Thursday, 18 April 2019

Kuih Chang...Sangat Enak Dimakan Tetapi Rumit Dibuat

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,


Hai.. hari nii aku nak citer tentang satu jenis kuih yang sangat menarik minat aku. Bagi aku kuih ni sangat special sebab ianya merupakan kuih tradisional masyarakat Cina Hokkian dan juga Baba Nyonya tapi kini ada juga kaum Melayu yang sudah pandai membuat kuih nii. Namanya Kuih Chang. 

Kuih Chang bagi masyarakat Baba Nyonya pulutnya diwarnakan dengan warna biru menggunakan bunga Telang untuk menampakkannya lebih menarik. Manakala bagi masyarakat Hokkian pula tidak menggunakan sebarang warna.



Kuih ini sangat rumit untuk membuatnya...kuih-kuih tradisional memang rumit membuatnya kan...dan ada yang hampir pupus. Rumitnya membuat kuih ini adalah dari segi teknik membungkus dan mengikat...sekiranya salah teknik mengikat, kuih ini akan menjadi berair bila direbus.


Mesti korang nak tahu rasa dan keenakkan kuih Chang nii kan.. Di dalam kuih Chang ini ada inti...samada menggunakan daging mahu pun ayam....ikut kepada selera masing-masing. Daging atau ayam nii dimasak ala-ala rendang, kemudian ada diisikan juga dengan gajus, cendawan, dan telur asin yang kuning sahaja. Pulut tersebut tidak dimasak (mentah) dan dimasukkan ke dalam kelongsong daun buluh sebelum diletakkan inti. 


Daun buluh pula bukan sebarangan daun buluh. Daun buluh yang digunakan tidak terdapat di Malaysia tetapi dibeli dari Negara China kerana daun buluh dari Negara China ini lebih lebar dan mengeluarkan bau yang lebih harum apabila direbus. Merebus kuih Chang ini pula memakan masa hampir 2 jam menggunakan air yang diisi dengan lima jenis rempah ratus. Ok jom kita tengok resepi kuih Chang nii pulak...


Kueh chang @ kou chong @ changvne @ Nyonya Dumplings diperbuat daripada beras pulut yang digoreng dengan rempah ratus kemudian diisi dengan inti yang ada daging, buah gajus, cendawan dan telur asin kemudian dibalut dengan daun buluh yang telah direbus dan kemudian direndam selama 12 jam. 


Cara Membuat:
Pulut
Bawang putih ditumbuk. Panaskan minyak masak dan tumis bawang putih hingga naik baunya. Masukkan beras dan gaul rata. Masukkan kicap pekat, kicap cair, five spice, gula, garam dan serbuk lada hitam. Masak hingga semua bahan-bahan meresep pada beras pulut. Ketepikan. 


Daging Palembang

Panaskan minyak masak dan tumis bawang putih dan bawang merah hingga wangi. Masukkan daging Palembang dan kacau hingga rata. Masukkan kicap pekat, kicap cair, garam, gula, lada hitam dan five spice. Gaul hingga mesra. Masak sehingga air daging kering. Ketepikan.


Buah Gajus
Diketepikan dalam satu bekas

Telur Masin
Telur masin ambil bahagian kuning sahaja. Potong dua dengan menggunakan gunting. Ketepikan dalam satu bekas.


Cendawan

Rendam hingga kembang dan belah dua atau jika besar boleh belah.


Daun Buluh

Lap sehingga kering



Cara Menyediakan Kuih Chang:
Bawang putih ditumbuk.
Panaskan minyak masak dan tumis bawang putih hingga naik baunya.
Masukkan beras dan gaul rata.Masukkan kicap pekat, kicap cair, five spice, gula, garam dan serbuk lada hitam. Masak hingga semua baha-bahan meresep pada beras pulut. Ketepikan.



Ayam/Daging: Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bahan-bahan dan tumis sampai nampak perang sikit. Masukkan daging, cendawan dan buah belangan, dan juga bahan-bahan untuk daging yg lain kecuali air. Goreng sampai dah jadi kering baru tambah air dan masak lagi untuk 15 minit. Padam api dan tapiskan airnya. 


Macamana...terliur tak tengok resepi kuih Chang nii..?? Memang sedap!! Rasanya ala-ala ketupat sikit laa...tapi still berbeza. Korang kena try dulu baru tahu. Harga untuk sebiji kuih Chang sebesar satu genggaman orang dewasa lebih kurang RM 10. Sangat-sangat berbaloi. Makan sebiji jer dah kenyang hingga ke petang. jangan lupa try tau kalau korang jumpa..

Sekian.

No comments:

Post a comment