Monday, 2 September 2019

Kedai Belacan Cencaluk Melaka Sangat Terkenal di Kawasan Klebang (Gerai No 49). Apa Yang Patut Korang Beli...

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,
Hai korang…apa khabar semua hari nii.. Seperti biasa aku harapkan korang semua berada dalam keadaan sihat hendaknya. Hujung-hujung tahun nii…macam-macam kerja yang perlu diselesaikan dengan segera. Macam-macam program perlu dirancang jugak kan!
Gerai No 49 - berhadapan dengan Klebang Beach Resort
Hari nii…entri aku agak lari sikit dari kebiasaan. Aku nak citer tentang sebuah kawasan yang banyak menjual produk industri kecil di Klebang, Melaka ni. Kalau korang ke Klebang…korang akan terlihat gerai-gerai yang menjual belacan, cencaluk, dodol, inang-inang, keropok piring, opak-opak, ikan kering, denderam, biskut bakar, biskut cakar ayam dan sebagainya di sepanjang jalan nii. 
Kat kawasan Klebang nii..banyak yang korang boleh pergi....yang paling femes adalah Coconut Shake, Kuih Keria Limbungan dan Jus Avocado. Selain itu kat sini juga terdapat Muzium Kapal Selam dan dari sini korang boleh menuju ke Pantai Puteri untuk mengambil angin sepoi-sepoi bahasa. Sebelum Sampai ke Pantai Puteri..singgah dulu kat Makam Hang Tuah.


Inang-inang

Sambung balik cerita tentang gerai kat Klebang nii....Pengusaha gerai ni kebanyakkannya merupakan generasi ke dua ataupun yang ke tiga. Kawan aku kata...gerai ni dah lama wujud...lebih 35 tahun. Gerai ini disediakan oleh pihak Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) dengan kadar sewa RM 100 sebulan.
Kuih Sagun Bakar - perisa keladi, asli, jagung, pandan dan strawberry
Walau pun kadar sewa yang diberikan boleh dikatakan murah tetapi keuntungan yang mereka terima...kadang-kadang tak sampai RM 100 sebulan. Semenjak 2 tahun kebelakangan ini, hasil jualan mereka semakin menurun apabila berlakunya kenaikan harga petrol. 
Kuih Denderam
Hasil jualan mereka ini adalah dari industri kecil kampung-kampung di sekitar Negeri Melaka. Keuntungan untuk setiap produk jualan mereka adalah antara RM 0.20 - RM 1.00. Jadi kalau korang beli produk jualan mereka...jangan la pulak terlalu menawar harga. Berpatutan laa... Bantulah mereka ini untuk mencari sedikit rezeki...


Kuih lidah jin

Pada masa dahulu kebanyakkan pengusaha gerai kat sini menghasilkan sendiri produk belacan dan cencaluk. Kini mereka terpaksa mengharapkan dari kilang-kilang kerana hasil laut yang telah berkurangan disebabkan tambakan pantai. Mereka ini memerlukan udang geragau bagi menghasilkan belacan dan jugak cencaluk.
Kuih Karas
Antara produk yang mereka jual adalah....belacan - belacan bakar, serbuk belacan, cencaluk....cencaluk nii ada tiga jenis iaitu cencaluk biasa (tutup botol warna kuning), cencaluk bercili (tutup botol warna merah) dan cencaluk sotong, dodol, inang-inang, gula Melaka, Opak-opak, sagun, kuih kelapa, gula tarik, cakar ayam, kuih lidah jin, kuih karas, candy kelapa, kuih bakar, asam, ikan kering, udang geragau kering, keropok piring dan lain-lain lagi. Kebanyakkannya barangan dijual dengan harga RM 10 untuk 3 barang. Cencaluk biasa RM 5.00...cencaluk bercili RM 7.00. Gula Melaka Asli RM 15 sekilo. Belacan antara RM 2.50 hingga RM 10 seunit.
Setiap minggu atau selang sehari akan ada lori yang menghantar barangan ini ke setiap gerai di sini. Sebab tu mereka tidak mengambil dalam kuantiti yang banyak kerana takut tidak terjual.
Kalau korang hendak membeli barangan nii korang bolehlah datang ke Gerai No 49...betul-betul berhadapan dengan Klebang Beach Resort...kerana penjualnya sangat friendly dan selalu sedekahkan kuih piring. Siap bagi penerangan lagi kalau korang nak tahu tentang pembuatan belacan ataupun geragau kerana semasa kecil penjual nii selalu mengikut datuknya mencari geragau untuk dibuat cencaluk dan juga belacan.
Gula Melaka Asli RM 15.00 sekilo
Belacan yang dijual di gerai No 49 ini masih dibuat sendiri oleh ibu si penjual nii... Gerai ini merupakan gerai milik ibu beliau tetapi disebabkan keadaan ibunya yang telah uzur, beliau mengambil alih tugas bagi membantu menjaga gerai belacan cencaluk ini.
Gula Melaka yang telah dicampur dengan gula pasir RM 7.00
Ramai yang kata..belacan Melaka memang sedap. Kalau korang nak beli belacan Melaka... dan korang tengok warnanya merah...bermakna belacan tersebut telah dicampur dengan pewarna. Belacan yang asli adalah berwarna kelabu. Rasa belacan Melaka ini adalah sama...cuma saiz dan bentuknya saja yang berbeza.


Belacan Bakar RM 5.00

Kalau korang tak tahu barangan apa yang korang patut beli dan jadikan cenderahati untuk ibu atau kengkawan korang bila singgah kat Klebang nii...aku suggestkan 8 benda korang wajib beli..
  1. Belacan - belacan bakar untuk buat sambal belacan. Jadi korang tak payah bersusah payah nak bakar dan menyebabkan satu rumah berbau belacan...karang baunya kekal kat langsir-langsir rumah korang yang cantik tuu. Beli jer yang dah siap dibakar...kan mudah! Harganya RM 5.00 satu bekas.
  2. Belacan  - belacan yang belum dibakar - untuk buat Assam pedas dan sebagainya. harganya mengikut saiz dan berat.
  3. Cencaluk - ini merupakan makanan tradisi Melaka...so korang kena try. Beli 1 jer pun dah ok untuk cuba. Kalau korang beli cencaluk biasa...korang kena perah air asam limau, hiris bawang dan cili....makan pulak dengan nasi panas...peerrrggh!! mak mertua lalu pun tak nampak weii....Cencaluk nii ada 3 jenis iaitu cencaluk biasa, cencaluk bercili dan cencaluk sotong.
  4. Dodol - dodol Melaka memang enak. Korang kena beli dodol jenama Mama...sebab dimasak menggunakan gula Melaka...sangat lembut dan sedap sehingga menjilat jari tau.. Mereka masih menggunakan ramuan tradisional iaitu campuran tepung pulut, santan, gula Melaka asli dan gula pasir untuk menghasilkan dodol. Ia memakan masa kira-kira 8 jam dari mula membancuh, memasak sehingga siap sebelum dibungkus. Dodol yang dihasilkan sangat lembut dan tidak melekit serta cair terus di dalam mulut.
  5. Gula Melaka - kalau korang nak bagi kat ibu korang...belilah yang asli. Gula Melaka yang asli nii kalau masak bubur dan buat kuih memang sedap giler. Gula Melaka yang asli harganya RM 15.00 untuk sekilo. Kalau gula yang murah sikit tuu...dah campur sikit gula pasir sebab tu keras sikit strukturnya.
  6. Inang-inang - makanan tradisi Melaka jugak. Merupakan feberet aku. Aku akan goreng banyak-banyak, bubuh dalam balang dan makan sambil layan movie. Rasanya memang tawar tapi sedap. Inang-inang nii ada 2 jenis iaitu inang-inang yang diperbuat daripada pulut dan inang-inang yang diperbuat daripada sagu yang diwarnakan dengan 3 warna iaitu merah, kuning dan hijau. 
  7. Pes Asam Pedas segera - Bagi yang tak pandai masak asam pedas tetapi suka makan asam pedas, jangan risau...korang boleh beli produk nii. Korang cuma tambah ikan, daum kesum dan bendi jer...dah siap untuk dimakan untuk 6 orang makan tau...
  8. Biskut Tongkat - orang kata.... tak sah kalau datang ke Melaka... tak beli atau tak try makan biskut tongkat. Cicah pulak dengan air kopi panas-panas..memang layan makan kalau musim hujan. Biskut tongkat nii biskut kering....kalau kat Perak panggil biskut lutut sebab bulat macam kepala lutut. hikkk...hikk....hikk... 

Harga semua barangan ni pun tak laa mahal sangat dan puas membeli. Ibu atau kawan korang pasti tersenyum riang menerima buah tangan macam nii... From Melaka With Love.... hik3x. Boleh makan bersama-sama dengan keluarga dan mengeratkan lagi hubungan....gitu...


Bagi pandangan aku..... 8 produk/barangan tu memang wajib korang beli kalau datang ke Klebang nii....kalau tak umpama korang tak jejak ke Melaka laa. Oh ya...kalau korang nak tengok rumah tradisional Melaka pun korang boleh tanya penjual nii kerana ibu beliau memiliki rumah tradisional Melaka yang sangat cantik...(gambar kat bawah - cantik kan! kan! kan!) berhampiran dengan gerai No 49 nii jer (20 langkah dah sampai). Korang boleh jugak bergambar kat rumah nii. Pemiliknya sangat baikhati.


Kalau korang pelan nak datang ke Melaka dan hendak membeli barangan ini... korang bolehlah berhubung dengan Kapt. (B) Mohd Kamarudin H/P 011 - 58642066. InshaAllah...beliau sedia membantu.
Senang jer nak cari gerai nii... kalau dari bandar hilir Melaka lebih kurang 20 - 30 minit sahaja untuk sampai ke Klebang nii menaiki kenderaan... Pengangkutan awam pun ada. Ia akan mengambil masa yang lama sikit sebab banyak traffic light dan apabila tiba musim cuti sekolah sebab jalan jadi jem.

Belacan

Jangan lupa tau singgah kat gerai No 49 nii... FB : Kedai Belacan Cencaluk No 49 

Kapal Dagang Dari Seberang, 

Sarat Muatan Kayu Meranti; 
Dari Jauh Tuan Puan Datang, 
Orang Melaka Sedia Menanti...

Sekian.

No comments:

Post a comment