Friday, 7 February 2020

Birdnest Essence...Produk Kecantikan Muka Yang Pertama Menggunakan Pati Sarang Burung Wallet

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,


Hai korang semua... Apa khabar hari nii? Semoga semuanya sihat walafiat hendaknya yea. Hari nii aku nak buat review pasal produk kecantikan lagi. Ramai yang suka kalau bab-bab mencantikkan diri nii kan..kan..kan... Aku sendiri pun suka kalau produk tuu bagi manafaat kat diri aku. Aku nak citer pasal Birdnest Essence by PNA.


Birdnest Essence by PNA ini berwarna putih dan ada 90% pati pure sarang burung walet dan merupakan produk muka pertama yang menggunakan bahan utama dari sarang burung... Selalu kita dengar hanya untuk minum saja kan! Kali nii ianya dijadikan essence. Produk Birdnest Essence nii didatangkan dalam botol yang kecil dengan 15ml dengan harga RM 20.00. Bagi aku sangat murah dan berbaloi untuk dibeli.


Yang bestnya bila pakai Birdnest Esence nii kulit korang memang tak akan rasa melekit walau pun texturenya pekat dan likat. Ianya mudah menyerap ke dalam kulit dan korang akan nampak kulit muka korang lebih tegang dan berseri...awet muda gitu.... Tujuannya supaya kulit muka korang menjadi lebih anjal, bebas jerawat, menutup pori besar, dan anti kedutan serta anti penuaan. Lelaki dan juga perempuan boleh menggunakan Birdnest Essence nii. Aku memang suka sangat birdnest essense nii...letak kat muka terasa sejuk  dan best jerr...


25 KELEBIHAN DAN KEISTIMEWAAN BIRDNEST ESSENCE BY PNA : 

  1. Mencerah dan Melembutkan kulit.
  2. Melambatkan penuaan (Kulit lebih tegang).
  3. Mengecilkan liang pori terbuka.
  4. Menghilangkan serta mencegah jerawat dan jeragat.
  5. Menghilangkan bintik hitam dan parut jerawat.
  6. Menjadikan tona kulit sekata.
  7. Menghilangkan jerawat.
  8. Meratakan lubang bekas jerawat.
  9. Menyamarkan dan menghilangkan flek-flek di wajah.
  10. Menyamarkan pigmentasi dan warna kulit tidak rata.
  11. Meremajakan kulit.
  12. Menghilangkan bekas jerawat.
  13. Memberbaiki kulit kusam.
  14. Mencerahkan warna kulit.
  15. Mengecilkan pori-pori.
  16. Membuat kulit nampak bercahaya.
  17. Menegangkan kulit sehingga anda kelihatan lebih muda.
  18. Kulit putih glowing tanpa cela.
  19. Bersih berseri tanpa noda-noda parut jerawat.
  20. Warna kulit sekata.
  21. Cerah, putih berseri serta bersinar semulajadi walaupun tanpa mekap.
  22. Mengembalikan keanjalan kulit.
  23. Meremajakan kulit.
  24. Menghilangkan kesan-kesan pigmentasi serta jeragat.
  25. Mengatasi masalah jerawat serta menghalangnya muncul kembali



Aku beli produk nii sebab kulit muka aku kena sun burn yang teruk dan dah mula start mengelupas serta merah-merah kepedihan. Dah 2 minggu aku menggunakan produk nii dan kulit muka aku yang sun burn tuu nampak semakin pulih dan yang aku perasan kulit aku semakin cerah dan berseri serta tegang. Aku guna produk nii 2 kali sehari iaitu pagi dan juga malam. Untuk botol yang kecil 15 ml nii.... tahan untuk 2 minggu sebab aku bubuh banyak sikit kat muka aku kerana muka aku sun burn. Aku memang peminat serum dan juga essence kerana ia boleh melembapkan dan merawat kulit yang kusam. Bagi yang usia macam aku nii...dah pertengahan four series...memang digalakkan untuk menggunakan serum atau essence supaya nampak lebih muda dan berseri-seri. Supaya proses penuaan tuu lambat la sedikit...hik...hik..hik...

** sebelum nii label produk ini berwarna putih dan sekarang telah ditukar menggunakan kertas warna hitam.

Sekian.

No comments:

Post a comment