Thursday, 20 February 2020

KAAB Skincare Produk Asas Yang Mampu Milik Dari Madu Dan Kurma...

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,


Hai korang semua… Apa khabar hari nii? Aku doakan semoga korang semua berada dalam keadaan sihat walafiat hendaknya. Produk kecantikkan lagi….emmmm. Yea kali nii entri aku masih lagi nak buat review pasal produk kecantikkan…. Iaitu KAAB oleh Dato Alha Alfa




Pengasasnya memang lelaki…beliau ni suka makeup-makeup…sebab tu boleh wujudnya makeup dan skincare bawah nama beliau. KAAB Skincare merupakan produk penjagaan kulit yang terdiri dari 5 jenis iaitu...
1. Utra Gentle Cleanser
2. Lightening Gold Serum with 24K Gold +Hyaluronate Asid
3. Whitening Day Cream
4. Whitening Night Cream
5. Recovery Night Cream


5 skincare yang terdapat dalam satu kotak


Aku tak tahu sebenarnya pasal produk nii....tetapi tengah meletop-letop kat ofis HQ aku di KL... Kisahnya bermula.... apabila ofismate aku ingin mencari produk yang sesuai dengan kulitnya. Kulitnya tiada masalah jerawat tetapi kusam, kering dan tidak bermaya. Ofismate aku nii memang rajin dalam bab-bab mencari produk-produk kecantikkan nii...yea laa bila kita rasa kita ada masalah kulit mesti kita akan cari produk untuk mencantikkan kulit kita kan..kan..kan...


Kotak packagingnya memang cantik dan comel

Nak dijadikan cerita....setelah sebulan ofismate aku guna produk nii...aku mula perasan kulitnya semakin berseri...waaahhhhh...kagum gak aku... Disebabkan pada ketika itu dan disaat itu....kulit muka aku tengah ada masalah sun burn... so aku pun mula la berminat untuk mencuba produk nii... Harganya pulak tak la mahal sangat...mampu milik iaitu RM 59.00 untuk 1 set yang terdiri dari 5 jenis skincare. Student pun mampu beli...


Di bahagian belakang kotak disediakan cara penggunaan produk KAAB Skincare ni


Yang paling aku suka tentang produk ini ialah.....dibuat (packing) dalam bentuk yang kecil seakan trial pack....mudah untuk aku bawa gi travel dan juga outstation. Selain itu... set yang disediakan adalah set asas skincare...tak perlu nak tepek banyak-banyak produk kat muka korang tuu.... cukup laa sekadar dengan yang nii jer dah lengkap. Yang istimewanya produk nii ia menggunakan bahan utama dari madu dan juga kurma.....sebab tuu muka akan terasa lembut jer...


Utra Gentle Cleanser (pencuci muka)


Kat belakang kotak tuu pula ada disediakan cara-cara penggunaan produk KAAB skincare nii. Aku mulakan dengan pencuci muka.... "Aku cakap korang... Memang syok giler weiii...." Dalam banyak-banyak pencuci muka yang aku pernah try seumur hidup aku....yang nii paling best!! Korang hanya pakai sikit jer....dalam 1 cm, dah boleh cover untuk bersihkan keseluruhan muka dan leher korang. Bestnya sebab ia dalam bentuk gel yang sangat lembut dan ringan bila tersentuh kat muka... Buihnya pun tak banyak. Baunya juga harum...macam bau madu. Memang terasa syok bila cuci muka tuu...rasa nak cuci muka lama-lama.


Lightening Gold Serum with 24K Gold +Hyaluronate Asid


Setelah selesai mencuci muka dan muka korang dah pun dilap kering... Maka seterusnya korang bolehlah pakai lightning serum pulak. Serum memang bagus untuk kulit... sebab ia membuatkan kulit menjadi lembap dan boleh mengurangkan kesan jeragat. Korang bubuh setitik serum nii di telapak tangan dan gosok-gosokkannya supaya panas/haba dan kemudian disapu ke muka. Lepas tu tepuk-tepuk (dap..dap...dap..) muka korang perlahan-lahan supaya ia mudah diserap ke dalam lapisan kulit.

Pastuuu aku mulakan pula dengan krim siang yang berwarna kuning tuu. Sapukannya nipis sahaja kat muka. Kemudian bolehlah korang guna foundation dan juga bedak seperti biasa. Dah siap untuk penjagaan kulit pada siang hari...


Extreme Whitening Day Cream (Krim Siang)


Untuk malam hari pulak... Setelah korang dap..dapkan serum kat muka...bolehlah disapu pula krim malam. Krim malam nii ada 2 jenis disediakan iaitu untuk whitening dan recovery. Mula-mula korang pakai yang skin recovery night cream with kurma (warna putih) dan kemudiannya whitening intense night cream with hyaluronate acid (warna kuning jernih). Krimnya pulak tak berminyak dan cepat serap ke dalam lapisan kulit. Selesai la sudah untuk penjagaan muka di malam hari...


Krim Malam - Whitening Night Cream dan Recovery Night Cream


Untuk pengetahuan korang... Aku dah guna produk nii 4 minggu lebih..... Sebelum menggunakannya, kulit muka aku dalam keadaan yang agak teruk akibat sun burn dan mengelupas serta kusam. Husband aku tengok pun jadi takut dan risau. Kawan-kawan aku pun terkejut sebab selama ini kulit aku memang tak de masalah sangat...jerawat pun susah nak tumbuh. 


Zara Zya

Hari ke dua aku cuba produk ini...muka aku jadi bertambah teruk atas kesilapan aku sendiri... disebabkan kulit aku sedang mengelupas dan aku telah menggunakan berus muka bagi membuang kulit-kulit yang mengelupas tuu. Akibatnya...kulit muka aku jadi merah-merah dan luka-luka....hinggakan aku terpaksa pakai topeng muka. Sedangkan aku guna berus muka dengan perlahan dan lembut sahaja. Silapnya sebab kulit muka aku yang tengah sunburn dan mengelupas tuuu...aku terlampau rajin sangat nak berus. Terus aku stop dan tak nak guna dah berus muka!


Dato Alha Alfa

Hari ke tiga...aku cuci muka aku macam biasa dan masih lagi menggunakan produk KAAB Skincare nii... Pada sebelah malam...aku akan sapukan serum dan juga krim malam dalam kuantiti yang banyak sedikit dari biasa bagi merawat kulit muka aku nii semula.... Hari ke lima aku dah nampak kesannya...kulit muka aku bertambah baik. Pada hari ke 10... kesan luka-luka di muka aku nii... dah hampir hilang dan sekata. Alhamdulillah... Sehingga ke hari ini aku masih lagi meneruskan penggunaan produk KAAB Skincare nii...

** sorry tau korang semua aku tak boleh nak tepek gambar muka aku (sebelum dan selepas) kat blog nii sebab husband aku tak suka aku ambik gambar diri sendiri secara close up

Sekian.

No comments:

Post a comment