Tuesday, 11 June 2019

Kuih Nona Manis...Semanis Namanya

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Hai korang...jumpa lagi kita yea...hari nii entri aku masih lagi berkaitan dengan makanan. Semua orang suka makan kan! kan! kan! Sebenarnya aku sendiri pun tak terfikir aku akan buat kuih nii sebab aku rasa cam susah jer nak buat...ramai yang kata kalau silap teknik...kuih nii akan jadi lembik. Kuih tradisional kan selalunya remeh nak buat. Walau pun kuih nii bukan kuih tradisional tetapi sekali lihat pembuatannya macam kuih tradisional.

Tetiba tengahari semalam terlintas di kepala aku nak buat Kuih Nona Manis nii. Entah mimpi apa tetiba nak buat. Teringin nak makan pun tidak tapi terasa macam nak try buat. So apa lagi...aku pun google laa resepinya....  


Aku ambik resepi yang mudah dibuat menggunakan sukatan cawan...hik3x. Suka kan!! Untuk pengetahuan korang... untuk buat Kuih Nona Manis nii ada 3 peringkat yang korang kena lalui. Peringkat Pertama iaitu adunan 1 (bahan A). Peringkat ke 2..adunan 2 (bahan B). Kemudian korang kena campurkan adunan A + adunan B. Peringkat ke 3...adunan 3 (bahan C) iaitu inti putih dibahagian tengahnya. 

So 
korang memang kena banyak bersabar untuk membuat kuih yang sedap nii. Aku pun 1st time cuba nak buat. Alhamdulillah menjadi dan sedap. Mula-mula memang terasa cam susah jer...tetapi sebenarnya mudah. Tak cuba tak tahu kan!!


Bahan A

1 biji telur

1/2 cawan gula halus

1 cawan santan -  campur santan kotak dg sedikit air jadikan 1 cawan

1 cawan tepung gandum


Pukul telur hingga kembang atau boleh juga dikisar dengan blender. Dalam bekas lain, satukan gula, tepung gandum dan santan, kacau rata. Akhir sekali, tuangkan adunan telur ke dalamnya dan pukul atau kacau rata atau kisar dengan blender. Bila dah siap ketepikan. 


Bahan B
1/2 cawan santan pekat
1/2 cawan air daun pandan - ambil 5 helai daun pandan dan kisar dengan 1/2 cwn air dan tapis
1/4 cawan gula halus
1/4 cawan tepung jagung
Secubit garam
Sedikit pewarna hijau 


Satukan gula, tepung jagung, garam dan sedikit pewarna hijau. Kemudian masukkan santan yang dicampur dengan air daun pandan. Kacau sampai rata dan tidak berbintil-bintil. Kemudian masak dengan api sederhana hingga ia meletup-letup, berkilat dan sedikit pekat. Angkat dari dapur dan biarkan sehingga suam-suam kuku.


Tuangkan adunan A ke dalam adunan B. Kacau rata sehingga ia menjadi adunan yang pekat dan licin. Saya kisar dengan blender bagi menjadikan adunan yang sebati. Ketepikan dahulu sementara kita sediakan adunan putih. 
 

Bahan C

1 cawan santan pekat - guna 1 kotak santan dicampur sedikit air dijadikan untuk 1 cawan

1 sudu besar tepung gandum

1 sudu besar gula pasir

1/2 sudu kecil garam halus


Satukan semua bahan C dan kacau rata. Kemudian masak atas api sederhana sambil sentiasa di kacau hingga ia pekat. Tunggu suam sedikit dan masukkan dalam piping bag atau beg plastik.




Cara Membuat Kuih Nona Manis:
  1. Panaskan periuk pengukus sehingga airnya mendidih. Balut tutup kukusan dengan kain supaya air pada tutup kukusan tidak menitis pada kuih. 
  2. Sediakan acuan lompang yang kecil, oleskan acuan lompang dengan minyak jagung.
  3. Tuangkan adunan hijau dalam acuan lompang hingga 3/4 cawan acuan lompang
  4. Kemudian paipkan adunan putih di tengah-tengah adunan hijau sehingga adunan naik memenuhi acuan cawan lompang. 
  5. Susun dalam kukusan. Kukus selama 7 hingga 10 minitAngkat dan biarkan sejuk sebelum di keluarkan dari acuan. 
Aku simpan kuih nii dalam peti sejuk sebentar sebelum dikeluarkan dari acuan lompang. Bila dah sejuk memang mudah jer keluarkannya dari acuan. Yang penting sebelum korang tuangkan adunannya...korang sapu  sedikit minyak di bahagian dalam acuan tersebut. Sedap dan nikmatnya dapat makan kuih yang aku buat sendiri...terasa bangga diri sekejap. Lepas nii boleh buat lagi...

Sekian.

2 comments: