Saturday, 18 May 2019

Kuih Puteri Mandi....Kuih Tradisional Yang Dah Semakin Jarang Dijumpai

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Hai korang...jumpa lagi kita di bulan puasa nii yea...Hari nii dah yang ke 13 Ramadhan...Alhamdulillah. Hari nii aku nak menulis tentang Kuih Puteri Mandi. Kuih ini berasal dari Pantai Timur. Setahu aku...kuih nii mulanya aku kenali dari negeri Cik Siti Wan Kembang iaitu Kelantan...kuihnya cantik dan berwarna-warni serta berkuah.

Ada jugak versi dari Negeri Terengganu iaitu berwarna hijau atau pun putih. Tetapi aku lebih suka yang versi Kelantan sebab lebih sesuai dengan nama yang diberi...dan nampak macam ala-ala puteri sedang mandi gitu...


Aku difahamkan jugak...kalau di Negeri Terengganu, terdapat dua jenis kuih Puteri Mandi, salah satunya berwarna keputihan yang menggunakan kelapa parut muda dan yang keduanya berwarna kekuningan di mana ianya menggunakan kelapa parut tua yang dimasak bersama gula Melaka.

Kuih Puteri Mandi nii selalunya mudah dijumpai di bulan puasa dahulunya...tetapi kini agak susah jugak la nak jumpa orang yang menjualnya di bazar-bazar Ramadhan.


Kuih nii My Hubby yang suruh buatkan. Aku memang kurang meminati kuih yang manis-manis. Tetapi disebabkan Mr Hubby yang nak sangat makan...terpaksa laa aku google resepi. Aku cuba cari resepi yang versi Kelantan tetapi mungkin agak kalut sangat masa tuu aku tak terjumpa. Sebab tu korang tengok kuih Puteri Mandi yang aku buat nii agak kering....sepatutnya berkuah. Lagi pun nii kali pertama aku cuba nak buat kuih nii...


Jom aku bagi korang resepi Kuih Puteri Mandi nii...Yelah mana tahu tetiba korang terajin la pulak nak buat kan!! Kuih nii ada 2 peringkat korang nak kena buat. Yang pertama....Adunan Doh. Yang Ke duanya Inti Kuahnya...

Bahan Adunan Doh:

1 cawan tepung pulut
1/2 sk air kapur
Pewarna
Sedikit air 


Bahan Inti kuah:

1/2 cawan gula
1/2 cawan air
1/2 biji kelapa parut
2 helai daun pandan
Garam


Cara-cara:

Tepung pulut dicampur dengan air kapur. Tambahkan air sedikit demi sedikit sambil digaul sehingga tepung tak melekat di tangan dan bekas. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian dan warnalah ikut yang disukai. 



Biasanya warna hijau dan putih. Tetapi aku suka buat warna-warni supaya nampak lebih menarik dan berselera untuk dimakan. Bila dah siap menjadi doh, ambil sedikit adunan tadi dan gentel bulat bulat sebesar ibu jari dan tekan sedikit di tengah tengahnya atau korang tekan guna ibu jari dan jari telunjuk…so korang akan dapat lekuk di kedua-dua bahagian. Aku difahamkan...tujuan lekuk ini dibuat adalah supaya kuah mudah bertakung didalamnya semasa hendak makan kuih ni.


Sementara itu, didihkan setengah periuk air. Masukkan adunan tadi ke dalam air yang telah mendidih. Adunan akan timbul bila dah masak….macam korang masak Kuih Onde-Onde (Kuih Buah Melaka). Angkat guna penapis dan masukkan ke dalam semangkuk air sejuk untuk mengelakkan ianya melekat.


Untuk kuah, pula….masakkan air, gula, garam dan daun pandan sehingga gula larut. Masukkan kelapa parut dan kacau hingga pekat. Masukkan adunan yang telah siap dimasak ke dalam kuah dan kacau rata. 

Cara aku berbeza sikit...aku masukkan adunan yang telah siap dimasak ke dalam bekas yang berisi inti dan aku golek-golekkan sehingga rata. Kemudian aku masukkan ke dalam bekas/mangkuk kecil. Maka siaplah Kuih Puteri Mandi…Bolehlah dihidangkan ketika sejuk
.


Tetapi cara yang sebenarnya adalah...korang masukkan adunan tersebut ke dalam kuah dan kacau hingga rata. Kemudian barulah diangkat dan dimasukkan ke dalam mangkuk-mangkuk kecil untuk dihidangkan.


InshaAllah mungkin kali ke dua try nanti akan lebih baik sikit...iaitu ikut resepi versi Kelantan. Apa pun rasanya tetap sedap dan boleh dibanggakan...haahaahaa. 

Sekian.

No comments:

Post a comment