Wednesday, 29 May 2019

Kompleks Sejarah Kota Johor Lama Pernah Melakar Sejarah Penting Dalam Perkembangan Sejarah Negara.

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,


Hai korang....jumpa lagi kita di entri kali ini. Hari ni aku nak story pasal tempat bersejarah dan sangat sesuai untuk lawatan bagi menambah ilmu pengetahuan. Dah lama aku simpan impian untuk menjejakkan kaki ke sini. Alhamdulillah dan bersyukur sangat akhirnya impian aku terlaksana jua. Tempat yang aku nak citer nii ialah Kompleks Sejarah Kota Johor Lama. Kompleks Sejarah Kota Johor Lama terletak dibawah penyelenggaraan Jabatan Muzium Malaysia (dahulunya dikenali sebagai Jabatan Muzium dan Antikuiti) semenjak tahun 1970 lagi.



Kota Johor Lama terletak di tebing kiri Sungai Johor kira-kira 27 km dari Bandar Kota Tinggi atau kira-kira 30 km dengan jalan darat melalui Jalan Desaru ke Teluk Sengat. Kota ini terletak di kawasan ladang getah atas tebing muara Sungai Johor. Terdapat juga beberapa buah perkampungan Melayu seperti Kampung Teluk Sengat dan Kampung Johor Lama


Kompleks ini boleh aku bahagikan kepada dua bahagian...iaitu bahagian muzium dimana terdapat banyak koleksi bersejarah dipamerkan di sini dan juga bahagian kawasan kotanya yang terletak dihadapan muzium tersebut.


Muzium Kota Johor Lama merupakan sebuah muzium yang diletakkan di bawah pentadbiran Jabatan Muzium Malaysia (Wilayah Selatan). Pembinaan muzium ini bermula pada bulan Ogos 2004 dan siap sepenuhnya pada bulan Februari 2007. Muzium ini mula dibuka kepada umum pada bulan Oktober 2007. Rekabentuk bangunan muzium ini bercirikan bentuk rumah tradisional. 

Muzium ini merupakan satu-satunya muzium yang dibangunkan secara 'insitu' di suatu kawasan yang pernah melakar sejarah penting dalam perkembangan sejarah negara.


Fungsi utama penubuhan muzium ini adalah untuk memberikan maklumat dan gambaran yang lebih jelas kepada mereka yang mencintai sejarah untuk mengetahui dengan lebih mendalam peranan Kota Johor Lama yang pernah menjadi pusat pemerintahan kerajaan Melayu yang penting selepas era kejatuhan Kesultanan Melaka pada tahun 1511. Kesinambungan warisan kegemilangan Kerajaan Melayu Melaka terus bertapak di negeri Johor dan telah mewarnai sejarah tempatan ketika itu terutamanya di sepanjang Sungai Johor. Episod ini turut memainkan peranan yang penting dalam pemerintahan Johor.




Ruang pameran di dalam muzium ini terbahagi kepada lima segmen iaitu Pengenalan berkaitan sejarah Kota Johor Lama; Pemerintahan, Perdagangan dan Peperangan di Kota Johor Lama; Kota-kota Pertahanan di sepanjang Sungai Johor; Taburan Batu Nisan Acheh di daerah Kota Tinggi; serta kajian arkeologi dan temuan di Kota Johor Lama. Kesemua tajuk segmen di dalam galeri pameran ini meliputi pembukaan kota yang menjadi pusat pemerintahan, perdagangan yang unggul sehingga kejatuhannya, kaitannya dengan kota-kota pertahanan lain dan kajian-kajian yang dijalankan oleh penyelidik tempatan dan luar negara di dalam kawasan kota ini yang menumpukan kepada kepentingan kota yang masih wujud dalam bentuk fizikal dan dapat dilihat sehingga hari ini.


Kajian-kajian yang dijalankan di Kota Johor Lama adalah seperti:
1. Ekskavasi oleh G.D.G Sieveking, C.A. Gibson Hill dan Wheatley pada tahun 1954.
2. Kajian penulisan oleh I.A. Macgregor iaitu Journal Of The Malayan Branch Royal Asiatic Society pada 1954.
3. Jurnal Warisan Johor pada 1997.

4. Iesnordin bin Hj. Malan - Tapak-tapak Sejarah Johor. Unpublish Report 1994


Pada mulanya, tapak sejarah ini telah di kaji dan dicari gali sebanyak 2 kali. Pertama pada tahun 1960 oleh warga inggeris dan kali kedua pada tahun 2004 sekali gus telah bina Pusat Informasi atau dikenali sebagai Muzium Kota Johor Lama sekarang. Namun begitu, selepas beberapa dekad berlalu, tanah bekas tapak pusat perdagangan terbabit kemudiannya telah dijadikan kebun buah-buahan oleh penduduk kampung di situ. 


Seterusnya, ahli sejarah kemudiannya pada tahun 2004 telah mengambil inisiatif untuk mengkaji semula Kota Johor Lama dan mencari balik arkeologi dan artifak yang masih tersembunyi di bawah tanaman mereka. Apa yang dijumpai hasil daripada galian tersebut ialah bekas pinggan mangkuk berwarna biru dan putih yang dipercayai daripada Dinasti Ming dan telah di pamerkan di muzium itu sehingga ke hari ini, termasuklah makam dan nisan yang turut dipercayai daripada Acheh. 


Kawasan galian itu kemudiannya telah dibeli oleh pihak muzium negara (sejarah) daripada penduduk kampung dan dibangunkan dengan pembinaan Pusat Informasi pada tahun 2006 dan siap pada tahun 2007. Struktur binaan muzium itu adalah bentuk rumah tradisional melayu iaitu Rumah Tradisional Melaka dan dibina tanpa paku hanyalah menggunakan tanggam. Dan dibelakang muzium itu terdapat makam lama yang dipercayai MAKAM ALMARHUM SULTAN ALAUDDIN RIAYAT SHAH II.


Sejarah Kota Johor Lama bermula pada tahun 1540 apabila Sultan Alauddin Riayat Shah II (Raja Johor kedua 1528-1564) berpindah ke Tanjung Batu yang terletak di tepi Sungai Johor. Baginda mendirikan sebuah kota yang dibina daripada susunan batu dan kemudian ditambak dengan terbinanya kota ini, kerajaan Johor menjadi sebuah kerajaan yang kuat sehingga dapat mematahkan serangan Acheh beberapa kali. 


Paulo de Lima Pareira melaporkan bahawa dalam peperangan tersebut, Portugis memusnahkan langsung pusat pemerintahan Kota Johor Lama lalu dibakar dan Kota Batunya dimusnahkan. Beliau telah merampas 800 pucuk meriam gangsa, emas, perak, 1,200 buah perahu besar dan kecil dan sebagainya. Menurutnya kapal yang membawa rampasan perang ini telah karam di perairan Indonesia. Sejak dari tarikh itu pusat pemerintahan di Tanjung Batu dengan Kota Batunya yang gagah tidak lagi dijadikan ibu negeri oleh sultan-sultan Johor yang berikutnya.


Kota Johor Lama terbiar buat seketika hinggalah zaman pemerintahan Sultan Ibrahim (1677-1685). Pada tahun 1678, Laksamana Tun Abdul Jamil Paduka Raja (bapa mertua Sultan Ibrahim) telah datang ke Johor Lama dari Siak dan membunuh Temenggong. Sultan Ibrahim telah cuba membina semula Johor Lama dan memindahkan pusat pemerintahan ke sana tetapi tidak tercapai kerana mangkat di Riau pada 16 Februari 1685. Kota Batu Johor Lama menjadi tempat bersemayan sementara Sultan Mahmud Shah II (1685-1699). Pada ketika itu pusat pemerintahan baginda terletak di Pasir Raja, Kota Tinggi (Kampung Makam sekarang). Selepas baginda mangkat Kota Johor Lama tidak digunakan lagi.


Kegemilangan Kota Johor Lama di dalam sejarah pemerintahan kesultanan Melayu Johor tidak boleh dipandang ringan. Ia pernah menjadi ibu negeri sebanyak dua kali iaitu pada zaman pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Shah selama 24 tahun (1540-1564), dan pada zaman kemuncak kegemilangan Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II selama 13 tahun (1574-1587). Pada ketika ini yang wujud hanyalah tinggalan kota yang dipulihara berterusan. Kemakmuran dan kemegahan dan kemegahan kesultanan Melayu di Kota Batu (Johor Lama) musnah ditelan zaman. Apa yang tinggal hanyalah sebuah perkampungan yang sunyi, tenang dan damai.


Sultan Alauddin Riayat Shah II akhirnya tewas juga ditangan Acheh di bawah Sultan Alauddin Riayat Shah Al-Qahhar dalam satu peperangan yang sengit. Sultan Alauddin Riayat Shah II telah dibawa ke Acheh lalu dihukum bunuh pada tahun 1564. Pada tahun 1564 dengan perkenan Sultan Acheh, anak almarhum Sultan Alauddin Riayat Shah II iaitu Radin Badar telah ditabalkan menjadi Sultan Johor yang ketiga bergelar Sultan Muzafar Shah. 



Selepas setahun bersemayan di Kota Johor Lama, Baginda memindahkan pusat pemerintahan ke Seluyut sehingga baginda mangkat pada 1570. Baginda telah digantikan oleh Sultan Abdul Jalil Shah I. Semasa ditabalkan baginda berusia lapan tahun dan segala urusan pentadbiran kerajaan dijalankan oleh Bendahara Seri Maharaja Tun Hisap Misai. Sultan Abdul Jalil I, Sultan Johor keempat mangkat selepas setahun ditabalkan iaitu pada tahun 1571.


Raja Umar telah ditabalkan menjadi Sultan Johor yang kelima dengan gelaran Sultan Ali Jalla Shah II. Baginda memerintah dari tahun 1571-1597. Pada tahun 1573 baginda bersemanyan semula di Kota Johor Lama dan membaikpulih kota pertahanan yang telah ditinggalkan selama sembilan tahun (1564-1573). Semasa pemerintahan baginda, Johor telah bersahabat semula dengan Acheh. Perhubungan ini tidak disenangi oleh Portugis di Melaka lalu Portugis menyerang Kota Johor Lama pada tahun 1576 dan 1578.


Kedua-dua serangan ini telah dapat ditumpaskan oleh tentera-tentera Johor. Semasa pemerintahan Sultan Ali Jalla Abdul Jalil, Baginda beberapa menyerang Portugis di Melaka. Jika bukan kerana sokongan tambahan orang-orang Portugis dari Goa India, besar kemungkinan Melaka dapat ditakluk semula. 



Johor yang dianggap sebagai ancaman kepada Portugis di Melaka akhirnya telah diserang dan ditewaskan oleh Portugis pada 15 Ogos 1587. Johor Lama telah dikepung selama hampir satu bulan oleh angkatan Portugis yang besar di bawah pimpinan Siamo de Abreu da Antonio de Noroha. Sultan Ali Jalla Abdul Jalil berundur dan membina pusat pemerintahan baru di Batu Sawar sehingga baginda mangkat pada tahun 1597.

Kalau korang yang ingin tahu akan sejarah Kota Johor Lama nii boleh laa datang ke sini... Bayaran masuk adalah percuma. Perjalanannya agak mengambil masa yang panjang jugak sebab aku bertolak dari Kota Tinggi. Kedudukannya jauh ke dalam dan berhampiran dengan laut...korang boleh lihat view laut yang sangat cantik kat kawasan nii. Tapi awas...monyet pun banyak jugak kat sini. Walau pun jauh ke kawasan pendalaman tetapi jalannya sangat la ok...bertar. Kemudahan asas pun ada kat sini...tandas awam dan kawasan parking yang sederhana luas.


Alamat                                                   
Kompleks Sejarah Kota Johor Lama
Lot 1468, Kg. Johor Lama
81940 Kota Tinggi
Johor

Tel: +607 883 1498
Fax: +607 895 2082


Jangan lupa untuk memulakan pengembaraan korang kat sini yea... kerana Muzium Kota Johor Lama ini mempamerkan sebanyak 84 koleksi yang terdiri daripada porselin, senjata, barangan tembaga, tembikar tanah, alat permainan dan anyaman yang mempunyai pertalian rapat dengan sejarah Kota Johor Lama. Koleksi menarik yang dipamerkan di sini ialah pinggan tembaga yang ditemui di jalan masuk Kota Johor Lama dan peluru meriam yang digunakan semasa serangan terhadap Kota Johor Lama.

Sekian.

Saturday, 18 May 2019

Kuih Puteri Mandi....Kuih Tradisional Yang Dah Semakin Jarang Dijumpai

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Hai korang...jumpa lagi kita di bulan puasa nii yea...Hari nii dah yang ke 13 Ramadhan...Alhamdulillah. Hari nii aku nak menulis tentang Kuih Puteri Mandi. Kuih ini berasal dari Pantai Timur. Setahu aku...kuih nii mulanya aku kenali dari negeri Cik Siti Wan Kembang iaitu Kelantan...kuihnya cantik dan berwarna-warni serta berkuah.

Ada jugak versi dari Negeri Terengganu iaitu berwarna hijau atau pun putih. Tetapi aku lebih suka yang versi Kelantan sebab lebih sesuai dengan nama yang diberi...dan nampak macam ala-ala puteri sedang mandi gitu...


Aku difahamkan jugak...kalau di Negeri Terengganu, terdapat dua jenis kuih Puteri Mandi, salah satunya berwarna keputihan yang menggunakan kelapa parut muda dan yang keduanya berwarna kekuningan di mana ianya menggunakan kelapa parut tua yang dimasak bersama gula Melaka.

Kuih Puteri Mandi nii selalunya mudah dijumpai di bulan puasa dahulunya...tetapi kini agak susah jugak la nak jumpa orang yang menjualnya di bazar-bazar Ramadhan.


Kuih nii My Hubby yang suruh buatkan. Aku memang kurang meminati kuih yang manis-manis. Tetapi disebabkan Mr Hubby yang nak sangat makan...terpaksa laa aku google resepi. Aku cuba cari resepi yang versi Kelantan tetapi mungkin agak kalut sangat masa tuu aku tak terjumpa. Sebab tu korang tengok kuih Puteri Mandi yang aku buat nii agak kering....sepatutnya berkuah. Lagi pun nii kali pertama aku cuba nak buat kuih nii...


Jom aku bagi korang resepi Kuih Puteri Mandi nii...Yelah mana tahu tetiba korang terajin la pulak nak buat kan!! Kuih nii ada 2 peringkat korang nak kena buat. Yang pertama....Adunan Doh. Yang Ke duanya Inti Kuahnya...

Bahan Adunan Doh:

1 cawan tepung pulut
1/2 sk air kapur
Pewarna
Sedikit air 


Bahan Inti kuah:

1/2 cawan gula
1/2 cawan air
1/2 biji kelapa parut
2 helai daun pandan
Garam


Cara-cara:

Tepung pulut dicampur dengan air kapur. Tambahkan air sedikit demi sedikit sambil digaul sehingga tepung tak melekat di tangan dan bekas. Bahagikan doh kepada beberapa bahagian dan warnalah ikut yang disukai. 



Biasanya warna hijau dan putih. Tetapi aku suka buat warna-warni supaya nampak lebih menarik dan berselera untuk dimakan. Bila dah siap menjadi doh, ambil sedikit adunan tadi dan gentel bulat bulat sebesar ibu jari dan tekan sedikit di tengah tengahnya atau korang tekan guna ibu jari dan jari telunjuk…so korang akan dapat lekuk di kedua-dua bahagian. Aku difahamkan...tujuan lekuk ini dibuat adalah supaya kuah mudah bertakung didalamnya semasa hendak makan kuih ni.


Sementara itu, didihkan setengah periuk air. Masukkan adunan tadi ke dalam air yang telah mendidih. Adunan akan timbul bila dah masak….macam korang masak Kuih Onde-Onde (Kuih Buah Melaka). Angkat guna penapis dan masukkan ke dalam semangkuk air sejuk untuk mengelakkan ianya melekat.


Untuk kuah, pula….masakkan air, gula, garam dan daun pandan sehingga gula larut. Masukkan kelapa parut dan kacau hingga pekat. Masukkan adunan yang telah siap dimasak ke dalam kuah dan kacau rata. 

Cara aku berbeza sikit...aku masukkan adunan yang telah siap dimasak ke dalam bekas yang berisi inti dan aku golek-golekkan sehingga rata. Kemudian aku masukkan ke dalam bekas/mangkuk kecil. Maka siaplah Kuih Puteri Mandi…Bolehlah dihidangkan ketika sejuk
.


Tetapi cara yang sebenarnya adalah...korang masukkan adunan tersebut ke dalam kuah dan kacau hingga rata. Kemudian barulah diangkat dan dimasukkan ke dalam mangkuk-mangkuk kecil untuk dihidangkan.


InshaAllah mungkin kali ke dua try nanti akan lebih baik sikit...iaitu ikut resepi versi Kelantan. Apa pun rasanya tetap sedap dan boleh dibanggakan...haahaahaa. 

Sekian.

Sunday, 12 May 2019

Kuih Badak Berendam Atau Juga Dipanggil Sopang di Negeri Sembilan...Enak Dimakan Di Bulan Puasa

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Hai..jumpa lagi kita hari nii. Selamat berpuasa semua yea... Semoga Ramadhan kali nii lebih baik dari sebelumnya. Amin.. Apa entri yang aku nak tulis yea hari nii. Memandangkan minggu nii dah seminggu kita berpuasa...agak menarik jugak laa kalau aku menulis tentang kuih tradisional yang femes bila tiba bulan posa nii kan.
 

Bermula la kisah di suatu hari.... minggu lepas hubby aku tanya "samada aku pandai tak buat kuih Badak Berendam?" Memang aku jawab tak laa....sebab aku memang tak pandai buat kuih-muih nii...bukan bidang kepakaran aku. Tapi cara dia tanya tuu macam dia teringin sangat nak makan kuih nii. so...Aku cakap kat hubby...tak per aku try google resepinya...pas tuu aku terus cakap...senang jer buat kuih nii (ceeewahh...confident giler).
 
Sebabnya aku dah biasa buat kuih onde-onde/kuih buah Melaka. Resepi dan caranya lebih kurang sama jer. Oh yea...kuih nii macam ala-ala/adik-beradik dengan kuih koci, cuma berkuah. Kuih Badak Berendam, atau juga dipanggil sebagai Sopang di Negeri Sembilan, adalah sejenis kuih tradisional yang terkenal di Malaysia terutamanya di Pantai Timur iaitu di Kelantan dan Terengganu.
Kuih Badak Berendam terdiri daripada adunan tepung pulut yang digentel bulat dengan inti kelapa bercampur dengan gula melaka. Bahagian tepung ini dibuat tawar disebabkan kuih ni mempunyai inti yang manis dan dimakan bersama santan kelapa yang lemak.

Kat bawah nii aku sediakan resepi supaya korang boleh cuba membuatnya...Nak buat Kuih Badak Berendam nii...ada tiga peringkat yang korang kena lalui...mula-mula kena sediakan inti kelapa yang dimasak dengan gula melaka. Yang ke 2 menyediakan dohnya menggunakan tepung pulut dan yang ke 3 menyediakan kuahnya...santan yang dimasak dengan tepung beras.

Kuih Badak Berendam
Bahan-bahan (20 biji)

Bahan Doh:
2 cawan tepung pulut
11/2 cawan perahan air daun pandan
1/2 sudu kecil garam
                       
Cara cara:

Campurkan garam dengan air pandan dan tuang sedikit demi sedikit ke dalam tepung sehingga menjadi doh yang boleh dibentuk dan melekat di tangan. Kalau korang suka warna-warni...korang bolehlah bubuh pewarna macam yang aku buat. (Atau air daun pandan...kalau nak warna hijau sahaja)


Bahan Inti:
2 cawan kelapa parut muda
1 cawan gula merah
1 helai daun pandan
Gula pasir, jika suka

Cara cara:
Masak gula melaka dan gula pasir bersama air dan daun pandan hingga gula larut. Masukkan kelapa parut dan dikacau atas api sehingga kering. Ketepikan dan biarkan sehingga sejuk sebelum dibulat-bulatkan sebesar guli sehingga habis.



Bahan Kuah:

2 1/2 cawan santan

2 sudu besar tepung beras

1/2 sudu kecil garam

3 helai daun pandan

Sedikit gula


Cara-cara

Campur rata semua bahan bahan, lalu dikacau atas api hingga pekat dalam lebih kurang 10 minit. Tutup api dan ketepikan.


Cara Penyediaan:

Ambik sedikit doh dan dibulat bulatkan kemudian dileperkan. Letakkan inti kelapa di dalamnya dan dikelim rapat. Buat sehingga habis dan letak atas plastik supaya tidak melekat. Kemudian ianya dimasak dalam air panas. Apabila masak... kuih ini akan timbul seperti kuih Onde-onde/Buah Melaka. Angkat dan masukkan ia ke dalam mangkuk. Kemudian tuangkan kuah santan yang telah dimasak ke dalam mangkuk kuih tadi. Sedia untuk dimakan.
 


Membuat Kuih Badak Berendam ni tak la susah sangat...aku try dari google pun dah boleh menjadi. Hubby aku suka sangat bila tengok kuih nii ada atas meja. Terkejut beruk dia...Tak sempat makan nasi...terus terkam kuih nii dulu untuk buka posa...Haa3x. Hubby aku kata sedap!! Habis dua mangkuk dia makan. Yang penting lepas kempunan dia nak makan kuih nii.


Kuih nii sebenarnya ada 2 versi cara untuk membuatnya. Ada yang kukus bersama santan dan ada yang masak kuah santan berasinganAda yang membuat dohnya menggunakan warna hijau pandan jer....Ada juga yang menggunakan warna asli tepung. Tapi aku suka buat warna-warni...sebab nampak ceria sikit dan lebih menarik serta berselera untuk dimakan. 

Sekian.

Friday, 3 May 2019

Krim Kecantikan Kulit Dengan Kebaikan Serbuk Mutiara

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,


Hai korang...apa khabar semua hari nii. Jumpa lagi kita yea...hari nii aku nak citer pasal satu produk kecantikkan yang memang dah terkenal sejak dahulu lagi. Kalau aku sebut jer nama pengasas produk nii...mesti korang dah boleh tahu nama produk tersebut.


Pengasas produk ini adalah Bonda Rozita...dan kini diuruskan oleh anaknya...iaitu kak yatie. Produk nii adalah jenama Sendayu Tinggi. Hari ni aku nak citer pasal Whitening Pearl Cream dengan SPF 15...





Fungsi :
  • Krim muka dari mutiara untuk kegunaan harian dengan tekstur lembut dan mudah diratakan
  • Formulasi dari ekstrak mutiara membantu mencerah dan memutihkan secara semula jadi jika digunakan konsisten
  • Mengandungi SPF 15 untuk melindungi wajah selama 4 jam dari sinaran UV
  • Membantu memudarkan parut jerawat dan jeragat
  • Aplikasi pertama menampakkan wajah cerah natural dan berseri walaupun tidak mengenakan bedak asas
  • Bebas paraben
 



Whitening Pearl Cream nii dari ekstrak mutiara yang membantu mencerah dan memutihkan secara natural. Mengandungi SPF 15 yang membantu memudarkan kulit berparut dan berjeragat.


Aku tertarik untuk mencubanya bila kak yatie membuat demo di YouTube. Kebetulan pulak krim foundation aku dah nak habis. Raya pulak nak dekat...kulit muka aku sekarang nii tengah ada kesan terbakar. Ramai testimoni yang memberikan feedback bagus tentang produk nii. Walaupun produknya merupakan krim memutih tetapi ia tidak akan memberikan kesan memutih dengan serta merta tau.


Krim nii korang boleh dipakai waktu siang dan juga malam tetapi aku menggunakannya pada waktu siang hari jer sebab malam aku pakai krim lain. Aku apply dan tepek-tepek guna jari jer...xde nak pakai-pakai span. Dah 3 hari aku guna krim nii...memang ia berikan kesan yang lembab pada kulit aku dan warna kulit pun nampak sekata. Krimnya jugak tidak melekit.....baunya jugak harum. Aku sukakan botolnya yang sangat kecil dan comel tuu sebab mudah jer dibawa ke mana-mana...senang nak bawa gi outstation. Krim nii memang sesuai dengan kulit aku dan ramai kengkawan aku yang kata kulit aku semakin cerah dan glowing. Aku akan terus menggunanya...

Sekian.