Wednesday, 29 April 2020

DIY Label Untuk Dekor Barangan Dapur....Mudah, Murah Dan Cantik

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,


Hai… korang semua. Apa Khabar Hari nii? Sihat-sihat dan ceria-ceria ajer yea. Hari nii aku nak ajar korang buat kraftangan yang mudah dan sangat sesuai dibuat waktu terluang di bulan puasa nii…. Nampak macam susah jer nak buatnyer tetapi sebenarnya mudah jer. Korang boleh ajak adik-beradik, anak-anak dan kengkawan korang untuk turut serta. Memang best dan menyeronokkan. Bertambah seronok bila korang tengok hasilnya nanti. Superb!! Kraf nii sangat sesuai untuk korang guna di dapur, ruang belajar, ruang kerja dan sebagainya. 

Aku nak ajar korang bagaimana nak buat label pada botol atau pun bekas Tupperware. Tak guna modal yang banyak pun. 


Peralatan yang korang perlukan juga tak banyak dan murah serta mudah didapati iaitu kertas putih A4, gunting, salotape saiz lebar, air dan botol/bekas tupperware.

Cara-cara membuatnya....
Yang pertama sekali...korang kena buat/cari design yang korang nak atau korang copy jer kat google atau pinterest. Bila dah dapat design yang korang suka tuu...korang labelkan setiap satunya seperti biskut, gula, garam, lada hitam, tepung dll.... Korang guna microsoft word pun ok dah. 

Design yang aku pilih dan telah siap print


Langkah yang ke duanya....Dah siap labelkan...barulah korang print...

Langkah yang ke tiga...korang gunting label tersebut dan gamkan pada salotape. Korang kena guna salotape yang saiz lebar yang sama saiz dengan label korang tuu sebab lebih mudah. Korang salotape pada bahagian yang berprint (hadapan) tu tau bukannya pada bahagian belakangnya. Kemudian gosokkan perlahan-lahan agar ia melekat kuat.(rujuk gambar 1)

Label yang telah dilekat menggunakan salotape (Gambar 1)

Langkah yang ke empat...bila dah lekat korang rendamkan label tersebut ke dalam air lebih kurang 5 minit supaya kertas tersebut menjadi lembut dan basah. (rujuk gambar 2)

Label yang direndam di dalam air lebih kurang 5 minit (Gambar 2)

Langkah yang ke lima....setelah 5 minit, korang gosokkan kertas yang di belakang salotape tadi sehingga keluar semuanya....yang tinggal hanya dakwat printer di atas salotape tadi. Pastikan semua kertas tu digosok keluar dan bersih.(rujuk gambar 3)

Setelah 5 minit...gosok kertas tersebut hingga tertanggal (Gambar 3)

Langkah yang ke enam.... setelah itu korang keringkan label tersebut. Bila dah kering barulah dilekatkan pada botol atau pun bekas tupperware. Dah siap!!! Senang kan! kan! kan!

Keringkan sebelum dilekatkan pada botol

Cantik dan kemas tersusun jer barangan dapur korang tuu... Kalau ada saudara-mara yang datang atau adik-beradik yang datang...tak perlu risau nak tinggalkan mereka sesorang kat rumah untuk masak atau pun bancuh air sendiri...sebab semuanya berlabel dan mudah dicari.

Bekas yang dah siap dilekat dengan label

Aku harap korang dapat mencuba kraftangan yang simple dan mudah untuk dibuat ini. Selamat mencuba.

Sekian.

Thursday, 23 April 2020

Aktiviti Aku Semasa Perintah Kawalan Pergerakan 1 hingga 3 di Musim Covid 19

Assalammualaikum dan Salam sejahtera,

Hai korang semua… Apa khabar hari ini? Jaga kesihatan tau. Hari nii aku nak citer tentang aktiviti aku semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 1 hingga 3 nii... Aku memang mempunyai pelbagai hobi yang agak terbatas untuk aku buat bila waktu kerja. Jadi PKP ini aku gunakan peluang keemasan ini sebaik mungkin untuk aku lakukan hobi aku tuu.

Pada PKP 1....aku mulakan dengan mengemas dan membersih rumah...dan seperti kebiasaannya memang aku la yang kena buat semuanya. Bab-bab mengemas dan membersih dalaman rumah memang husband aku serahkan kat aku. Ini aku lakukan pada minggu pertama PKP 1....mengemas almari baju...mengemas dapur...mencuci bilik air...mengemas bilik...dan sebagainya.

Reben nii untuk diikat pada langsir rumah

Pada minggu ke dua PKP....aku otter langsir rumah (slaiding door) yang dahulunya aku jahit dalam keadaan yang agak kelam kabut sikit. Selain itu aku juga menjahit face mask sebab susah nak cari kat kedai asyik sold out jer. Face mask nii untuk kegunaan aku sendiri dan famili jer...aku tak buat untuk jual.

Face Mask  untuk kegunaan sendiri

Pada PKP 2...aku mulakan dengan mengait sarung botol air, sarung haging pot dan juga sarung bekas pen/pensil. Aku juga menjahit 2 helai alas meja. Selain itu aku juga sempat menyiapkan tiga artwork yang dah lama jugak terbengkalai disebabkan kengkangan masa terluang.

Sarung haging pot yang telah siap dikait

Yang bestnya aku dapat juga menyiapkan sarung haging pot aku tuu yang dah lama aku teringin nak buat. Dalam dua hari aku dapat siapkan 3 sarung haging pot ini. Aku juga bercadang untuk membuat chairback dan juga alas meja rumah aku tetapi malangnya benang kait telah habis dalam koleksi...terpaksa order baru.

Cadangan untuk membuat chairback dan juga alas meja

Untuk projek mengait nii... terpaksalah aku stop dahulu untuk sementara waktu sehingga benang baru sampai tetapi aku boleh meneruskan projek artwork aku yang masih banyak terbengkalai cuma...aku tengah tunggu mood baik untuk membuatnya semula.

Projek artwork

Pada PKP 3 pula...aku dapat menyiapkan alas meja (mengait) yang hampir dua tahun terbengkalai..tak sempat nak buat. Selain itu aku juga sempat untuk mengecat sedikit dinding ruang tamu dan juga ruang makan rumah sewa aku supaya lebih berseri dan tidak membosankan. Aku dah menyewa setahun setengah di rumah ini.


Alas meja yang siap dikait setelah 2 tahun terbengkalai

Kalau korang memang jenis tak de kerja-kerja berseni macam aku nii...mungkin korang boleh try memasak...buat kuih..kek dan sebagainya. Bila dah banyak kali cuba dan dah terror..korang boleh buat jual dan mendatangkan duit income.  Masa PKP nii aku telah mencuba beberapa resepi antaranya kuih cara manis, kuih karipap, pajeri nenas, pajeri terung dan lempeng. Next resepi aku nak try buat donut pulak...inshaAllah.


Mengecat Picture Wall untuk menaikkan seri ruang tamu

PKP 3 nii jugak... aku dapat layan citer Drama Korea...antara yang aku sempat tengok ialah Doctor Room (Doctor John) dan The World Of Married Couple. Ada beberapa citer yang dalam target aku untuk ditonton...antaranya Cinderella And Four Knights (Korea), Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck (Indonesia), Miracle In Cell No. 7 (Korea), Ayla: The Daughter Of War (Korea), The King : Eternal Monarch (Korea), Ajari Aku Islam (Indonesia),Mardaani 1 (Hindi), Mardaani 2 (Hindi), The Crown Princess (Thailand) dan banyak lagi.

Kalau ada sambungan ke PKP 4 nanti...aku bercadang untuk membaca beberapa buah buku dan juga novel yang banyak aku beli tapi tak sempat untuk dibaca....antaranya Doktor Umum Memoir Tun Dr. Mahathir Mohamad yang aku baru baca separuh buku.


Apa pun...carilah aktiviti yang dapat menghilangkan kebosanan korang kat rumah tuu...Bagi yang suka bermakeup...boleh jer korang buat tutorial bermakeup atau tutorial tudung dan sebagainya...yang penting korang dok kat rumah/ stay at home.

Sekian.

Wednesday, 15 April 2020

Tofu Bath Body Cleanser Cathy Doll Yang Menjadi Rahsia Produk Mandian Wanita Korea

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Hai korang… Apa khabar semua? Hari nii dah masuk PKP yang ke 3 kan!! Mesti ramai yang dah tak sabar nak keluar rumah. Aku pun sama jugak tetapi kesihatan kena diutamakan dahulu. Anggap laa PKP nii umpama korang bercuti…bukan senang tau dapat cuti panjang tanpa rekod nii.  Masa nii la peluang untuk bersama dengan keluarga dan anak-anak. Peluang untuk menunjukkan bakat memasak bagi mak-mak tuu. Si suami pun boleh jugak menunjukkan bakat memasak yang terpendam tuu. Tak sedap tuu belakang kira yang penting ingin mencuba….kalau cuba banyak kali inshaAllah semakin bagus jadinya. Aku pun sama..bukannya pandai memasak pun tapi sentiasa ingin mencuba. 

Selain aktiviti memasak...aktiviti menonton bersama keluarga jugak boleh dilakukan. Apa pun carilah aktiviti yang memberi manafaat untuk seisi keluarga.

Sebenarnya hari nii aku nak citer tentang satu produk mandian yang aku telah cuba…iaitu Tofu Body Bath Cleanser Cathy Doll buatan Korea…mula-mula aku ingatkan ini produk Thailand. Aku sememang suka beli barangan mandian dan entah kenapa aku boleh terbeli mandian nii aku pun tak tahu. Bila 1st guna mandian Tofu nii aku rasa cam best jer…baunya macam bau susu dan vanilla. Sebenarnya bau susu dan vanilla adalah bauan yang sangat aku tak suka…tetapi mandian ini baunya tidak membuatkan aku loya….macam sedap-sedap jer (just nice jer). TOFU adalah rahsia wanita Korean bagi untuk memastikan kulit mereka kelihatan halus, putih dan lembap. Produk nii sebenarnya ada 1 set yang terdiri daripada 3 barang iaitu CLEANSER (750g), WHITE TOFU MASK (170g), WHITE TOFU PUDDING BODY LOTION. 

White Tofu Mask diperbuat dari bahan kacang soya asli, yogurt susu, minyak kacang soya dan royal jelly. Kelebihan mask tofu ini berkesan untuk pemutihan yang asli, menghaluskan kulit wajah, mencerahkan serta megecilkan pori-pori yang terbuka.

Tofu Puding Body Lotion pula berfungsi untuk memperbaiki sel-sel kulit dari dalam dan dirumus untuk menjadikan kulit putih. 

Aku hanya beli Tofu Bath Body Cleanser sahaja… Botol mandian nii jenis pump jadi lebih memudahkan. Yang bestnya pump 2 kali jer korang dah boleh pakai untuk satu badan sebab gelnya pekat berwarna putih susu. Aku difahamkan mandian nii boleh memutihkan badan dan ada yang kata kulit jadi lembut setelah seminggu menggunakannya. Aku dah guna hampir seminggu...memang aku lihat hasilnya kulit aku lembut sikit dan tak kering. Putih tu aku kurang pasti la pulak sebab kulit aku jenis yang senang sun burn. 

Aku beli dengan harga sebotol mandian nii adalah RM 25.00 untuk 750 g (besar). Tapi korang kena hati-hati sebab produk ni dah ada yang tiruan punya. Belilah dengan penjual yang diyakini atau korang selidik dahulu sebelum beli.

Sekian.

Monday, 6 April 2020

Pajeri Terung Yang Sedap Dan Mudah

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Hai korang… Apa khabar semuanya? Aku doakan korang semua sentiasa berada dalam keadaan sihat sahaja hendaknya. Jangan ke mana-mana tau… dok jer rumah tuu… buat apa yang patut… memasak ke… menjahit ke... berkebun ke… mencantikkan diri ke... mendekor-dekor rumah ke… bermakeup-makeup ke.. atau pun berzumba. Yang penting buat aktiviti sihat dan positif. Jaga kesihatan dari virus covid 19. Jaga diri sendiri dan jaga famili...


Hari nii aku nak kongsi dengan korang resepi buat pajeri terung. Geram betul aku bila husband aku bawa balik terung. Dalam banyak-banyak sayur yang boleh dibeli kenapa laa dia boleh beli terung pulak! Kalau korang nak tahu...aku memang tak tahu kalau nak masak resepi apa dengan terung nii. Aku pernah tengok orang buat pajeri terung...so dalam kepala otak aku nii...buat jer laa pajeri terung.... Maka bermula la menu aku yang pertama kali aku buat nii setelah mencari resepinya di google.



Bahan bahan:

4-5 biji terung - belah 2 tak putus
2 paket kecil rempah kari daging Babas
1 paket kecil kerisik
1 mangkuk kecil santan - 1 plastik kecil
2 sudu kecil garam atau secukup rasa 
3 sudu besar gula atau secukup rasa
Serbuk perasa


Bahan kisar:
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 ibu jari halia 
Segenggam udang kering

Cara-cara:

Tumis bahan kisar sehingga wangi dan masukkan rempah kari kering yang dibancuh dengan sedikit air dan kacau rata cepat cepat. Masukkan sedikit santan dan kacau rata. Kemudian masukkan baki santan, garam, gula, serbuk perasa serta kerisik supaya ke semua sekali masak mesra.

Akhir sekali, masukkan terung dan sedikit air sehingga terung agak-agak tenggelam.





Baru aku tahu rupa-rupanyer...terung nii sayur kesukaan husband aku. Bila aku buat pajeri terung lagi la dia suka. Bertambah-tambah nasi dia makan hari nii hingga menjilat jari...haaa...haaa...haaa. Ada lagi dua biji terung yang dia beli...next menu pun buat pajeri terung jer laa. Haaa...haaa...haaa...




So korang bolehlah mencuba resepi pajeri terung nii. Tak susah pun mudah jer. Yang penting buat dengan ikhlas dan tenang. Selamat mencuba...

Sekian.