Thursday, 26 September 2019

Oden Di Family Mart...Menjadi Kegilaan Masyarakat Malaysia. Jom Buat Sendiri...

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,


Korang semua apa khabar hari nii. Moga-moga sihat sentiasa hendaknya yea. Hari nii aku nak citer tentang makanan. Mesti korang suka kan! Ianya merupakan makanan jalanan atau "street food" di Jepun. Tahun lepas ianya mula memasuki pasaran Malaysia dan dijual di Family Mart dan pada dua bulan yang lepas ianya mula berkembang di Melaka iaitu di Jonker Street. Memang ramai orang berbaris hendak membeli Oden nii....kalau korang beli di waktu puncak memang korang kena tunggu lama la sikit.


Masa aku dok kat KL...memang kecoh dan hot orang bercerita tentang makanan nii...housemate aku pun sama. Waktu rehat hari Jumaat untuk kakitangan awam kan panjang...so aku bersama kengkawan ofis... kami pergi menikmatinya di Nu Sentral KL. Ianya adalah makanan tradisi masyarakat Jepun yang dikenali sebagai Oden. Oden nii...terdiri daripada pelbagai jenis bebola, Fish tofu, seafood tofu, isi jejari ketam, fishcake, cendawan, mee dan lain-lain. Lebih kurang ala-ala steamboat laa...


Oden nii dimakan oleh masyarakat Jepun pada musim sejuk bagi memanaskan badan. Yang sedapnya Oden nii sebab ianya merupakan gabungan tomyam dan jugak assam pedas...sebab tu ianya popular kat Malaysia. Ianya makanan ringan yang tidak memberatkan...dan aku pulak memang jenis suka makanan yang berkuah.


Oden nii boleh tahan jugak harganya...lebih kurang dalam RM 5.00 - 10.00 jika korang tak ambik bahannya banyak sangat. Untuk lebih puas makan...korang boleh jer buatnya di rumah. Aku buat kat ofis dengan kengkawan ofis...waktu lunch. Tak susah pun nak membuatnya...korang hanya memerlukan pes asam pedas dan pes tom yam. Bahan-bahan  Oden nii korang boleh dapat dengan harga yang murah kat Mydin. Boleh pilih sendiri apa bahan Oden yang korang nak sebab kat Mydin ada yang jenis pakai timbang.


Bahan-bahan untuk membuat Oden
  • Perencah Asam Pedas adabi - 2 paket
  • Perencah Tomyam – 4 sudu besar/ 1paket
  • 1 kiub perencah tomyam
  • Air ikut kepada kepekatan yang korang suka

Mula-mula...tumis perencah asam pedas kemudian masukkan air ikut kepada kepekatan yang kodang nak. Kalau korang nak pekat dan pedas...korang tambah sikit jer air tapi kalau korang jenis yang tak berapa tahan makan pedas...korang tambah air banyak sikit. Setelah itu...masukkan perencah tomyam dan akhir sekali masukkan bahan Oden tersebut. Aku cucuk bahan-bahan Oden tu dengan lidi...nak bagi nampak macam ala-ala macam beli kat Family Mart gitu. Bila dah mendidih...boleh la dimakan.


Oh ya... lagi satu yang femes kat Family Mart nii ialah aiskrim green tea (ramai yang giler makan aiskrim nii)...tapi aku tak pernah rasa lagi sebab masa aku nak pergi beli...barisan panjang sangat so aku malas laa nak beratur. Selain tu kat sini juga menjual pelbagai produk makanan Jepun yang korang boleh try...tapi harganya agak mahal sikit. jangan lupa yea try Oden nii...memang sedap. Lebih sedap kalau dimakan beramai-ramai dengan famili atau kengkawan. Selamat Mencuba yea...

Sekian.

No comments:

Post a comment