Friday, 26 April 2019

Royal V JRM...Sedap Dan Bagus Untuk Kesihatan Wanita

Assalammualaikum dan salam sejahtera,

Hai…korang semua sihat ke hari nii? Hari ni aku nak story mory tentang satu produk yang aku dah try dan aku suka. Jenama nii dah lama dipasaran...cuma start tahun lepas aku mula memberi lebih perhatian terhadap produk nii.

Ni merupakan botol yang ke 3 buat aku. Ia merupakan produk herba untuk kesihatan dalaman wanita yang dijadikan jus minuman...rasanya memang sedap macam rasa  jus manggis. Nama produk nii ialah Royal V dari Jamu Ratu Malaya. 


Minuman kesihatan khusus untuk wanita dari Kunyit Hitam, jus manggis dan buah delima serta diperkaya dengan royal jellyMembantu meningkatkan kekuatan daya tahan melawan penyakit dan sangat bagus untuk kesihatan wanita. Korang hanya minum 2 sudu teh jer sehari...sekali siang dan sekali malam.



Adunan lengkap 23 jenis herba khusus untuk merangsang hormon wanita, meninggikan sistem ketahanan tubuh melawan penyakit dan memanjangkan hayat kemudaan diri wanita secara mendalam. Kesemua bahan-bahan herba ini ditimbang mengikut sukatan dan dibersihkan. Lalu dimasukkan ke dalam bekas stainless steel dan direndam bersama air zam-zam dengan suhu kepanasan 1000C selama 3 hari. 


Kesannya, ia sangat cepat menyerap kedalam tubuh kerana Royal V adalah dari sumber padat yang diambil dari patinya sahaja. Hasilnya dapat dirasai selepas 3 hari dan jika diamalkan secara berterusan mampu mengembalikan kecantikan, kesuburan dan kesihatan seperti wanita muda.


Kunyit ini sangat popular digunakan sebagai ubat tradisional herba. Khususnya dinegara asalnya iaitu India. Sering digunakan untuk merawat demam, batuk, selsema, pneumonia, asma dan lain-lain. Dalam kunyit hitam ni ada zat-zat kimia anti-kanser dan anti-bakteria yang lebih banyak dibandingkan dengan kunyit putih dan kunyit kuning.

Sejak dulu kunyit hitam diakui dapat bekerja dengan baik dalam membasmi sel-sel kanser.




Aku rasa lebih bertenaga bila minum jus Royal V nii. Royal V nii kebaikannya untuk bahagian V wanita. Aku minum satu sudu jer sehari sebab kalau aku minum dua sudu...bahagian V aku menjadi kering. Tetapi kesannya sangat berbeza untuk setiap individu yea kerana kengkawan aku semuanya dapat kesan yang berbeza. Oh yaa produk ini lebih sesuai untuk wanita yang dah berkahwin jer yea..



Sebenarnya dah banyak jugak produk macam nii yang aku cuba tapi yang nii aku lebih suka kerana rasanya lebih kepada manis buah-buahan tidak seperti produk lain yang aku pernah cuba yang lebih kepada rasa manis gula. Untuk pengetahuan korang semua... kalau korang nak beli produk nii...pastikan korang beli kat stokis yang sah yea...kerana dah terdapat produk yang tiruan. Kalau produk yang asli..jusnya lebih pekat dan warnanya juga terang seperti warna kulit manggis. Tetapi kalau yang tiruan punya...jusnya lebih cair dan warnanya seperti air sirap. So hati-hati yea..kena ia boleh memberikan kesan yang buruk kepada kesihatan korang.



Aku suggestkan sapa yang ada masalah mungkin boleh cuba produk nii sebab husband korang pun boleh rasa akan keberkesanannya...hari-hari macam anak dara...haaa...haaa...haaa. Harga sebotol RM 60. Royal V ini akan bertahan untuk setengah bulan, kalau korang ambik 2 sudu sehari tetapi kalau korang ambik satu sudu sehari...ia boleh bertahan hingga satu bulan. Lebih bagus untuk minum Royal V nii dua sudu sehari...iaitu sekali di waktu pagi dan sekali di waktu malam. Selamat mencuba....

Sekian. 

**jangan lupa follow blog aku nii yea

Thursday, 18 April 2019

Kuih Chang...Sangat Enak Dimakan Tetapi Rumit Dibuat

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,


Hai.. hari nii aku nak citer tentang satu jenis kuih yang sangat menarik minat aku. Bagi aku kuih ni sangat special sebab ianya merupakan kuih tradisional masyarakat Cina Hokkian dan juga Baba Nyonya tapi kini ada juga kaum Melayu yang sudah pandai membuat kuih nii. Namanya Kuih Chang. 

Kuih Chang bagi masyarakat Baba Nyonya pulutnya diwarnakan dengan warna biru menggunakan bunga Telang untuk menampakkannya lebih menarik. Manakala bagi masyarakat Hokkian pula tidak menggunakan sebarang warna.



Kuih ini sangat rumit untuk membuatnya...kuih-kuih tradisional memang rumit membuatnya kan...dan ada yang hampir pupus. Rumitnya membuat kuih ini adalah dari segi teknik membungkus dan mengikat...sekiranya salah teknik mengikat, kuih ini akan menjadi berair bila direbus.


Mesti korang nak tahu rasa dan keenakkan kuih Chang nii kan.. Di dalam kuih Chang ini ada inti...samada menggunakan daging mahu pun ayam....ikut kepada selera masing-masing. Daging atau ayam nii dimasak ala-ala rendang, kemudian ada diisikan juga dengan gajus, cendawan, dan telur asin yang kuning sahaja. Pulut tersebut tidak dimasak (mentah) dan dimasukkan ke dalam kelongsong daun buluh sebelum diletakkan inti. 


Daun buluh pula bukan sebarangan daun buluh. Daun buluh yang digunakan tidak terdapat di Malaysia tetapi dibeli dari Negara China kerana daun buluh dari Negara China ini lebih lebar dan mengeluarkan bau yang lebih harum apabila direbus. Merebus kuih Chang ini pula memakan masa hampir 2 jam menggunakan air yang diisi dengan lima jenis rempah ratus. Ok jom kita tengok resepi kuih Chang nii pulak...


Kueh chang @ kou chong @ changvne @ Nyonya Dumplings diperbuat daripada beras pulut yang digoreng dengan rempah ratus kemudian diisi dengan inti yang ada daging, buah gajus, cendawan dan telur asin kemudian dibalut dengan daun buluh yang telah direbus dan kemudian direndam selama 12 jam. 


Cara Membuat:
Pulut
Bawang putih ditumbuk. Panaskan minyak masak dan tumis bawang putih hingga naik baunya. Masukkan beras dan gaul rata. Masukkan kicap pekat, kicap cair, five spice, gula, garam dan serbuk lada hitam. Masak hingga semua bahan-bahan meresep pada beras pulut. Ketepikan. 


Daging Palembang

Panaskan minyak masak dan tumis bawang putih dan bawang merah hingga wangi. Masukkan daging Palembang dan kacau hingga rata. Masukkan kicap pekat, kicap cair, garam, gula, lada hitam dan five spice. Gaul hingga mesra. Masak sehingga air daging kering. Ketepikan.


Buah Gajus
Diketepikan dalam satu bekas

Telur Masin
Telur masin ambil bahagian kuning sahaja. Potong dua dengan menggunakan gunting. Ketepikan dalam satu bekas.


Cendawan

Rendam hingga kembang dan belah dua atau jika besar boleh belah.


Daun Buluh

Lap sehingga kering



Cara Menyediakan Kuih Chang:
Bawang putih ditumbuk.
Panaskan minyak masak dan tumis bawang putih hingga naik baunya.
Masukkan beras dan gaul rata.Masukkan kicap pekat, kicap cair, five spice, gula, garam dan serbuk lada hitam. Masak hingga semua baha-bahan meresep pada beras pulut. Ketepikan.



Ayam/Daging: Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bahan-bahan dan tumis sampai nampak perang sikit. Masukkan daging, cendawan dan buah belangan, dan juga bahan-bahan untuk daging yg lain kecuali air. Goreng sampai dah jadi kering baru tambah air dan masak lagi untuk 15 minit. Padam api dan tapiskan airnya. 


Macamana...terliur tak tengok resepi kuih Chang nii..?? Memang sedap!! Rasanya ala-ala ketupat sikit laa...tapi still berbeza. Korang kena try dulu baru tahu. Harga untuk sebiji kuih Chang sebesar satu genggaman orang dewasa lebih kurang RM 10. Sangat-sangat berbaloi. Makan sebiji jer dah kenyang hingga ke petang. jangan lupa try tau kalau korang jumpa..

Sekian.

Thursday, 11 April 2019

Kuih Angku Dimakan Semasa Sambutan Hari Jadi Warga Emas

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera


Hai korang semua...lama gak aku tak menulis nii...sori la kengkawan yea. Bizi sikit dengan kerja hakiki. Hari nii aku nak cerita tentang Kuih Angku. Kuih nii ada banyak nama sebenarnya...ada juga yang mengenalinya dengan nama kuih ku, kuih angkoo, red tortoise cake dan pelbagai nama lagi laa. Kalau masyarakat Melayu...ia dikenali dengan nama kuih peria. 


Kuih Angku dikatakan mula dibuat beberapa abad yang lalu di Fujian atau wilayah Selatan China. Orang Cina secara ritualnya menggunakan kura-kura hidup sebagai kuih bulan. Namun, kura-kura sukar ditemui menyebabkan mereka menggantikan dengan kura-kura yang diperbuat daripada tepung pulut untuk ritual tersebut. 


Kura-kura ini diwarnakan dengan warna merah sebagai simbol tuah. Bentuk kura-kura ini yang menyerupai kura-kura menyebabkan ia diberi nama Kuih Kura-kura Merah atau Kuih Angku. Kura-kura diketahui mempunyai umur yang panjang menyebabkan kuih ini juga dibuat untuk sebarang keraian sebagai tanda dan harapan panjang umur. 




Oleh itu, pembuatan kuih Ang Ku khususnya semasa menyambut baby full month dan sambutan hari jadi warga emas.


Cara membuat:      
Rendam kacang hijau selama 4 jam, toskan dan dikukus selama 30 minit hingga empuk kemudian dikisar hingga halus. Goreng kacang tanpa minyak hingga berbau wangi. Masukkan gula, kacau sebati dan ketepikan.


Campurkan tepung pulut dengan pewarna merah, garam dan minyak masak. Masukkan air ke dalam adunan tadi sedikit demi sedikit sehingga adunan lembut tetapi tidak melekit di tangan. 


Bahagikan adunan kepada 15 bahagian dan bulatkan. Leperkan bulatan adunan dan isikan dengan kacang tumbuk tadi. Bulatkan, kemudian masuk ke dalam acuan kuih angku tekan dengan kuat supaya corak jelas dan timbul. 


Keluarkan dari acuan alas dengan daun pisang. Daun pisang terlebih dahulu dicuci dan disalai serta dipotong empat segi saiz 7x7cm. Sapukan sedikit minyak pada adunan tersebut sebelum meletakkannya. Kukus selama 10-15 minit dan hidang panas-panas. Memang sedap dimakan panas-panas. Makan sekali nak dua kali. 


Kalau korang rajin bolehlah membuatnya sendiri. Yang malas tu pulak....beli jer kat kedai. 


Sekian.

Tuesday, 2 April 2019

Festival Kraf Melaka 2019...Seronok Dan Menarik

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Hai korang... Apa khabar semuanya hari nii? Hari nii aku nak bercerita tentang Festival Kraf Melaka 2019 yang baru sahaja selesai. Aku memang selalu teruja kalau ada program yang berkaitan dengan produk kraftangan. Giler dibuatnya. Rasa nak beli jer semuanya. Cantik-cantik belaka.


Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia mengadakan Festival Kraf Melaka 2019 jam 10:00 pagi hingga 10:00 malam di Dataran Menara Taming Sari, Banda Hilir Melaka pada 27 hingga 31 Mac 2019.




Majlis Perasmian festival ini akan diadakan pada 27 Mac 2017 (Rabu) jam 3 petang dan dirasmikan oleh Yang Berhormat Datuk Mohamaddin bin Ketapi, Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia.


Objektif ;  
a)  Memberi peluang kepada usahawan kraf dalam mempromosi dan memasarkan produk kraf secara terus kepada pengguna;
b)   Mempeluaskan pasaran kraf kepada pelancong dari dalam dan luar Negara yang berkunjung ke negeri Melaka terutama sempena Tahun Melawat Melaka (TMM) 2019;

c)  Menanam minat pengguna terhadap produk kraf tempatan serta menggalakkan pemakaian produk kraf tempatan sebagai satu gaya hidup


Pengisian program terdiri daripada;
a)    Jualan Kraf
b)    Demonstrasi Kraf
c)    Pendidikan dan Interaktif Kraf
d)    Persembahan Kesenian
e)    Demonstrasi dan Jualan Makanan Tradisional
f)     Pameran
g)    Pertandingan


Jabatan Warisan Negara Zon Selatan diberi peranan untuk menyelaras aktiviti dan jualan makanan Tradisional Melaka bersama pengusaha kraf iaitu;
            i.        Kuih Chang
           ii.        Biskut Kelapa
          iii.        Kuih Ku
         iv.        Kuih Serabai
          v.        Kuih Cara Berlauk
         vi.        Kuih Onde-onde


Festival Kraf yang berlangsung 5 hari nii memang best. Aku jugak tidak melepaskan peluang untuk mencuba beberapa aktiviti yang disediakan antaranya mewarna tabung duit dan juga mewarna batik. Selain itu aku juga mencuba henna ditangan.


Kraftangan menjemput 64 pengusaha kraf untuk mengadakan jualan sempena festival ini. Paling best ada demonstrasi dan jualan makanan tradisional. Kuih muih yang aku tak pernah rasa dapat la aku try di sini...antara yang menarik perhatian aku adalah kuih Chang dan juga kuih Angku. Kuih nii adalah kuih masyarakat Cina tetapi kaum Melayu juga sudah pandai membuat kuih ni. Rasanya memang sangat enak.


Aku harap Kemajuan Kraftangan Malaysia dapat mengadakan program seperti ini sebagai acara tahunan mereka. Oh ya...aku juga berjaya menjawab soalan yang disediakan dan memenangi sehelai shawl batik. Festival ini memberi kenangan dan pengalaman yang indah bagi aku untuk tahun ini.

Sekian.