Saturday, 1 February 2020

Meeracle Produk Kecantikan Yang Pertama Menggunakan Formula Gemstone

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,


Hai korang semua apa khabar hari nii? Aku doakan kalian semua berada di dalam keadaan sihat hendaknya disamping keluarga tercinta. Hari nii aku nak review pasal satu produk kecantikkan atau pun skin care yang diberi nama Meeracle... iaitu pencuci muka dan juga serum. Jom kita kenali dulu produk nii...

Setelah empat tahun lebih berada di pasaran, kini Meeracle telah mengukuhkan kedudukannya setanding dengan jenama-jenama kecantikan lain di Malaysia. Bermula dengan dua produk iaitu Meeracle Facial Serum dan Meeracle Facial Cleanser yang khusus untuk penjagaan kulit wajah yang telah diformulasikan khas untuk kulit wanita Asia. 

Pencuci muka dan serum muka Meeracle

Yang perlu korang tahu dan yang paling penting....produk nii juga telah diuji secara klinikal dapat memberikan kesan positif kepada kulit tanpa meninggalkan kesan sampingan. Di mana satu pasukan khas yang terdiri daripada pakar kulit dan ahli kimia telah ditubuhkan bagi rujukan pembangunan dan penyelidikan produk, pasukan ini juga akan memastikan setiap produk Meeracle berada di dalam kualiti yang terbaik.  

Bagaimana yea aku mula terlibat dengan produk nii....?? Kalau korang nak tahu sebenarnya aku tak tahu langsung pun pasal produk nii. Kulit muka aku tak menghadapi masalah yang teruk cuma... mudah sun burn jerr dan jadi gelap. Yang sebenarnya ofismate aku yang kenalkan produk nii kat aku. Ofismate aku nii pun xde masalah kulit muka sangat...cuba kulitnya kurang berseri, kusam, nipis dan sensitif...sebab tuu dia nii rajin mencari produk yang sesuai dengan kulitnya itu. Oleh itu...dia pun beli laa produk Meeracle nii untuk dicuba....



Untuk pengetahuan korang....produk Meeracle nii telah dikilangkan di kilang yang mendapat pengiktirafan GMP (Good Manufacturing Practices). Kini Meeracle dalam proses untuk mengeluarkan produk-produk lain khusus untuk penjagaan kulit dan kosmetik untuk melengkapkan lagi set kecantikan Meeracle. Meeracle nii cuma ada pencuci muka (50 ml jenis tiub) dan serum (30ml jenis botol) sahaja...dan harganya RM 157.00 untuk satu set nii dan tahan untuk 2 bulan. Produk Meeracle nii menggunakan formula gemstone.

GEMSTONE bermaksud ' batu permata'. Ia dinamakan Formula Gemstone kerana di dalam kandungan produk ini mengandungi Diamond, Ruby, Malachite & Pearl. Menariknya, Meeracle Gemstone Beauty adalah syarikat pertama di Asia yang menggunakan formula ini. Ia diolah secara luarbiasa & istimewa bagi disesuaikan dengan kulit wanita & iklim Asia.


Menurut kajian, mereka di zaman dahulu menggunakan batu-batu permata ni untuk dijadikan salah satu bahan alternatif dalam menjaga kulit wajah dan dijadikan sebagai bahan pewarna, selain digunakan sebagai barang hiasan. Malahan setiap batu pertama mempunyai khasiatnya yang tersendiri.

DIAMOND :

a)    kelebihannya adalah untuk mencerahkan dan memutihkan kulit wajah
b)    menghilangkan garis-garis halus dan parut dengan sangat berkesan

RUBY (batu delima) :
a)    mengembalikan seri wajah
b)   melancarkan pengaliran darah di kulit muka 

PEARL :
a)    mencerahkan dan memutihkan kulit dan kadar resapan pada kulit akan jadi 10x lebih cepat berbanding dengan bahan lain


Sangat lembut dan mudah menyerap ke dalam kulit

Ok sekarang aku citer pulak pasal kelebihan menggunakan pencuci dan serum Meeracle nii...Aku mulakan dulu dengan pencuci muka...

11 FUNGSI DAN KELEBIHAN MEERACLE GEMSTONE CLEANSER :
1.  Mengandungi Malachite Stone, yang bertindak mengeluarkan sisa-sisa toksik dari lapisan dalam kulit kita akibat pemakaian produk berkimia, makeup, habuk dan persekitaran.
2.  Mengandungi Tea tree dan Aloevera.
3.  Membuang sel kulit mati, mengecutkan jerawat.
4.  Menggalakkan pertumbuhan sel kulit baru dan merawat kulit bermasalah.
5.  Menghapuskan jeragat, jerawat, parut dan pigmentasi.
6.  Membantu meneutralkan kulit kembali wajah yang rosak kerana silap skincare / kurang penjagaan.
7.  Mengawal lebihan minyak / sebum di wajah.
8.  Mengecilkan liang pori, melembap dan menggebukan kulit wajah.
9.  Menjadikan kulit wajah lebih segar, bersih dan bersinar.
10.  Menjadikan wajah lebih mulus dan tona kulit sekata.
11.  Meruncingkan wajah dan menaikkan seri kulit



Tadi korang semua dah tahu kan tentang kelebihan pencuci muka...sekarang aku nak citer pulak kelebihan serum. Aku memang suka menggunakan serum kerana serum nii boleh merawat dan melembabkan muka. 

15 FUNGSI & KELEBIHAN MEERACLE GEMSTONE SERUM :
1.  serum yg menggunakan bahan TERMAHAL di dunia (diamond, ruby, pearl).
2.  serum yg mengandungi RASTEM dan ARBUTIN.
3.  serum Pertama bertekstur " Lotion ", pantas serap, tidak melekit atau            berminyak.
4.  serum Buatan Malaysia yang setanding Produk International.
5.  serum yg diiktiraf KKM (NOT 151001568K) dan pastinya HALAL.
6.  membantu mengatasi masalah kulit kering, kusam, jerawat, jeragat.
7.  mengurangi kulit berminyak, blackhead / whitehead.
8.  menyelesaikan masalah ruam, exzema.
9.  boleh digunakan sebagai makeup base.
10.  mengecilkan pori-pori dan membaiki tekstur kulit rosak.
11.  memudarkan parut dan mensekatakan tona kulit.
12.  melembut, melembap, menganjal dan mencerahkan kulit.
13.  menggalakkan pertumbuhan sel kulit baru.
14.  melambatkan proses penuaan kulit (anti agingkadar keberkesanan seawal 24 jam selepas pemakaian.
15.  dengan serum ini, anda tidak perlu krim siang / malam / pelembap lain lagi!


Aku sambung balik citer macam mana aku boleh terlibat dengan produk nii. Nak dijadikan citer...ofismate aku nii rasa tak selesa menggunakan produk Meeracle nii...dia rasa kulit muka dia jadi tegang dan timbul bintik-bintik merah....lalu dia suruh sorang lagi ofismate aku cuba produk nii...ternyata mereka berdua memang tidak serasi dengan produk Meeracle nii....so mereka suruh aku pulak try



Testimoni yang berjaya merawat kulit muka dengan produk Meeracle

Aku pun cuba laa try...pertama kali aku cuba pencuci muka Meeracle nii memang kulit muka aku terasa tegang dan tidak berapa selesa...tetapi aku tak putus asa dan cuba pulak serumnya. Serumnya bagi aku ok sahaja dan buat kulit muka aku menjadi lembap. Dah hampir dua bulan jugak aku guna produk nii...memang tak de mendatangkan masalah pada kulit aku cuma...aku rasa tiada perubahan sangat kat kulit aku nii. Sun burn still lambat jugak pulih...hampir sebulan baru nampak ok sikit. Ada testimoni yang try 3 bulan baru nampak perubahan yang ketara...kulit lebih glowing gitu...
Testimoni yang berjaya merawat kulit muka dengan produk Meeracle

Apa pun...aku tak kata produk nii tak bagus...sebab ada artis (Izreen Azminda, Catriona Ross dan Zahirah Macwilson) yang menggunakan produk nii wajah mereka jadi cantik berseri-seri dan ada testimoni yang wajah mereka semakin pulih setelah memakai produk nii. Sebenarnya setiap produk ikut kepada keserasian kulit masing-masing sebab setiap orang mempunyai jenis kulit yang berbeza. Kadang-kadang kita perlu mencuba beberapa produk untuk mendapatkan produk yang serasi dengan diri kita sendiri. Terpulang kepada korang sendiri untuk mencuba produk yang mana satu dan mengikut kemampuan masing-masing....

Sekian.

No comments:

Post a comment