Thursday, 13 February 2020

Minuman Sarang Burung Berfungsi Sebagai Agen Pemutihan Kulit Serta Baik Untuk Kesihatan Mata.

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,


Hai korang semua.. Semoga semuanya berada dalam keadaan sihat walafiat hendaknya hari nii. Hari nii aku nak buat review pasal produk minuman yang boleh memberi kesan kecantikkan pada dalaman dan juga luaran. Iaitu minuman berasaskan sarang burung. Ramai yang tahu bahawa minuman yang berasaskan sarang burung nii mula di monopolikan oleh masyarakat Cina tetapi kini semakin digemari oleh masyarakat lain bagi menjaga kecantikan diri terutama kulit. Pelbagai jenama produk minuman sarang burung yang ada dipasaran antaranya yang paling femes ialah Ecolite The Joy  Of LifeFGWALET by Fouziah Gous, Lovin Bird's Nest, Brand's Bird Nest, Kinohimitsu Bird's Nest, Annona Bird Nest... kalau nak sebut semuanya memang terlampau banyak...so korang buat la study sikit kat google kalau nak tahu...


Sebelum aku pergi lebih lanjut lagi pasal kebaikkan atau khasiat sarang burung nii... jom kita kenal dulu apa itu sarang burung? 

Sarang burung walit merupakan sejenis makanan eksotik yang sangat berkhasiat dan popular sejak zaman dahulu lagi terutama dikalangan kaum Tionghua di Malaysia. Penuaian sarang burung walit ini bermula sejak pada tahun 1878 lagi di Gua Niah, Sarawak. Dewasa ini, penuaian sarang burung walit telah menjadi satu industri perladangan yang diusahakan secara besar-besaran serta dapat memberi pulangan yang sangat lumayan sehingga mencecah harga RM3500 – RM4500 per kilogram. Sarang burung walit juga merupakan antara produk daripada haiwan termahal di dunia yang digunakan oleh manusia selain daripada sirip ikan yu dan gamat. 


Sarang burung walit yang dikomersilkan ini dihasilkan oleh spesies burung walit Aerodramus fuciphagus dan Aerodramus maximus. Spesies burung walit ini boleh didapati di negara-negara Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia, Thailand, Vietnam dan lain-lain.


PENGHASILAN SARANG BURUNG WALIT
Burung walit membina sarang daripada cecair air liur (saliva) yang terhasil daripada kelenjar air liurnya. Saliva ini akan menjadi keras apabila terdedah kepada udara.
KHASIAT PERUBATAN SARANG BURUNG WALIT
Amalan pemakanan sarang burung walit boleh dilakukan samada secara dalam penyediaan air minuman sarang burung walit atau hidangan sup sarang burung walit. Walau bagaimanapun, perkembangan teknologi dan industri pada hari ni telah menggunakan sarang burung walit dalam penghasilan produk seperti kosmetik dan juga sebagai produk makanan tambahan (supplement).
Mengikut kepercayaan masyarakat Tionghua, amalan pemakanan sup sarang burung walit dapat meningkatkan tahap kesihatan. Sup sarang burung walit dapat dijadikan sebagai tonik yang dapat meningkatkan tahap kecekapan organ dalam badan manusia termasuk menghilangkan masalah gastrik, asma, batuk, meningkatkan sistem imunisasi badan, merawat luka dan pembedahan dengan pantas serta meningkatkan tenaga dan metabolisma badan. Satu daripada empat kandungan karbohidrat utama terdapat dalam sarang burung walit ialah Asid Sialik, iaitu terdapat dalam susu badan manusia dalam kepekatan yang tinggi dan merangsang penghasilan susu badan ibu. 


Ekstrak sarang burung walit juga mengandungi hormon yang meransang sistem imunisasi manusia serta meningkatkan penghasilan sel stem manusia.


NUTRISI SARANG BURUNG WALIT
Dalam setiap 100 gram sarang burung walit, terdapat 281 Cal kalori, 37.5g protein, 0.3g lemak, 32.1g karbohidrat, 485g kalsium, 18mg fosforus, 3mg besi dan 24.5g air. Jadual 1 menunjukkan perbandingan sarang burung walit dengan makanan seperti susu, daging lembu, daging ayam dan telur ayam.

Perbandingan kandungan nutrien dalam setiap 100 gram bagi sarang burung walit dan makanan lain.

PEMASARAN SARANG BURUNG WALIT
Sarang burung walit dan produk-produk berasaskan sarang burung walit mendapat permintaan yang tinggi daripada negara-negara seperti China, Taiwan dan Hong Kong. Antara produk-produk yang dihasilkan berasaskan sarang burung walit ialah minuman sarang burung walit, produk kosmetik dan juga pelbagai jenis makanan tambahan samada dalam bentuk serbuk, kapsul atau jus. Sarang burung walit juga telah menjadi antara komoditi eksport utama pertanian di Malaysia. Selain itu, Malaysia juga telah menjadi antara negara pengeksport sarang burung walit yang terbesar di kalangan negara-negara di Asia Tenggara.
Ok tadi kita dah kenal serba sedikit tentang sarang burung nii... sekarang kita lihat akan 9 kebaikkan/faedah yang aku perolehi dari beberapa sumber. Untuk pengetahuan korang semua, kajian perubatan Cina di Beijing mendapati sarang burung bertindak dan mampu berfungsi sebagai agen pemutihan kulit serta baik untuk kesihatan mata. Bukan itu sahaja, bagi korang yang ada menghidap penyakit asma ia juga boleh dijadikan sebagai rawatan terbaik untuk memulihkan agen pernafasan dan menguatkan lagi paru-paru. Jom kita lihat kebaikkan no 1 hingga ke 9....

1. 'Gen Kecantikan'
Sarang burung terdiri daripada hormon peptida yang sangat penting yang dikenali sebagai faktor pertumbuhan yang berhubung dengan kulit ("EGF"). EGF memainkan fungsi yang sangat penting terutamanya untuk gen mencantikkan. Ia merangsang pembahagian sel dan perkembangan, serta menggalakkan pembezaan sel, menyuburkan kulit dan luka daripada pembedahan dengan cepat, ia juga dapat menggalakkan penyembuhan luka. Ia membantu dalam meningkatkan kelembutan kulit dan mengurangkan kadar penuaan.
 
2. Untuk rawatan penyakit pernafasan
Sarang burung berfungsi ajaib untuk penyakit yang berkaitan sistem pernafasan. Beberapa buku perubatan purba menekankan terhadap kebergunaan sarang burung ke arah sistem rawatan penyakit paru-paru. Ini kerana, ia bertindak sebagai "agen pembersihan paru-paru" untuk perokok tegar.
 
3. Menguatkan Jantung, Kesan Antihipertensi
Ekstrak daripada sarang burung mempunyai keupayaan mengukuhkan jantung. Pengambilan kerap ekstrak sarang burung juga menunjukkan keputusan penting dalam menurunkan tekanan darah.
 
4. Anti-pengoksidaan, Anti-Penuaan
Kajian perubatan menunjukkan sarang burung adalah makanan yang mengandungi antioksidan di mana membantu dalam detoksifikasi. Penggunaan jangka panjang sarang burung juga dapat membantu melambatkan proses penuaan.
 
5. Produk kesihatan terbaik untuk wanita hamil 
Menurut kajian Prof. Wang Bing, pakar akademik dari Jabatan Molekul dan Sains Hayat, Mikrobiologi, Manusia Pemakanan University of Sydney, Australia. Sarang burung mengandungi asid sialik (SA) yang merupakan sejenis karbohidrat berguna untuk peningkatan sel-sel otak dan membran sinaptik. Oleh yang demikian sarang burung penting untuk pertumbuhan bayi yang sihat. Kesimpulannya, ibu-ibu mengandung mestilah memastikan bahawa mereka mengambil makanan yang mempunyai kandungan SA yang tinggi. 

Mengikut kajian Jepun, sarang burung walit mempunyai kandungan asid sialik yang tinggi. Kekerapan pengambilan sarang burung walit semasa hamil boleh menguatkan badan ibu dan janin kerana sarang burung walit kaya dengan protein dan ia boleh menggalakkan pertumbuhan tisu dan meningkatkan imuniti.
 
6. Anti-Penuaan, Memperbaiki Saluran Pencernaan
Ia membantu menguatkan tenaga,meningkatkan gaya hidup aktif dan meningkatkan keupayaan memori terutamanya bagi golongan orang tua.
 
7. Menggalakkan peredaran darah yang lebih baik
Mencantikan kulit dan menjadikan kulit licin dan cerah. Serta boleh mengurangkan kedutan dan jerawat, menstabilkan kitaran haid, membantu melegakan sakit haid.
 
8. Mengelakkan arteri tersumbat, tekanan darah tinggi (hypertensi) dan penyakit- penyakit yang berkaitan dengan jantung.
 
9. Lain-lain faedah 
Membantu melegakan kesakitan sendi dan Mesopotamia, menguatkan bahagian belakang dan menyihatkan buah pinggang. Melegakan keletihan dari tekananMenguatkan daya tahan tubuh untuk mencegah demam, selesema, mengurangkan kahak dan menyembuhkan batuk. Berkesan dalam rawatan sirosis hati Hepatitis B.


Sebenarnya aku dah cuba beberapa jenama sarang burung nii. Produk nii diperkenalkan oleh kawan aku dan dia minta aku jadi testimoni (10 botol dalam 10 hari). Macam orang mengantuk disorongkan batal...aku memang suka laa sebabnya kulit muka aku tengah kena sun burn yang teruk sekarang nii dan yang keduanya...kulit kaki aku terlalu kering. Setelah 10 hari minum sarang burung nii..aku lihat perubahan pada kulit muka aku yang semakin baik dan glowing. Kulit kaki aku nampak lebih lembab dan cerah. Sarang burung yang kawan aku suruh try nii ianya perisa logan...pastu ada kulat putih, gula batu dan kurma merah jugak di dalamnya. Memang sedap diminum waktu sejuk. Kalau korang belum pernah cuba minum sarang burung nii...rasanya manis-manis macam minum coco de nata / air cincau. Aku minum sarang burung nii selepas bangun tido semasa perut masih lagi kosong dan nutrisi sarang burung ini mudah diserap dengan baik.

Harga untuk setiap produk sarang burung ini berbeza-beza mengikut kualitinya... Ada juga harga mampu milik iaitu....RM 3.50 hingga RM 12.00 sebotol. Kalau time sales memang boleh dapat dengan harga yang murah.... Paling mudah didapai di Guardian dan juga Shopee. Bagi yang ingin dapatkan kulit yang cantik toink!toink!toink! tuu boleh la cuba produk sarang burung niii... Pelbagai jenama yang korang boleh pilih dan produk keluaran muslim pun dah ada...

Sekian.

No comments:

Post a comment