Tuesday, 17 September 2019

Kain Cindai Berusia 100 Tahun Dipamerkan Di Galeri Tenun Johor

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,


Hai korang semua...Apa kahabar mu di sana...di sana...di sana... Hari nii aku nak sambung lagi cerita di Negeri Johor. Berkaitan dengan bangunan sejarah/warisan dengan seni bina dan sejarah yang menarik untuk korang. Bangunan nii dikenali dengan nama bangunan MAWAR iaitu akronim bagi Majlis Wanita Johor. Kini bangunan ini telah diberi nafas baru sebagai Galeri Tenun Johor yang menempatkan artifak dan sejarah tekstil serta tenunan untuk tatapan umum.



Sebelum aku pergi citer lebih detail lagi...aku bagi intro dulu kat korang. Kalau korang ingin menyaksikan kaedah pembuatan pelbagai produk warisan negeri Johor... yang dihasilkan oleh nenek moyang sejak dahulu, berkunjungilah ke  Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar di Jalan Sungai ChatKompleks Warisan Sultan Abu Bakar adalah satu usaha dan sokongan dari pihak Istana Johor dan kerajaan negeri bagi memastikan budaya serta warisan bangsa Johor dipeliharaKedudukan kompleks yang strategik, premis dan pengisiannya mempunyai nilai pakej lengkap sebagai sebuah pusat pelancongan berteraskan warisan dan budaya. 


Dalam Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar ini terdapat beberapa unit bangunan yang mempunyai fungsi tersendiri. Antaranya Pejabat Yayasan Warisan Johor dan di sini juga terdapat Galeri Tenun yang aku ingin cerita kat korang...

Selain ibu pejabat Yayasan Warisan Johor, Kompleks Warisan Sultan Abu Bakar juga adalah pusat sehenti bagi aktiviti kebudayaan Johor yang terdiri daripada enam komponen utama iaitu galeri tenun, bengkel tenun, mini galeri menteri besar, pusat dokumentasi, galeri seni dan laman seni warisan.

Mini Galeri Seni pula mempamerkan pelbagai lukisan termasuk lukisan minyak dan arca yang dihasilkan oleh pe­ngkarya anak JohorSementara itu, Galeri Khaled Nordin mengandungi bahan-bahan yang berkaitan dengan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin yang merupakan Menteri Besar Johor sekarang. Bahan-bahan tersebut terma­suk buku yang ditulis beliau, teks ucapan dan dasar-dasar yang diperkenalkan seperti Gagasan Johor Berkemajuan.


Pada entri hari nii aku nak citer pasal Geleri Tenun atau dulu ianya dikenali dengan nama Bangunan MAWAR. Galeri Tenun ini diwujudkan atas titah Sultan Johor Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar sendiri bagi memberi pengetahuan dan pendedahan kepada masyarakat mengenai pembuatan kain tenun Johor. Bangunan ini merupakan bekas kediaman rasmi Tunku Fatimah adinda kepada Sultan Ibrahim sebelum didiami anakandanya Tunku Meriam.

Di sini pengunjung dapat melihat keindahan sepuluh rekabentuk serta motif kain tenun Johor yang terdiri daripada empat kain songket yang khusus untuk Kerabat Diraja Johor antaranya kain tenun untuk Permaisuri Johor Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah dan Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim.


Kain tenun berusia 100 tahun bernama “Cindai” adalah antara  artifak tertua yang dipamerkan di sini. Penolong Kurator Galeri Tenun Johor.... Roslinda Mohd Rosli berkata" kain tenun itu yang dipercayai berasal dari Riau itu adalah antara yang termahal dan tertua yang diperolehi Yayasan Warisan Johor (YWJ) sebagai koleksi." Kain Cindai yang berukuran 264 cm x 89 cm ini dipercayai pernah digunakan sebagai selendang dan juga perubatan. Malah, kain ini dipercayai mempunyai azimat dan boleh digunakan untuk mempertahankan  diri.

Galeri Tenun berusaha untuk memelihara warisan serta menarik minat masyarakat terhadap seni tenun.  


Selain kain Cindai, terdapat kain Khmer dipercayai dari Thailand yang bermotifkan gajah, kain Telepuk dari Riau dan dipercayai berusia  lebih 50 tahun serta kain Berayat, yang masih dalam kajian mengenai tulisannya yang dipercayai dari tulisan Jawi atau dari bahasa Sanskrit, juga  dipercayai  digunakan dalam perubatan.


Berdasarkan kajian yang dija­lankan pihak Yayasan Warisan Johor, terdapat dua dapatan iaitu tenunan corak Muar dipercayai diilihamkan oleh orang Muar dan ditenun di Terengganu serta dihasilkan oleh penduduk yang berasal dari Terengganu tetapi telah menetap di Muar. Berbanding tenunan dari ne­geri lain, tenunan corak Muar banyak menampilkan corak beragi atau berkotak yang amat popular pada abad ke-18 dan 19. Lebih menarik, corak tersebut amat sesuai dipadankan dengan pemakai­an baju kurung Te­luk Belanga dan dijadikan kain sarung untuk golongan wanita. 

Walaupun trend fesyen berubah mengikut peredaran zaman, namun tenunan corak Muar tetap dikekalkan menerusi inovasi ya­ng dilakukan. Contohnya, diletakkan motif-motif kecil di antara ragi atau kotak, antaranya bunga melur, bunga cengkih dan buah lada hitam. 



Rekaan corak baharu yang akan dipatenkan termasuk Songket Johor Jauhar dan Medini untuk Sultan Johor, Songket Johor Maharani khas bagi Permaisuri, Songket Tunku Mahkota Johor, Tenun Johor Tanjung Piai dan Tenun Johor Bercorak Renek bagi rakyat. Usaha ini adalah antara inisiatif kerajaan negeri Johor bagi mengembalikan sejarah tenunan yang menjadi kebanggaan negeri Johor ini. Penyelidikan mengenai sejarah tenunan Johor oleh Yayasan Warisan Johor dan pakar rujuk juga telah dilakukan sejak tahun 2013 dalam usaha menghasilkan motif serta corak khusus bagi melambangkan kepelbagaian di Johor.


Selain dipamerkan kain tenun yang cantik-cantik, terdapat juga peralatan tenunan, seterika arang, barangan kemas dan perhiasan wanita, busana dan lain-lain lagi. Di bahagian belakang Galeri Tenun ini pula terdapat bengkel cara-cara pembuatan kain tenun Johor mengikut kaedah tradisional dengan mengekalkan kehalusan fabrik yang bermutu tinggi. Jangan lupa tau singgah kat sini...

Sekian.

No comments:

Post a comment