Monday, 11 March 2019

Matte BB Cushion Sendayu Tinggi...Sesuai Untuk Semua Jenis Kulit

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,


Hai korang apa khabar hari nii...Alhamdulillah, sihat-sihat jer laa hendaknya yea. Bagi yang kurang sihat tuu jangan lupa gi berjumpa dengan doktor dan makan ubat. Hari nii aku nak story pasal BB Cushion. Aku pun baru jer mengenali BB Cushion nii...itu pun kawan aku yang kenalkan. Apa benda laa BB Cushion nii... 

Aku rasa susah sangat nak cari bedak compact yang sesuai dengan warna kulit muka aku. Jadi kawan aku suggestkan supaya aku guna BB Cushion. Katanya aku tak perlu bersusah payah pakai krim dan foundation... BB Cushion nii boleh cover semuanya. Memandangkan aku nii bukan laa jenis kaki mekap dan aku sukakan natural beauty...so aku pun setuju la dengan cadangan kawan aku nii. Aku pun survei-survei la mencari... aku nii kalau bab membeli akan cari produk yang dah terbukti bertahan lama dipasaran.... so aku pun pilih produk dari jenama Sendayu Tinggi setelah aku buat study sikit.... Matee BB Cushion Oil Control dengan SPF 50 PA.



Fungsi Matte BB Cushion Sendayu Tinggi nii...
Bedak bertekstur cecair dengan formula kawalan minyak yang mampu menyembunyikan cela, pori besar dan parut jerawat dengan berkesan melalui sapuan lembut pada kulit
  • Lengkap dengan pelindung UV dengan SPF 50 PA+++ untuk menghalang sinaran matahari.
  • Kini Matte BB cushion diperbaharui dengan formula baharu iaitu Minyak Jojoba yang kaya dengan Vitamin E, Zink, Iodine dan pelbagai kebaikan antioksida untuk kebaikan kulit. 


  • Bukan hanya melembap, Minyak Jojoba turut memiliki fungsi anti-bakteria dan keupayaan meningkatkan imunisasi dengan membantu proses penyembuhan luka. 
  • Iodine dalam minyak jojoba melindungi kulit dari bakteria, Vitamin E & B-Complex membantu meningkatkan imuniti kulit untuk penyembuhan yang lebih pantas. 
  • Minyak Jojoba memiliki struktur yang berbeza dengan minyak lain menjadikan ia biocompatile dan mudah menyerap ke dalam lapisan kulit. Ia bertindak sebagai humectant yang menarik air dari sekeliling masuk ke dalam kulit dan menguncinya untuk kelembapan yang lebih lama.


  • Dicipta untuk mereka yang memiliki kulit jenis kombinasi, berminyak dan normal, formula Minyak Jojoba tidak akan menyumbat pori dan menyebabkan breakouts. Ini kerana ia menyerap masuk ke dalam kulit dan tidak ‘sit’ atas lapisan kulit.
  • Jojoba Oil juga memiliki fungsi perlindungan matahari seperti minyak semulajadi tumbuhan lain. Ia mempunyak Sun Protection Factor (SPF) 4, yang sangat berkesan jika digabungkan bersama bahan SPF yang lain. Kajian di barat juga menyatakan, Jojoba Oil berupaya memperlahankan kesan pendedahan UV terhadap perpecahan matrix kolagen kulit yang menyebabkan penuaan pantas. 


  • Matte BB Cushion ini diinovasikan dengan span 3D bagi memerangkap bedak cecair supaya setiap sapuan melekap sempurna pada kulit.
  • Kemasannya yang matte, licin dan sekata tidak akan menyebabkan kesan bercapuk.
  • Sapuannya tahan lama dan bersifat kalis air sekaligus menghalang mekap comot bagi      kulit yang mudah berpeluh atau berminyak.
  • Tidak mengandungi paraben.


Matte BB Cushion nii ada 4 warna...jadi korang bolehlah pilih warna mana yang sesuai untuk kulit korang. Aku pilih yang no 04 iaitu Mohagany...tetapi aku rasa macam gelap pulak kat kulit muka aku...may be aku kena beli yang no 3 kot. 04 nii sesuai untuk kulit muka yang sawo matang. Aku beli secara online sebab tu aku tak boleh nak test dulu kat kulit aku.

Ini merupakan BB Cushion yang ke 2 aku dah pakai...yang kali pertama dulu dari jenama The Face Shop...memang terbaik dan sesuai dengan warna kulit aku...nampak glowing ala-ala artis Korea...hik3x


Kali nii aku tertarik pulak nak cuba jenama Sendayu Tinggi apabila aku melihat review tentangnya di YouTube. Ada testimoni mengatakan...Matte BB Cushion ini antara produk yang terbaik untuk jenama Sendayu Tinggi. Harga Matte BB Cushion ini ialah RM 52.00.

Aku dah cuba menggunakannya untuk hari yang ke 4....so pada pandangan aku Matte BB Cushion ini ok...kulit muka aku nampak macam basah-basah dan terlalu glowing. Aku tak dapat nak bagi komen lebih-lebih sebab kulit aku tengah bermasalah sekarang nii akibat kesan sunburn. Teksturnya pula ringan dan tak terasa pun memakainyaPackagingnya pun cantik hitam gold. Yang penting ia kekal dimuka hingga ke petang...jadi korang tak perlu nak touch up banyak kali.

Sekian.

No comments:

Post a comment