Tuesday, 2 April 2019

Festival Kraf Melaka 2019...Seronok Dan Menarik

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Hai korang... Apa khabar semuanya hari nii? Hari nii aku nak bercerita tentang Festival Kraf Melaka 2019 yang baru sahaja selesai. Aku memang selalu teruja kalau ada program yang berkaitan dengan produk kraftangan. Giler dibuatnya. Rasa nak beli jer semuanya. Cantik-cantik belaka.


Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia mengadakan Festival Kraf Melaka 2019 jam 10:00 pagi hingga 10:00 malam di Dataran Menara Taming Sari, Banda Hilir Melaka pada 27 hingga 31 Mac 2019.




Majlis Perasmian festival ini akan diadakan pada 27 Mac 2017 (Rabu) jam 3 petang dan dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Mohamaddin bin Ketapi, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia.


Objektif ;  
a)  Memberi peluang kepada usahawan kraf dalam mempromosi dan memasarkan produk kraf secara terus kepada pengguna;
b)   Mempeluaskan pasaran kraf kepada pelancong dari dalam dan luar Negara yang berkunjung ke negeri Melaka terutama sempena Tahun Melawat Melaka (TMM) 2019;

c)  Menanam minat pengguna terhadap produk kraf tempatan serta menggalakkan pemakaian produk kraf tempatan sebagai satu gaya hidup


Pengisian program terdiri daripada;
a)    Jualan Kraf
b)    Demonstrasi Kraf
c)    Pendidikan dan Interaktif Kraf
d)    Persembahan Kesenian
e)    Demonstrasi dan Jualan Makanan Tradisional
f)     Pameran
g)    Pertandingan


Jabatan Warisan Negara Zon Selatan diberi peranan untuk menyelaras aktiviti dan jualan makanan Tradisional Melaka bersama pengusaha kraf iaitu;
            i.        Kuih Chang
           ii.        Biskut Kelapa
          iii.        Kuih Ku
         iv.        Kuih Serabai
          v.        Kuih Cara Berlauk
         vi.        Kuih Onde-onde


Festival Kraf yang berlangsung 5 hari nii memang best. Aku jugak tidak melepaskan peluang untuk mencuba beberapa aktiviti yang disediakan antaranya mewarna tabung duit dan juga mewarna batik. Selain itu aku juga mencuba henna ditangan.


Kraftangan menjemput 64 pengusaha kraf untuk mengadakan jualan sempena festival ini. Paling best ada demonstrasi dan jualan makanan tradisional. Kuih muih yang aku tak pernah rasa dapat la aku try di sini...antara yang menarik perhatian aku adalah kuih Chang dan juga kuih Angku. Kuih nii adalah kuih masyarakat Cina tetapi kaum Melayu juga sudah pandai membuat kuih ni. Rasanya memang sangat enak.


Aku harap Kemajuan Kraftangan Malaysia dapat mengadakan program seperti ini sebagai acara tahunan mereka. Oh ya...aku juga berjaya menjawab soalan yang disediakan dan memenangi sehelai shawl batik. Festival ini memberi kenangan dan pengalaman yang indah bagi aku untuk tahun ini.

Sekian.

No comments:

Post a comment