Wednesday, 16 October 2019

Laksa Lemak Nyonya Dari Melaka...Sekali Rasa Nak Berulang-ulang Makan Tau...

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Hai..hai..hai...berjumpa lagi kita di hari ini. Di harap semuanya berada dalam keadaan sihat jua hendaknya yea... hari nii aku nak citer bab makan-makan....sedapnya..dah terliur rasanya.

Hari nii aku nak kenalkan korang dengan Laksa Nyonya. Mungkin ada yang baru pertama kali mendengarnya. Sama dengan aku. First time aku dengar dan first time juga aku rasa. Serius aku cakap...memang sedap laa laksa nyonya nii. warna kuahnya kuning seakan-akan masak lemak tapi rasanya seakan-akan assam pedas...so korang boleh bayangkan tak??


Cara-cara untuk membuat Laksa Lemak Nyonya Melaka ialah mula-mula korang kena beli bahan-bahannya. Pas tu korang kena masak kuah dan jugak sambal. Kat bawah nii aku sediakan resepi untuk korang cuba...

BAHAN-BAHAN UNTUK LAKSA LEMAK NYONYA MELAKA
1 bungkus bihun - di rebus hingga lembut, angkat dan toskan
1 batang timun - di potong halus
1 cawan taugeh
1 ikat daun kesum - di hiris halus
1 labu bawang besar - hiris halus
1 kuntum bunga kantan - hiris halus
3 keping tauhu - di goreng dan hiris nipis
2 keping fish cake - di goreng dan hiris nipis

Telur rebus - jika suka


KUAH LAKSA
Bahan Kisar
15 ulas bawang merah
4 inc lengkuas
1 inc kunyit hidup
20 tangkai cili kering - rendam lembut
6 biji buah keras
1/2 cawan udang kering - rendam lembut
2 inc belacan
2 batang serai
1 ikan daun kesum
2 kuntum bunga kantan
6 keping asam keping
2 kiub ikan bilis
1 keping gula Melaka
1 cawan santan
10 biji fish ball
10 ekor udang
Stock udang secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
**Udang di buang kepala dan kulitnya.
Kulit dan kepala udang di kisar dengan air untuk di jadikan stock udang
Selepas kisar, tapis

Cara-cara membuatnya:
1. Panaskan minyak dalam periuk
2. Tumiskan bahan kisar hingga harum dan terbit minyak
3. Kemudian masukkan stock udang
4. Masukkan juga daun kesum
5. Biarkan kuah mendidih
6. Bila kuah dah didih, masukkan kiub ikan bilis, asam keping dan gula Melaka
7. Kemudian masukkan bunga kantan dan santan
8. Bubuh sedikit bahan perasa, garam dan gula secukup rasa
9. Akhir sekali masukkan bebola ikan dan udang
10. Biar kuah didih




SAMBAL TUMIS
Bahan Kisar

15 tangkai cili kering ~ rendam hingga lembut
7 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci belacan
sedikit air asam
minyak untuk menumis
garam dan gula secukup rasa

Cara-cara membuatnya:
1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan kisar hingga garing dan terbit minyak
2. Tambahkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa
3. Masak sambal hingga betul-betul garing dan kering


Bila kuah dan sambal dah siap dimasak...boleh lah korang menghidangnya di dalam mangkuk. Sekali rasa memang nak rasa berkali-kali....Selamat mencuba..

Sekian.

No comments:

Post a comment