untuk selama-lamanya dan Negara kembali pulih dan aman.

Setelah 2 bulan lebih kena stay at home nii...aku dah semakin pandai memasak...ceewaah. Dok rajin tengok resepi kat Google. Kalau ikutkan aku nii bukannya jenis pemakan orangnya. Roti dan biskut pun dah ok jer untuk aku. Disebabkan encik suami aku selalu jer lapar...itu yang membuatkan aku nii terpaksa rajinkan diri mencari resepi untuk dimasak. Hari nii aku nak kongsikan dengan korang semua resepi untuk membuat Roti Jala Bunga Ros.



Pada awalnya aku tidaklah berminat sangat untuk buat Roti Jala Bunga Ros nii setelah melihat kawan aku membuatnya di FB...sebab bagi aku macam tak puas jer nak makan roti jala ni. Pada hari kejadian untuk membuat juadah berbuka puasa...tetiba aku rasa macam nak try pulak buat sebab rasa cam boring pulak tengok roti jala yang biasa berwarna kuning tu. Mungkin jugak mood tengah baik dan rajin kot...


Bahan-bahan untuk membuat Jala Bunga Rose ni tak banyak pun...sama jer adunannya dengan roti jala biasa cuma perbezaan dari segi warna dan juga cara tirai adunan tersebut. Jom kita buat Roti Jala Bunga Rose....

Bahan- bahan

1 1/2 cawan tepung gandum

1 1/2 cawan air

1 biji telur

2 sudu makan minyak

garam secukupnya

sedikit pewarna kesukaan – aku pilih merah, kuning dan hijau

 


Cara-cara membuatnya

1. Masukkan tepung gandung, telur, air dan minyak masak serta gaulkan sebati.

2. Kemudian masukkan sedikit garam. Kacau rata kemudian ditapis.

3. Ambil 1 senduk adunan diwarnakan dengan warna hijau untuk dijadikan warna daun, yang selebihnya diwarnakan dengan warna kesukaan. Aku suka warna merah.

4. Masukkan adunan tadi ke dalam botol roti jala.

5. Panaskan kuali non stick dengan api kecil, kirai memanjang sebanyak 3 garisan dan kemudian kirai membentuk seakan ombak di atas 3 garisan tadi. Di setiap ruang pada 4 barisan awal adunan dibubuh adunan warna hijau seakan bentuk daun. Masak sehingga bahagian bawah menjadi kering dan mudah diangkat (tak perlu dibalik).

6. Angkat dan gulung...bahagian daun digulung penghujung (last).

7. Ulangi proses ini hingga adunan habis.



Roti Jala Bunga Rose nii nampak comel jer…terasa sayang pulak nak makan. Cantik sangat kan! Yang bagusnya Roti Jala Bunga Rose ni senang  dimakan kerana saiznya lebih kecil dari roti jala yang biasa. Kalau korang buat nak bagi kat jiran-jiran pun terasa cam seronok jer. Buat pulak dalam pelbagai warna...nampak meriah gitu...



Aku suka kalau roti jala dimakan dengan kuah sardin. Biasanya roti jala nii dimakan dengan kari ayam atau pun kuah durian. Untuk bancuhan nii 5 - 7 orang boleh makan. Selamat mencuba yea...

Sekian.

Tuesday, 5 May 2020

Mary Kay TimeWise 3D Memberi Fokus Kepada Anti-Penuaan Dan Pencerahan


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Hai korang semua… Apa khabar hari nii? Sihat-sihat ajer yea hendaknya. Sejak 3 bulan nii aku banyak buat survey tentang produk yang sesuai untuk kulit aku. Ini adalah kerana kulit muka aku mudah sangat menjadi kusam dan tidak tahan dengan cuaca yang panas. Selain itu…umur aku yang sudah menjangkau pertengahan 40 an nii juga menjadi factor…kerana bagi aku…wanita kena selalu nampak cantik supaya diri lebih confident dan sempurna. Apatah lagi bagi seorang wanita yang berkerjaya. So hari nii aku nak citer tentang satu produk yang terkenal di seluruh dunia…iaitu Mary Kay. Aku bukanlah seorang Konsultan Kecantikan Mary Kay…tetapi aku nak buat review sebagai seorang pengguna produk nii....pengalaman aku menggunakan produk nii.


Sebenarnya aku dah tahu tentang produk nii dah lama.....kalau tak salah aku lebih kurang 7 tahun yang lalu sebabnya..... housemate aku dahulu seorang pengguna setia produk nii. Housemate aku nii memang ada masalah yang serius pada kulit muka...orangnya putih melepak tetapi nampak tak berapa berseri bila muka dia penuh dengan jerawat batu. Pelbagai produk dia dah cuba tetapi tak berkesan. Dan akhirnya dia memang terpaksa bergantung kepada produk dari klinik swasta sahaja tetapi masalahnya tidak selesai sepenuhnya. 


Produk skincare Mary Kay yang ada di pasaran


Pada suatu hari kawan kakaknya telah memberi cadangan supaya mencuba produk Mary Kay kerana dia juga pengguna setia Mary Kay. Setelah diberi penerangan tentang jenis, pemasalah kulit dan sebagainya...housemate aku nii pun beli la produk Mary Kay niii. Sebulan lebih jer dia guna produk nii...kulit dia jadi bersih dan cantik giler....maksud aku nampak lebih berseri. Dah hilang segala jenis jerawat batu yang penuh kat muka dia tuu. Aku tanya..."apa produk yang dia guna hingga kulit dia jadi cantik dan berseri...." Dia cakap kat aku... produk Mary Kay dan begitulah citernyer tentang housemate aku dahulu... Dari situlah aku mula tahu tentang produk Mary Kay nii...

Produk Skincare Mary Kay aku....untuk permulaan

Bermula dari situ juga...aku ada menyimpan keinginan nak try produk Mary Kay nii...tetapi harganya yang agak mahal dengan komitmen aku yang tinggi pada waktu itu...so aku pendamkan saja niat tuu dulu. Lagi pun kulit muka aku tak de masalah yang serius sangat.

Setelah tahun berganti tahun...dan aku berpindah ke Negeri Hang Tuah dari Kuala Lumpur. Di sini bermulalah masalah pada kulit muka aku....aku tidak tahan dengan cuaca panas kat sini kerana berhampiran dengan pantai dengan haba yang sangat membahang. Kulit aku jadi sangat mudah terbakar dan kusam. Aku kena cari jalan penyelesaian.....aku tak nak kulit muka aku nampak tua sebelum waktunya. Aku mula la mencari produk yang sesuai dengan kulit muka aku nii...


Kebaikan produk skincare TimeWise

Produk yang pertama aku try adalah jenama Sendayu Tinggi kerana produk nii telah menapak kukuh dan merupakan produk Malaysia. Walau pun ok sikit tapi still tak memberi kepuasan dalam hati aku (aku pakai 10 bulan). Kemudian aku diminta jadi testimoni produk Meeracle oleh ofismate aku....tak nampak perubahan sangat (produk ni aku pakai dalam 2 bulan lebih). Produk ke tiga aku cuba adalah jenama KAAB. Produk nii memang aku suka...pencuci mukanya sangat halus dan ringan...baunya pun sedap (aku pakai dah 2 bulan). Cuma produk nii kekurangan dari segi toner, mask dan lain-lain kerana produk KAAB nii memenuhi yang asas sahaja....iaitu pencuci, serum, krim siang dan krim malam. Lagi satu yang aku suka KAAB nii sebab ia dibuat dalam saiz kecil...macam trial pack...jadi mudah la nak bawa travel atau outstation

Di sebabkan aku nak muka aku nampak lembap-lembap ala-ala artis Korea gitu dan menganjalkan selain dari kecerahan...so aku kena cari produk yang ada krim pelembap dan baikpulih (repair)...iaitu anti-penuaan kerana aku sudah meniti usia hampir tua...maka Mary Kay jawapannya. Bagi pandangan aku Mary Kay nii ada produk skin care yang serba lengkap. Selain skin care...ia ada produk makeup jugak.

Set Skincare untuk TimeWise Miracle Set 3D


Memandangkan harganya yang agak mahal sikit...aku mulakan dengan membeli 5 jenis skincare yang selalu dan memang pasti aku akan guna.... mengikut turutan...
  1. Pencuci makeup 110ml (oil free eye make up remover) RM 64.00
  2. Pencuci muka TimeWise Age Minimize 3D 127g (cleanser) RM115.00
  3. TimeWise Moisture Renewing Softener 147ml RM 93.00
  4. Satin Lips Shea Butter Balm 8g RM 42.00
  5. Satin Lips Shea Sugar Scrub 8g RM 42.00

Nii la 5 skincare yang aku beli sebagai permulaan...jumlah yang aku kena belanjakan ialah RM 356.00. Pencuci make up tuu memang best...walau pun nampak seakan berminyak (nak guna korang kena goncang terlebih dahulu) bila korang cuci makeup guna kapas.... muka korang kelihatan bersih dan lembap bersinar. Aku suka tengok muka aku lepas guna make up remover nii....


Oil Free Eye Make Up Remover


Oh ya...lupa pulak aku nak citer...seperti yang korang sedia maklum...Mary Kay nii ada banyak jenis produk skincare...mengikut keperluan dan pemasalahan kulit korang. Yang paling banyak orang beli dan jimat adalah Mary Kay Botanical Effects (hijau - naturally simple), yang kedua jimat Mary Kay Botanical Effects (pink - balanced simple), seterusnya Mary Kay TimeWise Repair, Mary Kay Timewise 3D, Mary Kay Lumivie dan Mary Kay Clearproof (berjerawat). Kalau korang nak beli...korang kena buat study sikit dulu atau tanya pada Konsultan Kecantikan Mary Kay - mereka boleh check jenis dan masalah kulit korang serta bagi khidmat nasihat.


6 jenis skincare yang disediakan oleh jenama Mary Kay



Aku beli Mary Kay TimeWise 3D kerana ianya untuk Anti-Penuaan dan Pencerahan. Aku tak beli 1 set...aku beli berasingan sebab krim siang dan krim malam aku masih banyak lagi. Dah habis nanti baru aku beli Mary Kay punya. Aku tak nak membazir. ** (Sebenarnya tak berapa elok campur produk yang berbeza jenama terutama kalau kulit korang yang jenis bermasalah dan sensitif). Produk Mary Kay nii jenis botanikal...tak de bahan kimia. Takut korang campur dengan produk yang ada bahan kimia dan memberi kesan kat kulit korang. So kena ambik perhatian... 

Mary Kay Timewise 3D nii......
Mengambil pendekatan 3 Dimensi bagi mengurangkan kesan penuaan iaitu:
1. Mempertahankan
Menyediakan pelbagai manafaat antioksidan bagi menentang radikal bebas yang mempercepatkan penuaan pada kulit.
2. Melambatkan
Dengan perlindungan UVA/UVB dan teknologi yang eksklusif ia mampu melambatkan proses penuaan
3. Membuktikan
Membantu kulit kelihatan lebih muda dalam tempoh 4 minggu dengan memperbaiki tanda-tanda penuaan kulit yang ketara termasuklah garis halus, kedutan, keserian, kelicinan, keanjalan, kelembutan dan keseluruhan penampilan.


4 langkah mudah untuk penjagaan muka setiap hari



Teknologi Eksklusif Age Minimize 3D Complex terdiri daripada 3 bahan utama iaitu:


  • Enkapsulasi revesratrol - memberi manafaat antikoksida tiga kali ganda tambahan bagi membantu menggalakkan warna kulit yang lebih sekata dan membantu kolagen kulit semulajadi.
  • Vitamin B3 – terkenal dengan daya pencerahannya dan berfungsi sebagai antioksidan. 
  • Pepida anti-penuaan – membantu kolagen dan elastin kulit semulajadi untuk penampilan lebih muda dan anjal. 3 Dimensi digunakan bagi mengatasi masalah penuaan kulit. Diadun dengan teknologi terkini dalam menentang kesan penuaan kulit agar sentiasa kelihatan muda remaja. Age Minimize 3D Complex merupakan bahan yang berupaya untuk mempengaruhi faktor yang menyebabkan penuaan pada kulit. 

Mary Kay TimeWise Age Minimize 3D 4 in 1 Cleanser


Ok tadi aku dah citer pasal pencuci makeup.... sekarang kita sambung pulak dengan pembersih muka (cleanser). Aku suka dengan pembersih nii kerana baunya yang harum dan ia jernih serta ada manik-manik kecil yang seakan-akan scrub muka. Pakai sikit sahaja lebih kurang 1 cm dah mencukupi. Buihnya pun tak banyak. Lepas guna pencuci nii...korang akan rasa kulit muka korang jadi lembap dan muka semakin anjal. Lepas tu pulak korang pakai softener...


Mary Kay TimeWise Moisture Renewing Softener


Kenapa dipanggil softener bukan "Toner"? Softener bebas daripada alkohol, yang tidak mengeringkan kulit tetapi ia memberikan kelembapan tambahan serta merta kepada kulit.  Softener juga mengandungi bahan yang mampu memperbaiki Matrix Derma kulit supaya sokongan kulit lebih teguh. Hasilnya kulit lebih anjal dan liang pori mengecil. Kandungan Acai Berry yang terdapat dalam softener juga sangat kaya dengan anti - Oksidan ia mampu meneutralkan radikal bebas yang menyebabkan kulit kusam, 80 kali lebih pantas daripada teh hijau.


Skincare yang perlu ada ialah Oil Free Eye Make Up Remover dan TimeWise Moisture Renewing Softener

KELEBIHAN SOFTENER
1.  Melembabkan / Mengurangkan keketaraan Kulit
natrium hialuronat yang terkandung dalam softener bertindak seperti span pada kulit berfungsi menarik lembapan.  Ekstrac dari pokok Mirtel dan ekstral biji lentil membantu menyokong dan mengekalkan matrix derma kulit supaya kulit lebih halus dan dapat mengurangkn keketeraan pori dan garis halus.

2. Agen Anti Penuaan 
Acai Berry kaya dengan Vitamin A, C dan E berperanan penting untuk keremajaan kulit.  Sifat Antioksidan yang tinggi mampu meneutralkan radikal bebas dengan meransang sel-sel kulit yang telah tua dan rosak lalu menggantikannya dengan sel kulit yang baru.  Hasilnya kulit lebih sihat dan muda.

3. Meyimbangkan PH kulit
Softener juga dapat menyeimbangkan PH kulit yang terganggu semasa proses mencuci wajah.  Pemakaian softener juga membolehkan kulit bersedia untuk pemakaian serum / pelembap untuk untuk penyerapan yang maksima.

4. Sesuai untuk semua jenis kulit
Di uji dermatologi dan Non-Comedogenic, sangat sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit yang sensitif.

TimeWise Miracle Set 3D nii berharga RM 528 untuk 1 set

Secara normal, PH kulit kita adalah 5-6. Proses mencuci muka akan mengakibatkan PH kulit menjadi lebih beralkali yang disebabkan oleh pencuci wajah.  Kulit akan mengambil masa untuk mengembalikan PH kulit kepada asal. Tetapi dengan pemakaian softener dapat membantu mempercepatkan proses kesimbangan nilai PH kulit.  Timewise Moisture Softener mengandungi HA (Hyaluronic ASid) merupakan kompenan pelembap terbaik yang mampu menarik, mempertahankan lembapan dan menyalurkan kepada sel-sel kulit supaya keremajaan kulit dapat di pertahankan.

Selesai jer guna softener...seperti biasa...korang bolehlah guna krim siang (untuk waktu siang) dan krim malam (untuk waktu malam).


Produk untuk bibir iaitu Satin Lips Shea Butter Balm dan Satin Lips Shea Sugar Scrubs

Produk Mary Kay yang keempat aku pakai adalah Satin Lips Shae Sugar Scrub....yang bertujuan bagi menangani masalah bibir kering. Scrub ni mampu menghaluskan bibir secara lembut kerana bahan kristal gula yang terdapat di dalamnya. Satin Lips Shae Butter Balm pula....melembutkan bibir dengan shae dan mentega Jojoba untuk memberi kelembutan dua kali ganda.


Perbezaan selepas menggunakan Satin Lips

Untuk pengetahuan korang...aku dah sebulan 2 minggu menjadi pengguna produk Mary Kay ini...so far aku rasa seronok menggunakannya dan memberi kepuasan kepada diri aku. Ada yang mengatakan produk ini perlu dipakai berterusan kerana hasilnya akan nampak selepas 8 bulan. Bagi pandangan aku...semua produk pun perlu dipakai berterusan sekurang-kurangnya untuk 3 bulan bagi menampakkan hasilnya. Keberkesannya juga bergantung kepada jenis kulit dan pemasalahan kulit yang dihadapi. Harganya memang agak mahal tetapi bagi aku berbaloi untuk melabur atas produk nii kerana ianya tahan lama.... Produk ni boleh bertahan sehingga ke 8 bulan dan sangat berbaloi untuk kecantikkan kulit serta keyakinan diri.

** Bagi pandangan aku produk Mary Kay nii memang mahal harganya tetapi boleh bertahan sehingga ke 8 bulan sebab itu ia sangat berbaloi untuk dibeli. Produk ini menggunakan bahan semulajadi sebab itu kesan pemulihannya agak lambat sikit daripada produk yang menggunakan bahan kimia.

Sekian.