Friday, 26 April 2019

Royal V JRM...Sedap Dan Bagus Untuk Kesihatan Wanita

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Hai…korang semua sihat ke hari nii? Hari ni aku nak story mory tentang satu produk yang aku dah try dan aku suka. Jenama nii dah lama dipasaran...cuma start tahun lepas aku mula memberi lebih perhatian terhadap produk nii.

Ni merupakan botol yang ke 3 buat aku. Ia merupakan produk herba untuk kesihatan dalaman wanita yang dijadikan jus minuman...rasanya memang sedap macam rasa  jus manggis. Nama produk nii ialah Royal V dari Jamu Ratu Malaya. 


Minuman kesihatan khusus untuk wanita dari Kunyit Hitam, jus manggis dan buah delima serta diperkaya dengan royal jellyMembantu meningkatkan kekuatan daya tahan melawan penyakit dan sangat bagus untuk kesihatan wanita. Korang hanya minum 2 sudu teh jer sehari...sekali siang dan sekali malam.



Adunan lengkap 23 jenis herba khusus untuk merangsang hormon wanita, meninggikan sistem ketahanan tubuh melawan penyakit dan memanjangkan hayat kemudaan diri wanita secara mendalam. Kesemua bahan-bahan herba ini ditimbang mengikut sukatan dan dibersihkan. Lalu dimasukkan ke dalam bekas stainless steel dan direndam bersama air zam-zam dengan suhu kepanasan 1000C selama 3 hari. 


Kesannya, ia sangat cepat menyerap kedalam tubuh kerana Royal V adalah dari sumber padat yang diambil dari patinya sahaja. Hasilnya dapat dirasai selepas 3 hari dan jika diamalkan secara berterusan mampu mengembalikan kecantikan, kesuburan dan kesihatan seperti wanita muda.


Kunyit ini sangat popular digunakan sebagai ubat tradisional herba. Khususnya dinegara asalnya iaitu India. Sering digunakan untuk merawat demam, batuk, selsema, pneumonia, asma dan lain-lain. Dalam kunyit hitam ni ada zat-zat kimia anti-kanser dan anti-bakteria yang lebih banyak dibandingkan dengan kunyit putih dan kunyit kuning.

Sejak dulu kunyit hitam diakui dapat bekerja dengan baik dalam membasmi sel-sel kanser.




Aku rasa lebih bertenaga bila minum jus Royal V nii. Royal V nii kebaikannya untuk bahagian V wanita. Aku minum satu sudu jer sehari sebab kalau aku minum dua sudu...bahagian V aku menjadi kering. Tetapi kesannya sangat berbeza untuk setiap individu yea kerana kengkawan aku semuanya dapat kesan yang berbeza. Oh yaa produk ini lebih sesuai untuk wanita yang dah berkahwin jer yea..



Sebenarnya dah banyak jugak produk macam nii yang aku cuba tapi yang nii aku lebih suka kerana rasanya lebih kepada manis buah-buahan tidak seperti produk lain yang aku pernah cuba yang lebih kepada rasa manis gula. Untuk pengetahuan korang semua... kalau korang nak beli produk nii...pastikan korang beli kat stokis yang sah yea...kerana dah terdapat produk yang tiruan. Kalau produk yang asli..jusnya lebih pekat dan warnanya juga terang seperti warna kulit manggis. Tetapi kalau yang tiruan punya...jusnya lebih cair dan warnanya seperti air sirap. So hati-hati yea..kena ia boleh memberikan kesan yang buruk kepada kesihatan korang.



Aku suggestkan sapa yang ada masalah mungkin boleh cuba produk nii sebab husband korang pun boleh rasa akan keberkesanannya...hari-hari macam anak dara...haaa...haaa...haaa. Harga sebotol RM 60. Royal V ini akan bertahan untuk setengah bulan, kalau korang ambik 2 sudu sehari tetapi kalau korang ambik satu sudu sehari...ia boleh bertahan hingga satu bulan. Lebih bagus untuk minum Royal V nii dua sudu sehari...iaitu sekali di waktu pagi dan sekali di waktu malam. Selamat mencuba....

Sekian. 

**jangan lupa follow blog aku nii yea

4 comments:

  1. Orang yg ada diabetes boleh ke ambil royal v

    ReplyDelete
  2. Setahu saya tiada masalah bg org yg ada diabetes utk minum produk nii.. Sb ianya beras akan rasa buah. Utk lebih lanjut.. Bole rujuk dengan fb jamu ratu malaya bonda rozita

    ReplyDelete
  3. Kalau org yg mengamalkan perancang sesuai ke utk mkn royal v...ada mengganggu perancang tak

    ReplyDelete
  4. Boleh amalkan x ada masalah..boleh pm saya untuk keterangan lebih lanjut 0162865067

    ReplyDelete