Thursday, 11 April 2019

Kuih Angku Dimakan Semasa Sambutan Hari Jadi Warga Emas

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera


Hai korang semua...lama gak aku tak menulis nii...sori la kengkawan yea. Bizi sikit dengan kerja hakiki. Hari nii aku nak cerita tentang Kuih Angku. Kuih nii ada banyak nama sebenarnya...ada juga yang mengenalinya dengan nama kuih ku, kuih angkoo, red tortoise cake dan pelbagai nama lagi laa. Kalau masyarakat Melayu...ia dikenali dengan nama kuih peria. 


Kuih Angku dikatakan mula dibuat beberapa abad yang lalu di Fujian atau wilayah Selatan China. Orang Cina secara ritualnya menggunakan kura-kura hidup sebagai kuih bulan. Namun, kura-kura sukar ditemui menyebabkan mereka menggantikan dengan kura-kura yang diperbuat daripada tepung pulut untuk ritual tersebut. 


Kura-kura ini diwarnakan dengan warna merah sebagai simbol tuah. Bentuk kura-kura ini yang menyerupai kura-kura menyebabkan ia diberi nama Kuih Kura-kura Merah atau Kuih Angku. Kura-kura diketahui mempunyai umur yang panjang menyebabkan kuih ini juga dibuat untuk sebarang keraian sebagai tanda dan harapan panjang umur. 




Oleh itu, pembuatan kuih Ang Ku khususnya semasa menyambut baby full month dan sambutan hari jadi warga emas.


Cara membuat:      
Rendam kacang hijau selama 4 jam, toskan dan dikukus selama 30 minit hingga empuk kemudian dikisar hingga halus. Goreng kacang tanpa minyak hingga berbau wangi. Masukkan gula, kacau sebati dan ketepikan.


Campurkan tepung pulut dengan pewarna merah, garam dan minyak masak. Masukkan air ke dalam adunan tadi sedikit demi sedikit sehingga adunan lembut tetapi tidak melekit di tangan. 


Bahagikan adunan kepada 15 bahagian dan bulatkan. Leperkan bulatan adunan dan isikan dengan kacang tumbuk tadi. Bulatkan, kemudian masuk ke dalam acuan kuih angku tekan dengan kuat supaya corak jelas dan timbul. 


Keluarkan dari acuan alas dengan daun pisang. Daun pisang terlebih dahulu dicuci dan disalai serta dipotong empat segi saiz 7x7cm. Sapukan sedikit minyak pada adunan tersebut sebelum meletakkannya. Kukus selama 10-15 minit dan hidang panas-panas. Memang sedap dimakan panas-panas. Makan sekali nak dua kali. 


Kalau korang rajin bolehlah membuatnya sendiri. Yang malas tu pulak....beli jer kat kedai. 


Sekian.

1 comment: