Thursday, 29 August 2019

Mengait Sarung Telur Menggamit Nostalgia Perkahwinan Dulu-Dulu...

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Hai...jumpa lagi kita di entri kali ini. Di harap semuanya berada dalam keadaan sihat sentiasa yea... Hari ini aku nak cerita tentang cara-cara mengait sarung telur untuk majlis perkahwinan.


Di sebabkan aku nii bukanlah pakar dan tiada basic dan tiada pula berguru...jadi tujuan aku bukanlah nak mengajar korang cara-cara mengait tetapi korang boleh ikut step by step dan rujuk pada gambar kat bawah nii...


Membuatnya jugak tak susah...lihat dari gambar, korang dah boleh dapat stepnya....mula  tapaknya dengan 8 tali air...kemudian 4 chain...2 tali air...4X. Coraknya bercirikan nenas. Untuk nampakkannya lebih menarik...korang boleh gabungan dua warna yang berbeza dan bersesuaian kerana gabungan yang betul...menampakkan sarung telur ini lebih menarik dan berseri. Benang yang aku gunakan adalah jenis acrylic...jenama Nona.


Sarung telur ini tidak mengambil masa yang lama untuk menyiapkannya sebanyak 1 unit. Dalam sejam korang boleh dapat 2 hingga 3 unit sarung. Korang boleh menjualnya dengan harga RM 1.00 seunit (paling murah).


Pada asalnya aku cuba-cuba mengait sarung telur ini untuk persediaan perkahwinan adik aku. Tak sangka pulak ada yang ingin menempahnya. Dan seperti biasa aku memang tak ambik tempahan kerana aku kurang yakin dengan hasil kerja aku...aku tak nak ada yang komplen sebab aku tiada asas mengait...aku hanya mengikut dari gerak hati aku...try and error. Jadi di sini aku kongsikan kat korang cara mengait sarung telur ini supaya bolehlah korang mencubanya sendiri sekiranya korang ada asas mengait.


Untuk menghasilkan 100 unit sarung bunga telur ini...korang memerlukan benang sebanyak 15 - 20 biji. Sebiji benang kambing biri-biri nii berharga RM 2.00 - 2.80. Kalau kat area rumah aku...benang dijual dengan harga RM 3.50 sebiji. Memang agak mahal. Harga benang mengikut tempat yang korang beli. Kalau benang yang berwarna warni pula...paling murah berharga RM 5.00 sebiji.


Aku mengambil masa sebulan bagi menyiapkan 100 biji sarung telur ini...dengan tekun. Ikut kepada kerajinan dan mood korang jugak kalau nak siapkan sarung telur nii. Kalau rajin...cepat la siapnya tetapi kalau mood malas datang....berkurun jugak la nak menyiapkannya. Selamat Mencuba...jangan mudah putus asa yea...

Sekian.

Saturday, 24 August 2019

Kerajaan Johor Mengisytiharkan Muzium Di Pontian Ini Sebagai Muzium Bugis Pertama Di Malaysia

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Hai... korang semua apa khabar hari nii? Entri aku kali nii masih lagi berkaitan dengan negeri Johor. Iaitu tentang Muzium Bugis. Sebenarnya tak de pun dalam perancangan aku nak ke Muzium Bugis nii....ianya hanya satu kebetulan. Semasa aku hendak ke Tanjung Piai...aku ternampak papantanda tunjuk arah Muzium Bugis nii..dan memandangkan ianya satu laluan jer so aku bercadang untuk singgah ke sini. 



Pada pemikiran aku....muzium ini beroperasi di sebuah bangunan tradisional (bangunan lama yang telah dibaikpulih)...mungkin rumah tradisional Muar. Apabila tiba di sini aku agak terkejut kerana ianya merupakan bangunan baru yang memang dikhaskan untuk Muzium Bugis....dan tak sangka jugak bangunannya agak besar serta lengkap dengan kemudahan asas.




Muzium Bugis nii merupakan suatu tarikan yang ada di Pontian, Johor. Ia terletak di Taman Rekreasi Sungai Rambah, Pontian. Tak susah pun nak cari muzium nii sebab banyak papantanda tunjuk arah disediakan. Ia jugak terletak berhampiran dengan Taman Rekreasi Sg. Rambah. Memang cantik giler untuk bergambar kat kawasan sini.



Muzium ini dibina oleh penduduk tempatan yang berminat menyimpan pelbagai koleksi sejarah berkaitan orang Melayu terutama etnik Bugis. Orang Bugis datang ke Semenanjung Tanah Melayu setelah Makassar di Sulawesi diserang serta ditawan oleh pihak Belanda. Di mana kebanyakan penduduk Pulau Ambon di Sulawesi telah berjaya dikristiankan oleh penjajah Belanda.



Muzium ini mempunyai dua bangunan yang bercirikan rumah tradisional Melayu. Di dalam muzium ini dipamerkan pelbagai gambar hitam putih yang difotostat dengan bersaiz besar. Terdapat juga peralatan dapur (memasak) yang bersaiz besar umpama kegunaan kenduri. Muzium ini mempunyai banyak bahan pameran dan sangat sesuai untuk kegunaan para penyelidik dan pelajar bagi membuat kajian. Bayaran masuk tidak dikenakan tetapi korang boleh memberi sumbangan ikhlas di tong yang disediakan. Muzium ini dibuka setiap hari dari jam 10:00 a.m. hingga 6:00 p.m. 



Ketika mula dibuka pada tahun 1982, muzium itu dinamakan Warisan Bugis dan empat tahun kemudian Persatuan Sejarah Negeri Johor bersetuju menamakannya Yayasan Warisan Negeri Johor, Cawangan Pontian. Bagaimanapun namanya ditukar kepada Muzium Bugis Negeri Johor (MBNJ) apabila muzium ini dirasmikan oleh Menteri Kesenian, Kebudayaan dan Perlancongan, Datuk Sabbaruddin Chik pada 1994.  



Muzium ini diilhamkan oleh Encik Abdullah atas minat yang mendalam serta hasrat mahukan generasi akan datang mengetahui sejarah asal usul serta menghargai adat resam warisan bangsa Bugis masa lampau. Bermulakan modal RM17,000, sehingga hari ini...beliau telah membelanjakan lebih RM1 juta untuk mendapatkan pelbagai jenis artifak dan koleksi bahan bersejarah. Minatnya bermula dengan kegemaran mengumpul batang aiskrim dan duit syiling dan setelah umurnya meningkat ke alam dewasa, Encik Abdullah Ahmad mempunyai tarikan terhadap barangan bersejarah.

26 Julai 1994, Kerajaan Johor mengisytiharkan muzium ini sebagai muzium Bugis pertama di Malaysia dengan sokongan melalui Yayasan Warisan Johor. 


Terdapat lebih dari 2,000 artifak dipamerkan di muzium ini, antaranya peralatan senjata, pakaian, siling lama, perhiasan diri, gambar, peralatan memasak, peralatan bersawah dan lain-lain. Selain itu, terdapat juga majalah-majalah lama (mastika) berkaitan dengan artis-artis lama yang dipamerkan kat sini. Terpegun aku melihat kecantikkan artis-artis lama ini dengan pakaian tradisional.


Kalau korang datang ke sini memang korang tak kan rasa jemu sebab bahan yang dipamerkan terlampau banyak dan susah hendak dilihat di muzium lain. Susun aturnya pun menarik dan sangat selesa untuk korang berjalan dan meneroka muzium ini.


Muzium ini diselenggarakan oleh orang perseorangan iaitu Encik Abdullah Ahmad yang juga bekas pegawai pengkaji di Johor Heritage Foundation. Semasa aku tiba di muzium ini...terdapat ramai pengunjung dari Indonesia sedang mendengar taklimat yang diberikan. Muzium Bugis ini bukan sahaja menerima kunjungan dari orang awam yang datang tetapi juga sekolah-sekolah dan juga pusat pengajian tinggi.


Kesemua koleksi di dalam muzium ini sebenarnya ialah koleksi peribadi Encik Abdullah yang dikumpulkannya sejak berusia 13 tahun. Ada sebahagian daripada koleksi awal beliau telah dicuri. Koleksi ini memberi banyak makna dan kenangan kepada beliau.

Muzium Bugis ini sebenarnya bukan sahaja mempamerkan warisan Bugis tetapi warisan Melayu yang kebanyakkannya sudah tidak diketahui oleh generasi muda. Kalau korang nak tahu...sebenarnya lokasi ini ialah lokasi yang keempat menempatkan koleksi bernilai ini.




Selain itu, Muzium Bugis ini juga turut menyimpan pelbagai artifak dan koleksi bersejarah berkaitan negeri Johor yang mempunyai kaitan rapat dengan keturunan Bugis bermula sejak campur tangan Daeng Perani dalam pemerintahan Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah, sultan Johor ke-12 sehingga pemerintahan Temenggung Ibrahim yang membawa kepada era Kesultanan Johor dalam sejarah Johor moden.


Koleksi istimewa yang terdapat di Muzium Bugis ini termasuklah pelbagai jenis keris dan senjata yang digunakan antara sekitar tahun 1617 hingga 1836 yang dikatakan pernah digunakan sebagai senjata pahlawan Bugis menentang penjajah yang melalui jalan laut dan juga darat. Antara jenis-jenis keris tersebut adalah apit liang, langsuyar, lipa madur, berkelok terbang sari dan semar misam.


Al-Quran tulisan tangan juga turut dipamerkan di sini selain matawang serta pelbagai koleksi yang diperolehi sama ada melalui sumbangan individu dan ada juga yang dibeli sendiri dari pihak tertentu. Kebanyakkan barangan yang diperolehi mempunyai nilai sejarah dari sekitar Malaysia, kepulauan Riau Indonesia, Brunei, Thailand, India dan China.



Pada Oktober 2016, Gabenor Sulawesi Selatan, Syahrul Yasin Limpo datang berkunjung ke muzium ini dan berjumpa dengan penduduk Bugis tempatan. Beliau berharap perhubungan antara orang Bugis di negara yang lain dapat dikekalkan.

Kalau korang hendak datang ke sini untuk membuat rujukan...korang bolehlah berhubung dengan alamat di bawah nii..
Taman Rekreasi Sungai Rambah,
Rimba Terjun, Pontian
Tel : 017- 7633 244

Sekian.

Friday, 16 August 2019

Taman Negara Johor Tanjung Piai Merupakan Titik Paling Akhir Benua Asia

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Hai korang...apa khabar semua hari nii. Cuaca yang serba tak menentu nii....semoga semua sihat-sihat belaka yea. Agak stress sikit aku dengan kerja yang terlampau banyak kebelakangan nii.. So aku cuba la nak menulis blog bagi mengurangkan tahap stress aku nii. Ok kali nii aku nak bawa korang ke negeri Johor. Siapa orang Johor....sila angkat tangan... Sebenarnya aku jarang dapat peluang ke negeri Johor...tetapi apabila peluang datang kat depan mata memang aku tak kan lepas punya. Dah lama aku simpan hajat untuk datang ke sini...iaitu ke Tanjung Piai. Sebabnya adalah kerana aku dengar cerita dari kengkawan.


Sampai jer kat Tanjung Piai aku dah rasa sangat teruja. Untuk sampai ke sini agak mencabar jugak laa kerana ianya terletak kira-kira 75 kilometer dari Bandar Raya Johor Bahru dan pada masa itu aku memandu dalam keadaan cuaca hujan yang sangat lebat. Jika korang melalui Lebuh Raya Utara-Selatan, susur keluarnya adalah ke Simpang Renggam menuju ke Benut. Kemudaian teruskan perjalanan korang ke Pontian sehingga sampai di Kukup. Setelah itu korang ikut jer arah papan tanda yang menunjukkan jalan ke Tanjung Piai. 


Bagi yang ingin menaiki pengangkutan awam pula...Korang boleh dapatkan perkhidmatan teksi dari stesen bas Pontian kerana tiada perkhidmatan bas ekspres yang disediakan untuk ke Taman Negara Tanjung Piai nii.

Titik paling akhir Benua Asia terletak di Tanjung Piai, dalam daerah Pontian, Johor, pada latitud 01.16° Utara dan longitude 103.30.46° Timur .

Kenapa dinamakan Tanjung Piai??? Tanjung Piai dinamakan sempena pokok bijirin tempatan yang dikenali sebagai Pokok Paku Piai. 


Keseluruhan kawasan Taman Negara Tanjung Piai meliputi 526 hektar kawasan bakau dan 400 hektar kawasan tanah lembut dan berlumpur. Terdapat hampir 30 spesis tumbuhan bakau di sini...serta dikatakan terdapat lima spesies burung air dan tujuh spesies burung pantai. Hutan bakau ini membentuk koridor paya bakau yang menyambungkan Pulau Kukup dengan tanah lembap Sungai Pulai.

Hutan bakau yang luas di sini digazetkan sebagai Hutan Simpan Paya Bakau oleh Jabatan Perhutanan Negeri Johor.


Pokok bakau ini fungsinya melindungi pesisiran pantai daripada hakisan dan menghindari banjir di samping memberikan perlindungan dan pembiakan ikan, ketam, udang, pelbagai jenis molaska dan binatang-binatang lain. Burung-burung hijrah akan singgah di hutan bakau ini untuk berehat dan mendapatkan makanan sebelum terbang semula ke kawasan yang lain.


Kalau korang nak tahu korang dah tiba atau tak kat Tanjung Piai nii... korang akan nampak mercu tanda berukuran 20 meter tinggi dan 10 meter lebar yang dibina oleh kerajaan negeri Johor pada tahun 2001 terletak bersebelahan pintu masuk ke Taman Negara Tanjung Piai di mana di bahagian hadapannya ada juga di sediakan kawasan parking kenderaan. Bahan binaan mercu tanda ini ialah dari jenis gentian konkrit mesra alam yang berwarna kelabu. Warna kelabu dipilih bagi menggambarkan kekayaan hutan paya pakau dan dataran lumpur yang terdapat di penghujung Benua Asia ini.




Pada permukaan mercu tanda diukir dua pelepah pokok piai raya (acrostichum aureum sp.) bagi mengabadikan sejarah nama Tanjung Piai. Pokok  piai raya didapati tumbuh dengan banyaknya bersama-sama pokok bakau di kawasan sini. 

Tanjung pula bermaksud tanah atau tanah tinggi yang menganjur ke laut. Peta dunia yang terpapar menjelaskan kedudukan sebenar “Tanah Paling Selatan Benua Asia”  supaya dapat dihayati dan dihargai oleh para pelawat yang datang ke sini.


Sebelum masuk ke kawasan paya bakau ini, korang perlu membeli tiket di kaunter yea... Harga tiket adalah RM5 bagi dewasa dan RM3 bagi pengunjung yang berumur bawah 18 tahun. Untuk pelancong luar negara pula...bayaran tiket yang dikenakan ialah RM10 bagi dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak. 

Kemudahan asas juga ada disediakan di sini antaranya surau, tandas, kawasan perkhemahan, kaunter penerangan dan tempat meletak kenderaan. 


Apabila masuk jer ke kawasan paya bakau nii.... terdapat laluan kayu (boardwalk) seperti jambatan yang dibina merentasi hutan paya bakau ke beberapa checkpoint. Antaranya laluan untuk ke pelantar yang sering menjadi tumpuan kaki pancing dan pelantar untuk pelancong menikmati keindahan Selat Melaka dengan melihat kapal-kapal yang melalui selat ini. Selain itu terdapat juga pelantar paya bakau...dan korang boleh lihat dengan lebih dekat species bakau serta hidupan yang dihidup di paya bakau ini. Pada waktu cuaca cerah.... korang juga boleh lihat Pulau Kerimon, Indonesia. 


Aktiviti yang boleh dilakukan di sini ialah memancing, berkhemah, melihat kunang-kunang dan melihat pemandangan serta keindahan Selat Teberau. Pelancong dan juga para pelajar boleh mendapatkan maklumat tentang hutan bakau di papan penerangan dan galeri yang disediakan di kawasan ini. Setiap maklumat berkaitan disertakan bersama gambar  supaya mudah difahami.


Tanjung Piai kini telah diisytiharkan sebagai Taman Negara memandangkan di sini terdapat banyak kekayaan serta khazanah alam semula jadi seperti hutan paya bakau serta pelbagai jenis spesies flora dan juga fauna. Taman ini juga menjadi tempat kediaman pelbagai jenis unggas dan hidupan paya bakau yang lain seperti ketam nipah, ikan tembakul serta kera pemangsa ketam.


Sebelum  Tanjung Piai ini diisytiharkan sebagai sebuah Taman Negara, ianya adalah merupakan sebahagian daripada Hutan Simpan Bakau Sungai Pulai di bawah pengawasan Jabatan Perhutanan. Kaji selidik ekologi telah dijalankan oleh Wetlands International-Malaysia pada tahun 2001. Tanjung Piai telah diluluskan oleh Kerajaan Negeri Johor sebagai Taman Negara Johor pada tahun 1997. 

Pada tahun 2002, taman ini telah dibuka kepada orang ramai dan digazetkan sebagai Taman Negara Johor pada 26 Februari 2004.


Tanjung Piai ini juga telah diisytiharkan sebagai tapak Ramsar pada 31 Januari 2003. Ramsar adalah nama sebuah bandar di Iran yang menjadi tuan rumah Konvensyen Tanah Lembap Berkepentingan Antarabangsa yang pertama pada tahun 1971. Tujuan utama konvensyen ini adalah untuk memulihara tanah lembap yang merupakan tempat berehat dan mencari makanan bagi burung-burung hijrah. 




Malaysia menganggotai Konvensyen Tanah Lembap Berkepentingan Antarabangsa atau Ramsar pada tahun 1994. Tasek Bera di Negeri Pahang telah diisytiharkan sebagai tapak Ramsar pertama negara ini pada tahun yang sama juga. Sehingga kini, kawasan yang telah diisytiharkan sebagai Tapak Ramsar ialah Sungai Pulai, Tanjung Piai dan Pulau Kukup di Johor dan Kuching Wetland National Park di Sarawak. Terdapat 26 kawasan lain di seluruh Malaysia turut dikenal pasti sebagai kawasan tanah lembap yang mempunyai kepentingan antarabangsa.


Oh yaa...hampir terlupa aku nak bagi tahu...kalau korang datang ke sini jangan lupa untuk pergi ke bahagian paling selatan. Kalau korang tak sampai ke bahagian nii dan tak bergambar kat sini..bermakna kunjungan korang nii tak lengkap tau. Rugi kalau korang tak bergambar kat kawasan nii...sebab tempatnya cantik....iaitu pelantar yang dibina menganjur ke laut Selat Melaka. Di pelantar ini terdapat sebuah mercu tanda berbentuk bulat seperti bumi bagi menggambarkan bahawa di sinilah titik paling hujung di Benua Asia ini. Tetapi jangan sesekali korang pergi seorang diri ke kawasan nii...kerana kedudukannya agak tersorok dan kalau ada apa-apa berlaku kat korang...tak de sesiapa yang dapat nak tolong.


Bagi yang ingin datang secara berkumpulan atau study trip...korang boleh lah menulis surat kepada...
Perbadanan Taman Negara Johor
Mukim Serkat,
82030 Pontian
Tel           : 07-6969 712/ 6969 796
Faks        : 07-6969 786 / 07-6961 029
Website : www.johorparks.com.my


Untuk pengertahuan korang juga....Tanjung Piai ini sangat terkenal dengan restoran makanan laut dan bolehlah korang mencuba makanan yang enak-enak kat sini. Dari sini juga, korang dapat melihat bangunan pencakar langit Singapura yang dipisahkan oleh Selat Johor.

Sekian.

Tuesday, 6 August 2019

Masjid Kampung Duyong Menyimpan Pelbagai Misteri Mengenai Asal Usul Namanya

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Hai korang semua apa khabar...Jumpa lagi kita di entri kali ini. Semoga korang semua sihat-sihat sahaja hendaknya. Emmm nak citer tentang apa pulak yea kali nii... Memandangkan aku masih lagi di Negeri Melaka nii... so aku nak citer tentang sebuah masjid yang tak kurang jugak popularnya di sini. Masjid ni terletak di Kampung Duyong dan sebab itu ia lebih dikenali dengan nama Masjid Kampung Duyong tetapi nama yang tertera di papan penerangan di hadapan masjid ini ialah Masjid Jamek Laksamana Hang Tuah.

Masjid ini masih lagi tersegam indah dengan warna hijau kuningnya tuu...(marah pulak orang Kedah nanti hikkk...hikk...hikk...)




Mengikut cerita orang tua-tua dahulu, masjid ini pada asalnya surau dan dinaikkan taraf sebagai sebuah masjid. Bahan-bahan binaannya terdiri daripada kayu dan batu merah (laterite), manakala bumbungnya beratapkan genting (campuran genting China dan Belanda). 

Pembinaannya dilakukan secara gotong-royong dan ianya siap untuk digunakan dalam tahun 1850. 




Pengasas masjid ini dikenali sebagai Wan Chilek. Menara di sebelah masjid ini telah dibina pada tahun 1909 sebagai tempat melaungkan azan. Pada tahun 1967, beberapa perubahan telah dilakukan di masjid ini. Bumbung yang asalnya genting telah ditukar kepada atap jenis ardex. Siling asbestos telah dipasang dan tangga masjid telah diubahsuai. 



Pada tahun berikutnya di sekeliling kolam laterite telah dipasang paip dan bumbung pelindung bagi tempat mengambil wuduk. Kekurangan ruang untuk tempat sembahyang telah menyebabkan kerja-kerja tambahan dilakukan pada tahun 1973 dan 1976 pada bahagian belakang masjid. 


Pada 11 Mei 1982 jam 2.30 pagi, kebakaran telah berlaku pada masjid ini disebabkan litar pintas. Terdapat sebahagian kerosakan di bahagian hadapan iaitu di sebelah kiri masjid, stor dan bumbung. Walau bagaimanapun struktur asal masjid tidak terjejas. Kos membaikpulih masjid ini berjumlah RM70,000.00 manakala kerajaan negeri memberi bantuan sebanyak RM5,000.00 yang selebihnya diperolehi melalui dermawan dan masyarakat tempatan. 



Kampung Duyong, Melaka, dikatakan menyimpan pelbagai misteri mengenai asal usul namanya dan dikatakan wujud sejak lebih 300 tahun lalu. Konon ceritanya, penduduk asal kampung ini pernah melihat ikan duyong terdampar di muara sungai, justeru Kampung Duyong memperoleh namanya daripada peristiwa itu.

Ada juga yang mempercayai bahawa asal-usul nama Kampung Duyong mempunyai kaitan yang rapat dengan kisah ibu dan bapa Hang Tuah. Diceritakan bahawa ibu dan bapa Hang Tuah (Tun Lela Wati dan Tun Mahmud) yang berasal dari kerajaan Bukit Si Guntang di Palembang, telah berhijrah ke Melaka bersama pengikut mereka kerana menjadi buruan kerajaan Majapahit. Bagi mengaburi mata orang Majapahit, mereka telah menukar nama mereka menjadi Hang Mahmud dan Dang Merduwati, seperti yang disebut dalam teks popular Hikayat Hang Tuah

Hang Mahmud dan isterinya telah menetap di Pulau Besar selama 40 hari sebelum berpindah ke sebuah kampung di Sungai Temu (sekarang dipanggil Padang Temu). Ketika sedang berehat di muara Sungai Temu, seekor ikan yang menyerupai seekor ikan duyong tiba-tiba muncul. Penemuan yang agak ganjil inilah yang membuatkan Hang Mahmud menamakan kampung itu dengan nama “Kampung Duyong”. 



Semenjak hari itu, mereka sekeluarga menetap di Kampung Duyong. Di situ jugalah kemudiannya tempat Hang Tuah dilahirkan, sebagaimana yang disebut sebagai tempat asal Hang Tuah dalam Hikayat Hang Tuah (Radzi Sapiee, 2012; Kampung Duyong, 2007).
Kampung Duyong kini dibangunkan menjadi Perkampungan Hang Tuah seluas 24 hektar yang dilihat sebagai destinasi pelancongan popular.




Dalam usaha untuk menampung bilangan jemaah yang bertambah, pada tahun 1991 kerajaan negeri telah memberi peruntukan berjumlah RM100,000.00 untuk membina bangunan tambahan di sebelah kanan bangunan masjid yang asal. 



Pada tahun 2002, kerja-kerja pemuliharaan (konservasi) telah dilaksanakan oleh Jabatan Muzium dan Antikuiti dalam usaha untuk mengekalkan unsur-unsur seni bina asal masjid ini.

Sekian.