Wednesday, 26 June 2019

Masjid Kampung Kling Melaka Menggabungkan Seni Bina Sumatera, China Dan Melayu

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Hai korang....Apa khabar? Kali nii aku nak bawa korang untuk mengenali sebuah masjid yang sangat cantik seni binanya di Melaka iaitu Masjid Kampung Kling. Nak pergi ke masjid ini agak mencabar sikit laluannya kerana ia terletak di daerah Melaka Tengah...iaitu di tengah-tengah bandar Melaka berhampiran dengan Jonker Street...laluannya pulak memang sempit...



Tetapi apabila aku masuk ke dalam masjid ini....aku rasa sungguh terpegun dengan keindahan seni binanya...walau pun dari luar masjid nii nampak cam buruk giler....sebab warna catnya yang telah pudar serta luntur disebabkan hujan dan panas tetapi di dalamnya memang cantik sesangat dengan pelbagai gabungan seni ukiran.



Masjid Kampung Kling adalah antara masjid paling tua di Malaysia. Dibina pada tahun 1748, masjid ini terletak di Jalan Hang Lekiu, di persimpangan Jalan Tanjong. Kawasan ini dipenuhi dengan kedai-kedai perniagaan orang CinaSejarah Kampung Kling berdasarkan cerita penduduk tempatan mengatakan bermula dari sebuah penempatan awal yang berketurunan peranakan Arsaily. Mereka berasal daripada pedagang-pedagang  dari Gujerat yang telah berkahwin dengan penduduk tempatan dan menetap di kawasan tersebut. Oleh kerana majoriti penduduk yang tinggal di kampung ini adalah peranakan keling.



Kawasan sekitar masjid ini didiami oleh penduduk daripada kawasan selatan negeri India dan penduduk-penduduk ini dipanggilkan “Keling” (daripada perkataan Kalinga). Dari situlah ia mula mendapat namanya...



Masjid ini dikatakan sebagai  tapak sebenar pedagang-pedagang India Muslim datang ke Melaka untuk berdagang pada abad ke-14 dan 15 dan mereka menunaikan solat sejurus tiba ke Melaka. Kaum India peranakan yang lebih dikenali sebagai kaum Chetti dipercayai adalah keturunan India yang telah tiba ke Melaka sejak zaman kesultanan Melayu Melaka. Golongan masyarakat India pada zaman tersebut ketika itu mempunyai banyak kuasa dan terpengaruh di Melaka seperti Raja Kassim yang berketurunan India Muslim. Pekerjaan peranakan ini adalah sebagai saudagar yang terkenal dengan saudagar emas Aceh yang juga sebagai tukang emas dan petani. 



Pada zaman Portugis dan Belanda pula, mereka masih lagi menjalankan perdagangan dan dianggap sebagai golongan berada. Ada antara mereka yang berjaya membeli tanah di kawasan Melaka. Apabila Melaka mula merosot sebagai pusat perdagangan antarabangsa sejak zaman Belanda, ekonomi masyarakat peranakan Kling turut terjejas. Kebanyakan mereka mula mengalihkan perhatian untuk tinggal di kampung-kampung. Oleh kerana  harga sewa tanah dan rumah terlalu tinggi di kenakan, keadaan ini telah memaksa mereka menjual rumah dan tanah kepada kaum China yang lebih kaya (Salim Ahmad). Apabila mereka menetap di Kampung Keling mereka telah membina masjid sebagai tempat ibadat dan kemasyarakatan ketika itu dan kemudiannya diserahkan kepada masyarakat Melayu. 



Sejarah asalnya, Masjid Kampung Kling telah dibina oleh Che Mat Hj. Kecut. Tapak tanahnya dikatakan milik Belanda yang telah dihadiahkan kepada Dato’ Aroon dan kemudiannya diwariskan kepada Dato’ Shamsuddin bin Dato’ Aroon iaitu Kapitan Melayu ke-2. Pada tahun 1782, bangunan kayu ini telah digantikan  dengan batu-bata dan diubahsuai sekali lagi pada tahun 1808. Keadaan masjid yang ada sekarang adalah hasil pengubahsuaian antara tahun 1938-1940.  Masjid ini juga dikenali sebagai masjid Kampung Pali atau Kampung Balik Pali atau juga dikenali Masjid Kampung Kapar. Namun demikian, nama kampung ini lenyap apabila proses perbandaran berlaku di Melaka. 



Pembinaan masjid ini bertujuan untuk menggantikan Masjid Kampung Hulu yang dikatakan hendak dilelong oleh pemilik tanahnya iaitu Haji Aminah bte Dato’ Shamsuddin iaitu waris Dato’ Shamsuddin yang dikatakan gila harta. Manakala Che Mat Hj. Kecut merupakan seorang hartawan yang kaya pada zaman tersebut. Beliau  dibantu oleh menantunya Hj. Yahya untuk memungut cukai sewa tanah di sekitar Kampung Hulu. Hasil daripada pungutan cukai inilah yang digunakan untuk membina beberapa masjid disekitar bandar Melaka termasuklah Masjid Kampung Kling. 





















Masjid Kampung Kling dibina menggunakan tapak segi empat sama, dan bukan di atas tapak segi empat tepat ataupun heksagon seperti yang diamalkan di negara-negara Timur TengahIa mempunyai keunikan seni bina yang cantik dan menerima pengaruh dari beberapa negara. Fungsinya sebagai tempat ibadah masih dikekalkan dan terus menjadi bukti kepada perkembangan sejarah Islam di negara ini. Tapak masjid ini dikatakan tapak sebenar di mana pedagang India Muslim yang datang ke Melaka untuk berdagang pada abad ke-14 dan 15 menunaikan solat sejurus setelah tiba di Melaka. 



Bahagian menara dan mimbarnya mempunyai pengaruh Hindu manakala tiang lampu dan tempat wuduknya menerima pengaruh seni bina Arab. Jubin lantai adalah buatan Portugis dan Inggeris. Kawasan beranda dihiaskan dengan tiang Corinthian dan mengelilingi kawasan dewan solat. Tiang Corinthian juga menadakan pemisah di antara ruang minbar daripada dewan solat. Reka bentuk seperti ini banyak dikatakan terdapat di Sumatera dan mengimport bahan binaan asal  daripada kayu belian yang datang dari Sumatera (Zarinah Hj. Sarifan 2000 : 2). 



Ada setengah pendapat mengatakan kayu tan bahan tersebut berasal dari Kalimantan. Tidak kurang pula mengatakan  bahan binaan kayu itu datang dari negeri Melaka sendiri. Kerja-kerja Konservasi yang dilaksanakan oleh Jabatan Muzium dan Antikuiti dilakukan secara berperingkat. 



Dalam pembinaan masjid tersebut, jurubina yang membina masjid tersebut adalah gabungan daripada semua bangsa yang tinggal di kawasan tersebut. Menurut Hj. Salim, belanja pembinaan dan bahan binaan adalah hasil derma daripada penduduk tempatan. Beliau ada menyebut pembinaan masjid ini adalah khairat tiap-tiap pemuda dimestikan membayar khairat kepada Masjid Kampung Kling.



Masjid ini diperbaharui dalam tahun 1872 dengan bangunan batu. Dalam tahun 1908, atap bumbung ini ditinggikan mengikut Kampung Hulu. Keseluruhan pembinaan masjid ini adalah derma daripada hartawan-hartawan dan orang ramai. Menara konkrit masjid ini terletak berasingan daripada bangunan utama di sayap barat manakala tempat berwuduk terletak di sayap selatan. 




















Seni bina Masjid ini memang unik terdapat gabungan seni bina SumateraChina dan Melayu. Di masjid tersebut terdapat sebuah menara berbentuk pagoda dan bumbung bertingkat 3. Kebanyakkan marmar dan jubin di Masjid ini di bawa dari negara China. Segala ukiran-ukiran yang ada dalam masjid dibuat oleh orang Melayu. Terdapat sebuah kolah di bahagian kiri Masjid Kampung Keling ini dan ditengah-tengahnya terdapat pancutan air.



Tiang yang menyokong bumbung kolah ini terdiri dari besi padat berbentuk lukisan Arab. Bumbungnya masih berkeadaan asal. Terdapat juga perigi lama yang masih digunakan lagi berhampiran kolah ini.


Gaya berganda dalam senireka masjid melambangkan perkembangan pesat ilmu senibina di Melaka pada masa itu, dengan kedatangan pengaruh-pengaruh binaan yang dibawa oleh orang Belanda dari Eropah.



Bumbung tiga lapisan digunakan dalam senibina Masjid Kampung Keling ini, seperti mana bumbung di Masjid Kampung Hulu. Bumbung tiga lapisan ini mencirikan masjid-masjid di Melaka. Bumbung disokong oleh 4 tiang seri di tengah-tengah masjid. 4 tiang seri ini dilengkapkan dengan 8 tiang yang lebih kecil yang digunakan untuk menyokong struktur lapisan kedua dan lapisan ketiga bumbung berlapis tiga itu. Jubin seramik diimport dari negara China untuk menghiasi bumbung, lantai dan dinding-dinding masjid ini.



 Menara masjid dibina daripada batu, dan mempunyai bentuk seperti sebuah pagoda, juga satu ciri masjid di Melaka. Pengaruh lain digunakan kerana sebelum pembinaan Masjid Kampung Hulu dan Masjid Kampung Kling, masjid-masjid binaan orang Melayu tidak menggunakan menara. 



Pada tahun 1868, masjid dan menara dilindungi oleh tembok tinggi sebagai pemisah dengan jalan raya.  Motif hiasan yang menghiasi pintu, tingkap dan juga hiasan pada tepi tebing bumbung juga dipengaruhi hiasan China. Pengaruh seni bina Eropah dimasukkan dalam pembinaan masjid ini, khususnya dengan lepaan yang digunakan untuk dinding bahagian dalam masjid ini.



Pelawat yang datang ke masjid ini dikehendaki memakai pakaian yang sesuai dengan cara pakaian orang-orang Islam iaitu seluar yang menutupi lutut untuk lelaki dan memakai tudung atau skaf untuk wanita. Walau bagaimanapun, masjid ini ada menyediakan jubah untuk mereka yang tidak memakai pakaian yang bersesuaian. Pelawat yang bukan Islam hanya dihadkan di bahagian pintu masuk sahaja...ruang solat tidak dibenarkan untuk masuk.

Semoga Masjid Kampung Kling ini terus kekal terpelihara seni bina keasliaannya.

Sekian.

Wednesday, 19 June 2019

Muzium Nelayan...Sangat Menarik Dan Teruja Untuk Diterokai

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Hai korang. Apa khabar semua..? Harap-harap semuanya sihat disamping keluarga dan teman-teman yea. Aku dah tiga minggu gak demam turun naik...Batuk dah melebihi dua bulan. Tapi alhamdulillah badan nii masih kuat mengharungi semua dugaan nii. Kita masih dalam mood raya lagi kan!! Banyak ke terima jemputan Open House ?? 




Okey lah...hari nii aku nak cerita tentang satu tempat yang sepatutnya korang pergi dan kena pergi. Aku teruja betul bila sampai kat tempat nii. Seronok giler meneroka dan mengambil gambar. Aku nak citer tentang Muzium Nelayan di Tanjung Balau.... Kebetulan masa tuu aku sedang outstation untuk kerja-kerja luar di sekitar kawasan nii. Muzium nii cantik dan penuh dengan informasi menarik. Keadaan hiasan dalamannya yang tersusun dengan rekabentuk bercirikan kapal serta aliran penyaman udara yang menyegarkan membuatkan korang rasa sangat teruja...


Muzium Nelayan nii dibina di Tanjung Balau, Kota Tinggi, Johor oleh Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (Kejora) pada 20 Ogos 1990 dan siap sepenuhnya pada 8 Julai 1992 dengan jumlah kos RM 1.48 juta. Sejak dari hari itu, sudah 17 tahun Ianya beroperasi dan ia telah menerima kunjungan ribuan pelawat dari seluruh negara. 


Bangunan muzium yang agak ‘ke dalam’ daripada pintu masuk membuatkan ia kelihatan seolah-olah ditutup. Muzium ini menyimpan dan mempamerkan pelbagai khazanah para nelayan tradisional negeri Johor seperti sampan, jaring, pancing, bubu dan lain-lain. Muzium ini mempunyai 4 galeri tambahan lain iaitu Galeri Geologi, Galeri Keselamatan Laut, Galeri Kapal Karam Desaru (Shipwreck) dan Galeri Pameran Khas. 


Di dalam Galeri Geologi pendedahan lebih mendalam tentang apa itu geologi dipamerkan. Galeri Geologi mengemukakan pelbagai batuan unik yang sebahagian besarnya diperoleh di perairan Tanjung Balau. Selain itu pengunjung juga dapat melihat bagaimana terjadinya tsunami, kejadian gunung berapi, pelbagai jenis batuan, fosil batuan dan sebagainya. Korang jangan terkejut bila masuk ke dalam galeri ini.... kerana korang akan dikejutkan dengan sound effect dinasour dan replika dinasour yang besar. 


Galeri Keselamatan Laut pula menerangkan tentang panduan pelayaran di laut dan cara-cara menghadapi suasana kecemasan semasa di laut. Panduan pelayaran di kawasan  rumah api dan sebagainya. Selain itu turut dipamerkan beberapa model kapal-kapal perdagangan. 

















Apabila korang masuk pula ke dalam Galeri Kapal karam Desaru...korang akan didedahkan pula dengan artifak seramik biru putih (pinggan mangkuk).  Setiap galeri yang korang masuk memang sangat mendamaikan kerana sound effect dan juga penyaman udaranya yang segar.


Pada masa kunjungan kami ke sini... terdapat Galeri Pameran Khas yang bertajuk... Pameran Keranda Tradisi dan Mistik. Semasa kami baru sampai di dalam Muzium Nelayan...kami terdengar kecoh-kecoh kerana ada seorang mak cik menjerit ketakutan di Pameran Keranda ini. Apabila tiba waktu untuk kami melawat pameran keranda nii pula....kami dah mula rasa takut dan berpegangan tangan....kerana kami risau sekiranya terdapat sound effect dan kejutan yang menyeramkan serta memeranjatkan kami. Dah laa kami baru jer terkejut dengan kehadiran dinasour di Galeri Geologi. 

Di dalam galeri khas ini banyak dipamerkan keranda yang jarang dilihat dan semuanya adalah keranda yang asal...maksudnya keranda yang betul. Aku dah mula risau sekiranya ada benda-benda mistik yang masih terdapat dikeranda-keranda ini....mata tu nak melihat tapi hati rasa takut...dah la keadaan dalamnya yang gelap. Kami cepat-cepat lihat dan terus keluar....haahaahaa...   


Untuk pengetahuan korang Muzium Nelayan turut membincangkan mengenai kaedah dan kemahiran nelayan dahulu serta pengetahuan yang mereka perlukan untuk belayar. Antaranya adalah pengetahuan dalam melihat bintang di langit serta maksud yang dibawa oleh keadaan bintang tersebut. Selain itu, ia turut menerangkan mengenai amalan-amalan para nelayan dahulu kala sebelum mereka turun ke laut. 


Maklumat tentang nelayan yang tinggal di pantai timur menggunakan beberapa teknik lama untuk menangkap ikan juga turut dipamerkan di muzium ini. Ada yang merujuk kepada ‘bulan’ sementara yang lain melihat keadaan ‘kaki langit’ untuk menyaksikan perubahan udara. Selain dari sejarah hidup nelayan dan kehidupan masyarakat nelayan, terdapat banyak lagi artifak berkaitan nelayan dipamerkan termasuk jaring ikan dan takal dengan replika autentik yang digunakan. 

















Muzium ini dibuka setiap hari dari 9:00 pagi hingga 6:00 petang kecuali pada Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha. Tiket masuk adalah berharga RM 2.00 dewasa dan RM 1.00 bagi kanak- kanak. Muzium Nelayan Tanjung Balau ini jugak menerima tempahan mengadakan aktiviti berkumpulan seperti Explorace dan pelbagai aktiviti menarik yang lain. Muzium ini dikawalselia oleh seorang Penolong Kurator iaitu Encik Muhammed Iqbal bin Rosli bersama 4 anggota tetap muzium iaitu 2 pembantu muzium, seorang pembantu am pejabat dan seorang pekerja awam. 

















Antara waktu lawatan yang paling ramai orang berkunjung ke sini adalah semasa musim cuti sekolah dan cuti umum serta hujung minggu, memandangkan lokasinya berdekatan dengan tepi pantai. Muzium Nelayan Tanjung Balau ini dibina di tapak seluas lapan hektar mempunyai persekitaran yang sungguh menarik dengan pemandangan utamanya menghadap Laut China Selatan.



Muzium ini berkonsepkan ciri-ciri warisan nelayan yang terdapat diseluruh Malaysia.

Sejumlah lebih 250 artifak yang mengisi ruang pamerannya mampu mendekatkan pengunjung dengan kehidupan Nelayan. 


Pameran lebih 50 perahu digunakan sejak 100 tahun antaranya perahu payang, kolek Johor, kolek chiau, perahu badar besar hingga perahu diilhamkan dari barat berupaya membuka mata semua pengunjung yang datang ke sini. Banyak perahu yang cantik-cantik serta menarik dipamerkan di ruang luar Muzium Nelayan ini. Kagum giler aku dengan seni ukiran yang terdapat di badan perahu-perahu ini...kreatif sungguh orang dulu-dulu. 


Sejarah awalnya.... Tanjung Balau adalah merupakan sebuah kawasan persisiran pantai yang menjadi persingahan para nelayan zaman dahulu yang terdiri daripada kepulauan Riau, Mersing, Batam dan lain-lain. Sudah menjadi kebiasaan bagi para nelayan mereka akan berteduh di Tanjung Balau sementara menunggu musim tengkujuh yang biasanya berlaku pada September sehingga November. 


Selain itu, Tanjung Balau juga dikenali oleh masyarakat tempatan sebagai “Terumbu Emas” kerana kawasan Tanjung Balau Kaya dengan sumber laut disamping persisiran pantai dilitupi oleh hutan pantai dan paya bakau pada ketika itu. 

  
Hubungi kami di :  
Tanjung Balau Fisherman Museum
Lembaga Kemajuan Johor Tenggara,
Jalan Dato Hj. Hassan Yunus,
81930 Bandar Penawar, Johor

No. Tel            : 07-884 3100 / 07-822 1601

No. Fax           : 07-822 6787 / 07-822 1600
Email               : muziumnelayan@yahoo.com.my
Facebook        : www.facebook.com/MuziumNelayan


Waktu Operasi 

Isnin-Khamis                           : 9.00 pg – 5.00 ptg

Jumaat                                    : 9.00 pg - 12.15 tghari & 2.45 ptg – 5.00 ptg

Sabtu- Ahad & Cuti am           : 9.00 pg – 6.00 petang


Korang pasti tak menyesal untuk melawat Muzium Nelayan ini kerana banyak ilmu yang korang boleh perolehi di sini... Selain itu korang boleh juga melihat tempat-tempat menarik di sekitar kawasan ini dengan keindahan pantainya.


Sekian

Tuesday, 11 June 2019

Kuih Nona Manis...Semanis Namanya

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Hai korang...jumpa lagi kita yea...hari nii entri aku masih lagi berkaitan dengan makanan. Semua orang suka makan kan! kan! kan! Sebenarnya aku sendiri pun tak terfikir aku akan buat kuih nii sebab aku rasa cam susah jer nak buat...ramai yang kata kalau silap teknik...kuih nii akan jadi lembik. Kuih tradisional kan selalunya remeh nak buat. Walau pun kuih nii bukan kuih tradisional tetapi sekali lihat pembuatannya macam kuih tradisional.

Tetiba tengahari semalam terlintas di kepala aku nak buat Kuih Nona Manis nii. Entah mimpi apa tetiba nak buat. Teringin nak makan pun tidak tapi terasa macam nak try buat. So apa lagi...aku pun google laa resepinya....  


Aku ambik resepi yang mudah dibuat menggunakan sukatan cawan...hik3x. Suka kan!! Untuk pengetahuan korang... untuk buat Kuih Nona Manis nii ada 3 peringkat yang korang kena lalui. Peringkat Pertama iaitu adunan 1 (bahan A). Peringkat ke 2..adunan 2 (bahan B). Kemudian korang kena campurkan adunan A + adunan B. Peringkat ke 3...adunan 3 (bahan C) iaitu inti putih dibahagian tengahnya. 

So 
korang memang kena banyak bersabar untuk membuat kuih yang sedap nii. Aku pun 1st time cuba nak buat. Alhamdulillah menjadi dan sedap. Mula-mula memang terasa cam susah jer...tetapi sebenarnya mudah. Tak cuba tak tahu kan!!


Bahan A

1 biji telur

1/2 cawan gula halus

1 cawan santan -  campur santan kotak dg sedikit air jadikan 1 cawan

1 cawan tepung gandum


Pukul telur hingga kembang atau boleh juga dikisar dengan blender. Dalam bekas lain, satukan gula, tepung gandum dan santan, kacau rata. Akhir sekali, tuangkan adunan telur ke dalamnya dan pukul atau kacau rata atau kisar dengan blender. Bila dah siap ketepikan. 


Bahan B
1/2 cawan santan pekat
1/2 cawan air daun pandan - ambil 5 helai daun pandan dan kisar dengan 1/2 cwn air dan tapis
1/4 cawan gula halus
1/4 cawan tepung jagung
Secubit garam
Sedikit pewarna hijau 


Satukan gula, tepung jagung, garam dan sedikit pewarna hijau. Kemudian masukkan santan yang dicampur dengan air daun pandan. Kacau sampai rata dan tidak berbintil-bintil. Kemudian masak dengan api sederhana hingga ia meletup-letup, berkilat dan sedikit pekat. Angkat dari dapur dan biarkan sehingga suam-suam kuku.


Tuangkan adunan A ke dalam adunan B. Kacau rata sehingga ia menjadi adunan yang pekat dan licin. Saya kisar dengan blender bagi menjadikan adunan yang sebati. Ketepikan dahulu sementara kita sediakan adunan putih. 
 

Bahan C

1 cawan santan pekat - guna 1 kotak santan dicampur sedikit air dijadikan untuk 1 cawan

1 sudu besar tepung gandum

1 sudu besar gula pasir

1/2 sudu kecil garam halus


Satukan semua bahan C dan kacau rata. Kemudian masak atas api sederhana sambil sentiasa di kacau hingga ia pekat. Tunggu suam sedikit dan masukkan dalam piping bag atau beg plastik.




Cara Membuat Kuih Nona Manis:
  1. Panaskan periuk pengukus sehingga airnya mendidih. Balut tutup kukusan dengan kain supaya air pada tutup kukusan tidak menitis pada kuih. 
  2. Sediakan acuan lompang yang kecil, oleskan acuan lompang dengan minyak jagung.
  3. Tuangkan adunan hijau dalam acuan lompang hingga 3/4 cawan acuan lompang
  4. Kemudian paipkan adunan putih di tengah-tengah adunan hijau sehingga adunan naik memenuhi acuan cawan lompang. 
  5. Susun dalam kukusan. Kukus selama 7 hingga 10 minitAngkat dan biarkan sejuk sebelum di keluarkan dari acuan. 
Aku simpan kuih nii dalam peti sejuk sebentar sebelum dikeluarkan dari acuan lompang. Bila dah sejuk memang mudah jer keluarkannya dari acuan. Yang penting sebelum korang tuangkan adunannya...korang sapu  sedikit minyak di bahagian dalam acuan tersebut. Sedap dan nikmatnya dapat makan kuih yang aku buat sendiri...terasa bangga diri sekejap. Lepas nii boleh buat lagi...

Sekian.

Tuesday, 4 June 2019

Bestnyer Pakai Hana Hair Serum...Rambut Lembut Bersinar dan Wangi...

Assalammualikum dan Salam Sejahtera,

Hellooooo....apa khabar hari niii korang semua....  Semoga sentiasa dalam lindungan Allah S.W.T. Raya pun dah nak dekat kan... Hari nii aku nak perkenalkan kat korang satu produk penjagaan rambut dan sangat sesuai untuk wanita yang bertudung. Produk nii diperkenalkan oleh kawan aku dari Terengganu. Semasa kami kursus bersama telah telah memberi aku cuba untuk merasai sendiri produk nii. Dan ini merupakan kali kedua aku dah pakai....dan botol yang ke dua nii pun dah nak habis isinya...



Produk nii jenama HANA.... Aku suka menggunakan hair serum produk nii kerana baunya yang harum...rambut nampak bersinar serta lembut. Kalau korang pegang rambut korang lepas pakai produk nii...memang terasa best jer.. Hana Hair Serum nii korang kena pakai selepas korang cuci rambut yea... Jom aku bagitau korang apa kebaikan Hana Hair serum nii...



Kebaikkan Hana Hair Serum
Rambut gugur
Rambut kusut
Rambut berbau
Rambut kusam
Rambut berminyak
Rambut nipis / bercabang
Rambut kasar
Rambut beruban
Rambut kelemumur
Rambut berkutu


Ciri-ciri Hana Hair Serum
Serum rambut berasaskan air
Boleh dibawa solat
Tidak berminyak dan wangi
Harum kekal sepanjang hari
Satu botol boleh tahan 1 hingga 2 bulan
Sesuai untuk bayi, kanak-kanak, wanita, lelaki atau warga tua.

Ok...korang dah pun tahu akan kebaikkan dan ciri-ciri Hana Hair Serum nii...sekarang aku bagitau pula bagai mana nak pakai or guna serum nii....


Cara Mengunakan Hana Hair Serum :
  • Mula-mula korang cuci rambut dengan syampoo terlebih dahulu.
  • Kemudian lap dan keringkan rambut korang, tetapi biarkan separuh kering sahaja. Biarkan rambut korang tuu dalam keadaan lembab. Picitkan serum ke tapak tangan anda mengikut panjang dan tebal rambut korang. 
  • Sapukan serum bermula dari hujung rambut dan  sapu sedikit di bahagian atas kepala, kemudian urut kulit kepala korang perlahan-lahan untuk melancarkan peredaran darah. 
  • Pastikan korang  picit serum nii kat tapak tangan dulu, kemudian barulah diratakan ke rambut . Kesan halus dan wangi serta merta. Kesan baik lain dapat di rasai dengan penggunaan berterusan


Kandungan Hana Hair Serum
Ektrak Teh Hijau
Teh hijau mengandungi Anti-oksidan yang tinggi. Daun teh hijau juga berkhasiat untuk menyihatkan kulit. Sangat kaya dengan Vit E. Ia juga memberikan bauan yang sangat harum & lembut pada rambut.

Vitamin C
Membuat rambut Lebih Subur. Manfaat Vitamin C, sangat membantu dalam menyuburkan rambut. Vitamin C adalah salah satu nutrisi yang diperlukan oleh tubuh dan memiliki peranan penting dalam mencantikkan kulit termasuk kulit kepala. Vit C juga sangat efektif dalam membantu pertumbuhan rambut sekaligus membantu menguatkannya.


Hana Hair Serum nii murah jer harganya iaitu RM 10 sebotol dengan isi kandungan sebanyak 60 ml. Warna serum nii adalah jernih. Kalau korang yang memakai tudung dan mementingkan akan penjagaan rambut...korang boleh try serum nii. InshaAllah korang akan berpuashati sebab aku pun dah nak masuk botol ke tiga menggunakannya...

Sekian.