Sunday, 12 May 2019

Kuih Badak Berendam Atau Juga Dipanggil Sopang di Negeri Sembilan...Enak Dimakan Di Bulan Puasa

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Hai..jumpa lagi kita hari nii. Selamat berpuasa semua yea... Semoga Ramadhan kali nii lebih baik dari sebelumnya. Amin.. Apa entri yang aku nak tulis yea hari nii. Memandangkan minggu nii dah seminggu kita berpuasa...agak menarik jugak laa kalau aku menulis tentang kuih tradisional yang femes bila tiba bulan posa nii kan.
 

Bermula la kisah di suatu hari.... minggu lepas hubby aku tanya "samada aku pandai tak buat kuih Badak Berendam?" Memang aku jawab tak laa....sebab aku memang tak pandai buat kuih-muih nii...bukan bidang kepakaran aku. Tapi cara dia tanya tuu macam dia teringin sangat nak makan kuih nii. so...Aku cakap kat hubby...tak per aku try google resepinya...pas tuu aku terus cakap...senang jer buat kuih nii (ceeewahh...confident giler).
 
Sebabnya aku dah biasa buat kuih onde-onde/kuih buah Melaka. Resepi dan caranya lebih kurang sama jer. Oh yea...kuih nii macam ala-ala/adik-beradik dengan kuih koci, cuma berkuah. Kuih Badak Berendam, atau juga dipanggil sebagai Sopang di Negeri Sembilan, adalah sejenis kuih tradisional yang terkenal di Malaysia terutamanya di Pantai Timur iaitu di Kelantan dan Terengganu.
Kuih Badak Berendam terdiri daripada adunan tepung pulut yang digentel bulat dengan inti kelapa bercampur dengan gula melaka. Bahagian tepung ini dibuat tawar disebabkan kuih ni mempunyai inti yang manis dan dimakan bersama santan kelapa yang lemak.

Kat bawah nii aku sediakan resepi supaya korang boleh cuba membuatnya...Nak buat Kuih Badak Berendam nii...ada tiga peringkat yang korang kena lalui...mula-mula kena sediakan inti kelapa yang dimasak dengan gula melaka. Yang ke 2 menyediakan dohnya menggunakan tepung pulut dan yang ke 3 menyediakan kuahnya...santan yang dimasak dengan tepung beras.

Kuih Badak Berendam
Bahan-bahan (20 biji)

Bahan Doh:
2 cawan tepung pulut
11/2 cawan perahan air daun pandan
1/2 sudu kecil garam
                       
Cara cara:

Campurkan garam dengan air pandan dan tuang sedikit demi sedikit ke dalam tepung sehingga menjadi doh yang boleh dibentuk dan melekat di tangan. Kalau korang suka warna-warni...korang bolehlah bubuh pewarna macam yang aku buat. (Atau air daun pandan...kalau nak warna hijau sahaja)


Bahan Inti:
2 cawan kelapa parut muda
1 cawan gula merah
1 helai daun pandan
Gula pasir, jika suka

Cara cara:
Masak gula melaka dan gula pasir bersama air dan daun pandan hingga gula larut. Masukkan kelapa parut dan dikacau atas api sehingga kering. Ketepikan dan biarkan sehingga sejuk sebelum dibulat-bulatkan sebesar guli sehingga habis.



Bahan Kuah:

2 1/2 cawan santan

2 sudu besar tepung beras

1/2 sudu kecil garam

3 helai daun pandan

Sedikit gula


Cara-cara

Campur rata semua bahan bahan, lalu dikacau atas api hingga pekat dalam lebih kurang 10 minit. Tutup api dan ketepikan.


Cara Penyediaan:

Ambik sedikit doh dan dibulat bulatkan kemudian dileperkan. Letakkan inti kelapa di dalamnya dan dikelim rapat. Buat sehingga habis dan letak atas plastik supaya tidak melekat. Kemudian ianya dimasak dalam air panas. Apabila masak... kuih ini akan timbul seperti kuih Onde-onde/Buah Melaka. Angkat dan masukkan ia ke dalam mangkuk. Kemudian tuangkan kuah santan yang telah dimasak ke dalam mangkuk kuih tadi. Sedia untuk dimakan.
 


Membuat Kuih Badak Berendam ni tak la susah sangat...aku try dari google pun dah boleh menjadi. Hubby aku suka sangat bila tengok kuih nii ada atas meja. Terkejut beruk dia...Tak sempat makan nasi...terus terkam kuih nii dulu untuk buka posa...Haa3x. Hubby aku kata sedap!! Habis dua mangkuk dia makan. Yang penting lepas kempunan dia nak makan kuih nii.


Kuih nii sebenarnya ada 2 versi cara untuk membuatnya. Ada yang kukus bersama santan dan ada yang masak kuah santan berasinganAda yang membuat dohnya menggunakan warna hijau pandan jer....Ada juga yang menggunakan warna asli tepung. Tapi aku suka buat warna-warni...sebab nampak ceria sikit dan lebih menarik serta berselera untuk dimakan. 

Sekian.

No comments:

Post a comment