Saturday, 9 November 2019

Sultan Azlan Shah....Seorang Yang Aktif Dalam Sukan Olahraga, Kriket, Bola Sepak Dan Hoki.

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Hai korang semua... Apa khabar hari ni? hari nii aku nak citer pasal sultan Perak yang sangat aku kagumi iaitu Sultan Azlan Shah. Aku mulai mengagumi baginda ketika aku menjejakkan kaki ke Galeri Sultan Azlan Shah di Kuala Kangsar. Di galeri ini terdapat banyak bahan dan koleksi baginda dipamerkan. Jom aku bawa korang mengenali baginda melalui biodatanya...

Raja Azlan Shah memperlihatkan sifat kesungguhan dan ketekunan yang tinggi dalam usaha menguasai ilmu pengetahuan. Baginda memulakan alam persekolahan bermula dari Sekolah Melayu Batu Gajah, disusuli di Sekolah Inggeris Batu Gajah hingga memperoleh 'School Certificate' dengan keputusan cemerlang. Baginda seterusnya meneruskan persekolahan ke Tingkatan Enam di Maktab Melayu Kuala Kangsar.






Baginda sentiasa memperlihatkan bakat kepimpinan yang tinggi sehingga dilantik menjadi ketua murid di Sekolah Inggeris Batu Gajah dalam tahun 1948. Baginda juga seorang yang aktif dalam sukan olahraga, kriket, bola sepak dan terutamanya hoki.


Raja Azlan Shah telah berjaya memperolehi Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari University of Nottingham dalam tahun 1953 dan setahun kemudian diterima sebagai 'Barriter-at-Law' di Lincoln Inn United Kingdom pada 23 November 1954.


Sekembali ke tanah air, Baginda dilantik sebagai Penolong Setiausaha Kerajaan Negeri Perak. Baginda memulakan perkhidmatan dalam perkhidmatan perundangan sebagai seorang mejistret. Pada 7 November 1982, Baginda dilantik sebagai Ketua Hakim Negara.


Baginda turut memainkan peranan aktif dalam dunia pendidikan negara. Baginda telah diberikan penghormatan menjadi Pengerusi Majlis Penasihat Pelajaran Tinggi dalam tahun 1974, menjadi Canselor Universiti Sains Malaysia dalam tahun 1971 hingga ke 1984. Baginda pernah berperanan sebagai pemeriksa luar bagi Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang, Universiti Malaya. Pada hari ini Baginda adalah Canselor Universiti Malaya.



Baginda adalah seorang pemimpin sukan berkaliber, memimpin Persekutuan Hoki Malaysia, sebagai Timbalan Presiden kepada Tun Abdul Razak dan Tun Hussein Onn dan dilantik sebagai Presiden pada tahun 1981. Baginda juga adalah Presiden Persekutuan Hoki Asia dan Naib Presiden Persekutuan Hoki Antarabangsa.


Sultan Azlan Shah telah dikurniakan anugerah akademik oleh beberapa universiti dan bintang kehormat dari dalam dan luar negara.


Sekian.

1 comment:

  1. Hello,
    I am a film maker and I am working on a project about bajau Laut in Sabbah and the lepa lepa boat. I read your article about lepa boat maker. I would like to have more detailed. Can you please email me you personnal contact at aurelia.rusek@gmail.com.
    Thanks for your help and best regards,
    Aurélia

    ReplyDelete