Monday, 9 September 2019

Rumah Agam Di Bukit Senyum Johor Dijadikan Muzium Tokoh.

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Hai...hai...hai...apa khabar korang hari nii? Aku kat sini alhamdulillah sihat walafiat. Emmmm...apa yea aku nak tulis hari nii. Kadang-kadang idea datang mencurah-curah....kadang-kadang idea terus tak datang langsung. Ok laa hari nii aku nak tulis pasal sebuah bangunan nii yang aku rasa kagum dengan seni binanya....iaitu Muzium Tokoh.



Nak dijadikan cerita....aku tiba ke bangunan nii pun secara kebetulan dan selama ini aku tidak tahu pun akan kewujudannya. Group aku sampai kat sini sebenarnya atas tujuan untuk melihat dewan auditorium kat bahagian belakang bangunan ini kerana kami bercadang untuk mengadakan seminar. 
Bagaikan orang yang mengantuk disorong bantal...aku pun tak lepaskanlah peluang untuk menjengah sekejap ke dalam bangunan ini kerana aku seakan terpukau akan keindahan fasad dibahagian luar bangunan ini.


Bagi aku....bangunan ini  merupakan salah satu produk pelancongan yang wajar korang lawati apabila berkunjung ke Johor Bahru iaitu Muzium Tokoh yang terletak di puncak Bukit Senyum, Jalan Yahya Al – Dattar.  Ianya merupakan satu tempat destinasi yang menarik untuk dilawati kerana menyimpan banyak lipatan sejarah tentang negeri Johor serta berkaitan dengan Kesultanan Melayu Johor.


Aku ceritakan sedikit tentang latar belakang mengenai Muzium Tokoh ini.... Bangunan ini mula dikenali sebagai Bangunan Dato’ Jaafar dan merupakan kediaman rasmi Menteri Besar Johor yang pertama iaitu Dato’ Jaafar Muhammad dan merupakan bapa kepada Presiden UMNO yang pertama iaitu Datuk Onn Jaafar. 
Bangunan ini diberi nama Dato' Jaafar bagi menghormati dan menghargai atas jasa dan sumbangannya semasa berkhidmat sebagai Menteri Besar Johor pada 1886 hingga 1920.


Bangunan ini telah dibina pada tahun 1893 di atas tanah seluas 100 ekar di kawasan Bukit Senyum, di alamat JKR 514 Jalan Yahya Al Datar Johor Bahru. Tanah Bukit Senyum telah dipilih oleh Dato’ Jaafar dan dipersembahkan kepada Sultan Abu Bakar untuk pemilikan. Baginda tersenyum tanda setuju. 
Atas perkenan baginda, maka Dato’ Jaafar menamakan bukit ini sebagai “Bukit Senyum”.

Keluasan kawasan ini adalah 100 ekar. Pada masa ini, terdapat beberapa buah bangunan dan jalan yang berada di sekitar bangunan. Di antaranya ialah Depoh Polis, Sekolah Vokasional, Sekolah Menengah Dato’ Jaafar, Stor Telekom Kondominium mewah Astaka Padu. Jalan yang terdapat disekitarnya adalah Jalan Yahya Al Datar, Jalan Storey, Jalan Tebrau, Jalan Stulang Darat dan sebuah lebuh raya (Lebuh Raya Lingkaran Dalam) yang merupakan laluan utama penghubung pintu masuk Malaysia - Singapura.

Ok...tadi aku dah cerita tentang sejarah bangunan nii. Sekarang kita masuk pula pada senibinanya.....Bangunan ni berbentuk symmetrical. Bangunan 3 tingkat ini cukup unik kerana terdapat menara di setiap penjuru dan kubah berbentuk payung yang menyerupai beberapa bangunan lama DiRaja Inggeris di England seperti Hardwick Hall dan River Castle di Jajahan Derby atau Derbyshire di England.
Masuk jer ke pintu utama bangunan ini ...korang akan terpandang tangga kayu menuju ke bahagian atas.

Fungsi bangunan ini berubah mengikut peredaran zaman. Pernah juga dijadikan Maktab Perguruan Bahasa, markas tentera Jepun dan Inggeris, Pejabat Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS). Akhirnya bangunan ini diserahkan kepada Yayasan Warisan Johor untuk dijadikan Muzium Tokoh.



Kalau korang ke Muzium Tokoh ini...korang dapat mengenali dengan lebih dekat lagi tentang sejarah Negeri Johor serta sejarah Kesultanan Melayu Johor. Segala aktiviti penting yang melibatkan Kesultanan Melayu Johor dan rakyat di Negeri Johor seperti Kembara Mahkota Johor didokumentasikan dan diceritakan semula kepada pengunjung didalam bentuk pameran.

Bangunan ini juga menempatkan pelbagai info mengenai sejarah orang orang kenamaan, pemimpin, pembesar Negeri Johor seperti Jaafar Muhammad hinggalah Khalid Nordin. Selain itu pelbagai barangan hiasan, keperluan rumah, peralatan muzik, busana dan lain-lain juga di pamerkan di dalam Muzium Tokoh ini. Lupa pulak nak bagitahu...masuk adalah percuma tau...



Aku nak cerita ada satu lagi benda yang buat aku terpukau dan menarik hati aku di bangunan ini....Minat seseorang berbeza-beza...jadi aku tak pasti laa kalau korang rasa benda nii menarik dari sudut pandangan korang...sebab bagi aku...sapa yang ada jiwa seni jer yang boleh faham kot.... 

Semasa kerja-kerja baikpulih bangunan ini untuk dijadikan galeri....iaitu semasa kerja-kerja mengikis cat dilakukan...kontrator terjumpa lukisan umpama lukisan mural di bahagian dinding dalam bangunan ini. Lukisannya seakan-akan jubin/marble (korang boleh nampak kat dinding gambar atas tuu). Dari sudut kaca mata aku nii...memang sangat menarik dan berseni...cantik giler. Lukisan ini dibiarkan terdedah untuk ditonjolkan keunikkan serta keistimewaan bangunan ini.



Bangunan ini telah diwartakan sebagai bangunan warisan di bawah Akta Warisan Kebangsaan [Akta 645] oleh Jabatan Warisan Negara. Jadi korang tak boleh sesuka hati untuk menconteng, meroboh, membina dan sebagainya...kerana boleh didenda dan juga dipenjara atau pun kedua-duanya sekali.


Muzium Tokoh ini dibawah seliaan Yayasan Warisan JohorYayasan Warisan Johor memiliki beberapa muzium iaitu Muzium Tokoh dan Galeri Seni di Johor Baharu, Muzium Kota Tinggi serta Galeri Datuk Onn di Batu Pahat. Yayasan ini mengambil inisiatif mewujudkan program ‘Satu Daerah Satu Muzium’ sebagai usaha memelihara warisan dan budaya di negeri Johor ini.


Kalau korang datang ke Johor Bahru...jangan lupa yea singgah sebentar kat Muzium Tokoh nii...tak jauh pun...tepi jalan jer bangunannya. Dah laa masuk pun percuma...parking pulak luas tau...
Sekian.

No comments:

Post a comment