Monday, 10 December 2018

Kuih Buah Melaka Sangat Mudah Dibuat

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,


Hai...hari nii aku nak citer tentang kuih kegemaran aku. Sedap dan sangat senang untuk dibuat. Pertama kali aku cuba membuatnya pun dah menjadi. Dinamakan buah Melaka kerana ianya berbentuk seperti buah Melaka...aku rasa laa..hik3x. Selain itu ia juga dikenali dengan nama kuih Onde-onde.


Kuih buah melaka juga turut dikenali sebagai ondeh-ondeh. Kuih ini amat mudah untuk dibuat, dimana menggunakan tepung pulut yang diuli dengan campuran air daun pandan. Setelah itu ianya dibuat bebola dan dimasukkan gula melaka yang telah dipotong kiub sebagai inti. 

  
Kemudian ianya akan direbus hingga masak didalam air yang mendidih. Untuk mengetahui samada kuih ini telah masak ataupun tidak, adalah ianya akan timbul apabila telah masak.


Cara Membuat:
Campurkan air daun pandan bersama tepung pulut dan uli sehingga sebati. Ambil secubit adunan tepung tadi dan leperkan. Letakkan satu kuib gula melaka dan bulatkan seperti bola. 



Didihkan air dalam periuk. Masukkan bebola tadi ke dalam periuk satu persatu. Biarkan hingga tepung terapung dan angkat. Golekkan bebola tadi ke atas kelapa parut yang dicampurkan sedikit garam. Hidangkan, sesuai untuk minum petang.


Aku suka membuatnya dalam saiz yang kecil dan mudah dimakan. Kalau saiz yang besar agak mencabar jugak nak makannya kerana air gula Melaka boleh memancut keluar apabila korang menggigit kuih buah melaka ini. kalau mood rajin aku datang aku akan buat dalam beberapa jenis warna tetapi dalam kuantiti yang kecil. Selamat mencuba yea...

 Sekian. 

No comments:

Post a comment