Wednesday, 30 October 2019

Franch Cooling Mint Herbal Hair Oil...Aku Telah Jatuh Hati!!

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,


Hai korang…apa khabar hari nii. Aku sentiasa mengharapkan korang semua berada dalam keadaan sihat sahaja hendaknya. Sejak kebelakangan ini aku banyak buat review tentang produk....tak kiralah, sama ada produk kecantikan mahu pun produk penjagaan badan. Hari nii aku nak review pengalaman aku menggunakan produk ini iaitu jenama Franch. Jenama nii dah berkurun berada di pasaran...cuma aku tak pernah nak mencubanya.




Bagaimana aku boleh nak mencuba produk ni yea..? Produk yang aku nak citer nii ialah Franch Herbal Hair Oil....ianya bermula disebabkan rambut aku jenis yang mudah kering. Aku pernah cuba juga beberapa produk yang lain tetapi dengan produk Franch Cooling Mint Herbal Hair Oil niii...tetiba saja aku telah jatuh cinta.




Sebenarnya Hair Serum aku dah nak habis...aku bercadang nak survei laa serum yang lain walau pun aku suka dengan Hair Serum yang aku guna sekarang. Kebetulan masa tuu aku tengah shopping barangan dapur kat Mydin...dan aku terfikir laa nak cari sesuatu produk bagi merawat rambut aku yang kering nii. Pelbagai produk yang aku tengok tapi masa tuu aku nak budget-budget sikit...tetiba aku tergerak hati nak beli Franch Cooling Mint Herbal Hair Oil nii walau pun aku tengok harganya agak mahal sikit dengan produk yang berhampirannya...tetapi still dibawah RM 10....kalau tak salah aku harganya RM 8.50. 




Yang membuatkan aku tergerak hati nak beli produk nii sebab kandungannya yang ada peppermint oil dan menthol crystals....yang boleh menyejukkan kepala dan panas dalam. Yea laa...perempuan yang bertudung nii, mudah kena sakit kepala terutama dalam cuaca yang panas. So aku cakap pada diri aku...lets try...




Nak dijadikan citer...balik rumah aku pun nak la try produk nii...aku pun baca laa direction pada botol nii....Alamak!! Kena pakai sebelum mandi...bukannya selepas mandi. Kebanyakan produk yang aku beli...aku pakai selepas mandi iaitu selepas cuci rambut. Nasib baik beli yang botol kecik 100ml. Tapii...aku cuba gak dulu. Dah pakai.... kena pulak tunggu 20 minit....lepas tu barulah boleh syampoo rambut. Aku pun buatlah seperti yang diarahkan.




Selepas selesai mandi....ternyata produk nii memang BEST!! Sebab apa aku kata best...sebab rambut aku terasa lebih lembut dan tak kering....nampak lebih bersinar dan hitam. Selain itu....ia boleh kekal macam tuu hingga hari ke empat walau pun korang guna syampoo setiap hari. Jadi sekarang, setiap hari ke empat baru aku pakai semula Franch Cooling Mint Herbal Hair Oil nii.....dan.....aku akan beli lagi.




Rupa-rupanya bila aku tengok Mr Google...produk untuk rambut nii ada pelbagai jenis (korang boleh lihat sendiri kat gambar atas). Aku jugak bagi try kat husband aku...dan dia pun cakap produk nii best!!. Produk nii mungkin serasi dengan rambut aku yang panjang dan lebat nii...aku rasa seronok sebab rambut aku dah tak nampak kering dan juga tak mudah kering...


Sekian.

Thursday, 24 October 2019

Lip Matte Young & Glow Neelofa... Best Dipakai..

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,


Hai…korang semua apa khabar hari nii? Semoga sihat sejahtera hendaknya yea. Hari nii aku nak citer pengalaman aku menggunakan satu produk kecantikkan nii. Produk nii baru jer keluar pasaran dan tengah panas… Aku nak citer tentang lip matte young & glow Neelofa. Sapa dah pernah try…

Aku sebenarnya dah lama tak beli lipstick dan lip gloss…sebabnya stok sediada masih ada lagi…belum habis pun diguna. Kalau korang ada baca entri aku yang sebelum nii... Victoria Secret Matte Lip Gloss, korang pasti tahu aku suka lip gloss Victoria Secret. Tetapi hari nii aku nak buat review Lip Matte Neelofa.


Pada awalnya...aku tak de la berminat sangat nak try or beli lip matte nii sebab lipstick aku masih banyak lagi. Nii semua disebabkan officemate aku yang tengah menggiler guna lip matte Neelofa nii... Aku tengok colornya pulak cantik sebab aku memang giler warna-warna tanah nii...nampak simple dan natural jer. Akhirnya aku pun terjebak beli dua jenis color walau pun pada mulanya aku bercadang nak beli 3 jenis warna. Giler kan!! Dah nama pun wanita....Memang suka la bab-bab cantik dan mencantikkan diri nii...


Kotak lip matte nii memang besar giler dari biasa...mula-mula aku ingatkan kotak maskara. Warna kotaknya packingnya aku suka...memang menarik sangat! Color yang aku pilih adalah....... Lotus (kotak purple) dan Kelantan (kotak kuning). Yang kelantan...warnanya seakan-akan coklat. Yang lotus pulak...pink. Korang boleh rujuk gambar kat bawah nii...ada 6 color semuanya. 1 unit harganya RM 38.00. Yang bestnyer pakai lip matte young & glow Neelofa niii...bila korang sapu kat bibir korang lip matte nii seakan cair...jadi mudah korang nak pakai. Tak sampai 1 minit kemudian...lip matte nii akan jadi matte. 


Aku rasa warnanya pun sangat sesuai untuk orang Asia dan juga untuk nampak cam natural beauty gitu... Selain itu ia juga sangat sesuai dipakai ke ofis atau pun ke kelas. Lepas nii aku target nak beli warna Tiga pulak. Bagi korang yang suka akan color-color macam nii...boleh la try yea...

Sekian.

Tuesday, 22 October 2019

Aku Suka....Victoria Secret Velvet Matte Lip Gloss

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Hai semua…apa khabar korang hari nii. Seperti biasa…aku doakan korang semua sihat sahaja hendaknya. Mulakan hari dengan ceria-ceria ok! Don’t worry just be happy…. Hari nii aku nak buat review produk kecantikan iaitu Victoria Secret Velvet Matte Lip Gloss. Aku bukan pakar dalam bab-bab kecantikkan nii tetapi aku buat review berdasarkan pengalaman aku menggunakan produk nii yea...



First time try...aku dah tertawan dengan produk nii... Sebenarnye hingga ke hari ini aku masih selesa dan setia menggunakan lipstick jenama Silkygirl kerana warnanya yang lebih natural. Lip gloss matte yang aku suka pakai sebelum nii adalah NYX. Kini aku lebih suka dan sangat suka menggunakan lip gloss VS nii. Lip gloss VS nii adalah jenis matte...aku kurang minat yang glossy...glossy tuu. Flavored lips shine satin gloss tuu pulak aku pakai bila bibir aku jadi kering atau aku pakai kat rumah atau santai-santai atau pun pakai pada waktu malam.




Sebenarnya aku dah lama menggunakan produk Victoria Secret nii...bermula dengan body mist dan juga gel mandian. Aku memang jarang beli produk kecantikkan kecuali lipstick dari jenama silkygirl. Nak dijadikan cerita...BFF aku kebetulan pergi kat outlet VS nii dan dia bagi tau aku VS ada buat sales lip gloss....RM 15 seunit. Korang rasa.....terperanjat beruk tak?? Dia siap tunjuk warna-warna yang dia beli tuuu. Cantik betul siut!! Petang tuu jugak...balik dari tempat kerja aku terus borong 5 unit... Esoknya siap promote kat ofis mate yang lain. Semua jadi giler nak membeli.... haaa... haaa.... haaa.....



Korang boleh tengok sendiri warna-warna yang aku beli kat gambar atas nii... Paling menjadi warna feberet aku adalah wanted iaitu warna coklat...nampak natural jer...Warna feberet aku yang ke dua adalah drama....warna seakan meroon. Bagi yang kulit agak gelap warna nii memang sesuai. Kalau kulit yang cerah...aku rasa kurang sesuai sebab nampak terlalu menonjol. Kalau kulit yang warna sederhana macam aku nii...korang kena calit jangan terlampau banyak sangat. Sekali calit jer...pastu kebam-kebamkan kat bibir korang.




Kalau tak de sales...harga lip gloss nii lebih kurang RM 59 seunit. Jadi jimat banyak laa bila aku beli waktu sales. Lagi pun setahu aku... VS nii memang susah nak buat sales untuk lip gloss. Selalu yang sales adalah body mist, perfume, lotion dan pouch/bag. Harap-harap nak Krismas nii ada laa sales untuk lip gloss nii...sebab aku nak beli wanted.



Victoria Secret Velvet Matte Lip Gloss... tahan lama dipakai dan terasa ringan sebab tu aku suka. Calit sikit jer kat bibir pun dah ok.....sesuai dengan aku yang suka nampak simple dan natural. Kalau korang yang suka make up tebal-tebal pun ok gak guna lip gloss nii. Ikut kepada kesukaan dan keselesaan korang. Oklah setakat ini sahaja review aku pasal produk nii...jumpa lagi kita untuk lain produk nanti yea..

Sekian.

Wednesday, 16 October 2019

Laksa Lemak Nyonya Dari Melaka...Sekali Rasa Nak Berulang-ulang Makan Tau...

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Hai..hai..hai...berjumpa lagi kita di hari ini. Di harap semuanya berada dalam keadaan sihat jua hendaknya yea... hari nii aku nak citer bab makan-makan....sedapnya..dah terliur rasanya.

Hari nii aku nak kenalkan korang dengan Laksa Nyonya. Mungkin ada yang baru pertama kali mendengarnya. Sama dengan aku. First time aku dengar dan first time juga aku rasa. Serius aku cakap...memang sedap laa laksa nyonya nii. warna kuahnya kuning seakan-akan masak lemak tapi rasanya seakan-akan assam pedas...so korang boleh bayangkan tak??


Cara-cara untuk membuat Laksa Lemak Nyonya Melaka ialah mula-mula korang kena beli bahan-bahannya. Pas tu korang kena masak kuah dan jugak sambal. Kat bawah nii aku sediakan resepi untuk korang cuba...

BAHAN-BAHAN UNTUK LAKSA LEMAK NYONYA MELAKA
1 bungkus bihun - di rebus hingga lembut, angkat dan toskan
1 batang timun - di potong halus
1 cawan taugeh
1 ikat daun kesum - di hiris halus
1 labu bawang besar - hiris halus
1 kuntum bunga kantan - hiris halus
3 keping tauhu - di goreng dan hiris nipis
2 keping fish cake - di goreng dan hiris nipis

Telur rebus - jika suka


KUAH LAKSA
Bahan Kisar
15 ulas bawang merah
4 inc lengkuas
1 inc kunyit hidup
20 tangkai cili kering - rendam lembut
6 biji buah keras
1/2 cawan udang kering - rendam lembut
2 inc belacan
2 batang serai
1 ikan daun kesum
2 kuntum bunga kantan
6 keping asam keping
2 kiub ikan bilis
1 keping gula Melaka
1 cawan santan
10 biji fish ball
10 ekor udang
Stock udang secukupnya
Garam dan gula secukup rasa
**Udang di buang kepala dan kulitnya.
Kulit dan kepala udang di kisar dengan air untuk di jadikan stock udang
Selepas kisar, tapis

Cara-cara membuatnya:
1. Panaskan minyak dalam periuk
2. Tumiskan bahan kisar hingga harum dan terbit minyak
3. Kemudian masukkan stock udang
4. Masukkan juga daun kesum
5. Biarkan kuah mendidih
6. Bila kuah dah didih, masukkan kiub ikan bilis, asam keping dan gula Melaka
7. Kemudian masukkan bunga kantan dan santan
8. Bubuh sedikit bahan perasa, garam dan gula secukup rasa
9. Akhir sekali masukkan bebola ikan dan udang
10. Biar kuah didih




SAMBAL TUMIS
Bahan Kisar

15 tangkai cili kering ~ rendam hingga lembut
7 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
1 inci belacan
sedikit air asam
minyak untuk menumis
garam dan gula secukup rasa

Cara-cara membuatnya:
1. Panaskan minyak dalam kuali dan tumiskan bahan kisar hingga garing dan terbit minyak
2. Tambahkan air asam jawa, garam dan gula secukup rasa
3. Masak sambal hingga betul-betul garing dan kering


Bila kuah dan sambal dah siap dimasak...boleh lah korang menghidangnya di dalam mangkuk. Sekali rasa memang nak rasa berkali-kali....Selamat mencuba..

Sekian.

Wednesday, 9 October 2019

Bath And Body Works Menjadi Pilihan Hatiku..

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,


Hai..hai..hai...berjumpa lagi kita di hari yang indah ini. Di harap semuanya berada dalam keadaan sihat jua yea... Hari nii aku nak story mory tentang satu produk yang menjadi kesukaan wanita...iaitu produk penjagaan diri. Produk nii dah lama berada di dalam industri..lebih kurang 20 tahun. Kalau tak salah aku produk nii wujud kat Malaysia lebih kurang 3 - 4 tahun yang lalu...bermula di Nu Sentral, Kuala Lumpur.


Produk nii antara yang menjadi kegilaan aku selepas Victoria Secret. Yang bestnya...setiap kali aku balik dari tempat kerja...aku boleh jer singgah kat kedai nii kalau aku nak...kerana aku mengambil komuter di KL Sentral. Yang korang tengok nii memang koleksi aku sendiri... Bila ada sales aku akan beli dalam kuantiti yang banyak untuk diri sendiri atau pun untuk dihadiahkan kepada kengkawan. 


Harga produk nii agak mahal sedikit dari The Body Shop tetapi ianya ada kelebihan dan ada kekurangannya...begitu juga Victoria's Secret. Contohnya...mandian shower gel The Body Shop korang boleh dapat dengan harga RM 29.00 tetapi untuk Bath And Body Works, harga mandiannya adalah RM 69.00, Victoria secret pulak dalam RM 59.00. Tetapi kalau ada sale...korang boleh dapat harga mandian shower gel ini dalam purata RM 36.00....lebih kurang separuh harga.


Bath And Body Works ini ada lebih kurang 8 jenis produk...iaitu 
  • Shower Gel
  • Candle
  • Hand Soap
  • Lotion
  • Hand Sanitizer
  • Perfume
  • Body Mist
  • Wangian Rumah



Kalau korang nak tahu…3 tahun yang lalu aku spend RM 500 untuk beli barangan Bath And Body Works nii…masa tuu ada sales Krismas…memang giler laa. Kalau korang nak beli...paling bagus beli time sale Krismas. Harganya akan turun menjunam-junam...tetapi korang kena la berebut-rebut sebab ramai orang yang akan turut membeli waktu nii. 


Barangan yang aku selalu beli adalah mandian shower gel , body mist, hand soap dan juga hand sanitizer. Bauan yang menjadi kegemaran aku adalah citrus dan juga rose. Baru-baru nii Bath And Body Works ada mengeluarkan barangan dengan bauan rose. Memang aku suka sangat... tetapi aku hanya beli body mistnya sahaja sebab masa tu aku kurang confident akan harumannya. 


Kebanyakkan barangan bauan rose yang aku beli memang tak berapa nak best KECUALI body oil dari The Body Shop tetapi sayangnya mereka dah tak keluarkan bauan nii dah lebih 7 tahun. Aku frust giler masa tu bila dapat tahu bauan tu dah tiada keluaran.


Selalunya setiap kali ada sales memang aku tak lepaskan peluang untuk membeli barangan Bath And Body Works nii kerana produk nii memang susah sikit buat sales kat Malaysia nii. Baru-baru nii Bath And Body Works  ada buat sales...3 barang RM 128. Terkejut jugak aku...so apa lagi...aku pun ambik laa 3 body mist...kebetulan pulak body mist aku dah nak habis. Seminggu lepas tuu pulak sales giler-giler RM 20 untuk barangan pilihan....apa lagi aku pun borong laa shower gel pulak sebab aku punya mandian nii dah habis.


Mad about You merupakan feberet aku jugak. Birthday aku tahun nii...BFF aku hadiahkan body mist Gingham Diamond yang menjadi feberet dia dan baunya pun sedap. Birthdaynya pulak aku hadiahkan body mist Beautiful Day...kata sales girl tuu merupakan barangan hot sales. Kalau korang nak beli...ikut la pada citarasa korang dan bauan yang selesa dengan diri korang. Harga body mist adalah RM 79.00 sebotol untuk 236ml.


Setelah aku pindah ke Melaka...aku rasa aku dah kurang peluang untuk membeli Bath And Body Works nii bila time sales...sebab aku ingat kat Melaka nii tak de outlet Bath And Body Works rupanya sangkaan aku meleset. Kawan aku kata outletnya ada kat Dataran Pahlawan/Pahlawan Mall di aras 1. Krismas nanti bolehlah aku memborong kat sini saja...hik3x...seronoknyer....

Sekian.

Thursday, 3 October 2019

Jom Cuba Mengait Sarung Botol Air Crocodile Pattern...

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Hai korang apa khabar semuanya... Entri aku hari ni berkaitan dengan hobi mengait…iaitu mengait sarung botol air bercirikan corak buaya (crocodile pattern). Aku bukanlah pandai sangat mengait tetapi disebabkan minat...sikit-sikit tuu boleh laa aku cuba buat...tetapi lebih kepada untuk diri sendiri.


Walau pun tempahan yang aku terima banyak tetapi aku tak mampu untuk memenuhi permintaan dan kebanyakkannya terpaksa aku tolak kerana kengkangan kerja aku yang tidak menentu. Semenjak aku pindah ke Melaka...masa aku agak terhad, selain itu untuk mencari bahan mengait juga agak terhad di sini serta harganya sedikit mahal berbanding dengan Kuala Lumpur.


Ok la...hari nii aku bukan lah nak mengajar tetapi aku tunjukkan step by step untuk mengait sarung botol air corak buaya nii...Jadi korang kena rujuk kepada gambar dan juga diagram yang aku sediakan. Korang kena mula dengan mengait tali air sebanyak 8...selepas itu korang kena kait chain sebanyak 18. 


Aku menggunakan benang berwarna kelabu untuk tapak bahagian bawah botol air ini supaya tidak nampak terlalu kotor. Kalau aku guna warna yang cerah mungkin mudah nampak kotor. Jenis benang yang aku gunakan ialah benang acrylic jenama Nona.


Aku nak ceritakan cara mengait sarung botol air ni pun aku tak pandai sangat...jadi korang tengok kat gambar yea. Sebenarnya aku tak belajar mengait dari mana-mana pun...aku selalu try and error jer. Bermulanya aku cuba mengait sarung botol air ini adalah disebabkan...apabila aku melihat hasil tangan seorang akak nii...terpegun sungguh aku akan kebolehannya mengait dan aku terus jatuh cinta kat sarung botol air yang dia kait tu....dia jual dengan harga RM 55. Bagi diri aku harga itu memang agak mahal diwaktu hujung-hujung bulan dengan poket yang dah kering nii. Aku minta akak tu ajar aku cara-cara mengait sarung botol air nii tetapi dia memang tak nak ajar kecuali aku masuk kelas dia di Kuala Lumpur.



Memandangkan pada masa tu aku memang agar sukar untuk berulang alik dari Melaka ke Kuala Lumpur untuk mengikuti kelas mengait akak tuu...Jadi aku mengambil keputusan untuk cuba belajar sendiri...try and error. Setelah beberapa kali mencuba...hampir 3 bulan, akhirnya aku berjaya jugak menyiapkan sarung botol air yang pertama...corak buaya. Terasa sangat seronok dan puas. 


Untuk menghasilkan sarung botol air nii korang memerlukan kesabaran yang agak tinggi dan mood yang baik kerana agak rumit sikit serta pengiraannya kena betul. Selain itu warna yang korang pilih juga memainkan peranan yang sangat penting untuk mendapatkan hasil warna yang menarik selain dari kekemasan hasil kerja.


Sarung botol air yang aku buat ni untuk botol air jenama Tupperware 1 litter....korang kena kait 18 baris corak buaya. Untuk talinya pula...korang kena buat chain sebanyak 40 baris (tali pendek). Untuk tali panjang...aku belum lagi cuba membuatnya tetapi korang boleh ejuz sendiri ikut kesesuaian korang.


Satu sarung botol air corak buaya ini aku hanya dapat menyiapkannya dalam tempoh seminggu disebabkan aku bekerja pada siang harinya. Aku hanya meluangkan masa dalam dua hingga tiga jam sahaja di sebelah malam untuk menyiapkan sarung botol air ini. Sekiranya aku sibuk dengan program jabatan dan kenduri....tempoh menyiapkan sarung botol air ini akan menjadi lebih panjang dari kebiasaan.


Bagi yang ada basic mengait bolehlah mencuba membuat sarung botol air corak buaya ini. Nampak macam susah tapi bila dah tahu rentaknya...mengait akan jadi lebih mudah...cuma perlukan kesabaran yang tinggi dan mood yang baik supaya hasil kerja tu jadi lebih sempurna. Selamat Mencuba!

Sekian.