Thursday, 14 March 2019

Kuih Cara Berlauk Menu Untuk Minum Petang

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera, 

Harapan aku semoga korang semua berada dalam keadaan yang sihat walafiat. Sedapnya kalau petang-petang macam nii dapat makan kuih tradisional kan...kan..kan.. Jom kita try resepi Kuih Cara Berlauk nii... Kuih cara merupakan kuih tradisional bagi masyarakat Melayu. 


Terdapat dua jenis kuih cara iaitu Kuih Cara Manis dan juga Kuih Cara Berlauk. Beza di antara kuih cara manis dan juga kuih cara berlauk adalah melalui intinya. Di mana kuih cara manis menggunakan gula pasir yang dimasukkan ke dalam adunan ketika dimasak sebagai inti.


Manakala kuih cara berlauk pula menggunakan inti yang telah siap dimasak diletakkan ditengah-tengah kuih. Kuih cara menggunakan acuan yang sama untuk membuat kuih bahulu.


Cara membuat:     
Masukkan tepung gandum, santan, telur, air daun pandan dan garam ke dalam bekas. Untuk inti, panaskan minyak. Masukkan serbuk kari yang di campur sedikit air masak sehingga naik minyak. 


Kemudian, masukkan daging dan masak seketika. Selepas itu masukkan bawang, lada dan garam. Akhir sekali, masukkan daun bawang dan daun sup, masak sehingga kering kuahnya. 


Kemudian panaskan acuan bahulu dengan sedikit minyak, sesudah panas masukkan bancuhan tepung tadi ke dalamnya. Lakukan sehingga bancuhan habis. Selepas itu masukkan satu sudu inti di tengahnya. 


Sesudah itu tutup acuan dengan penutup dan biar seketika. Bila sudah keperang-perangan bolehlah diangkat dan sedia untuk dihidangkan. Kuih nii sangat enak dimakan panas-panas. Rasanya pun sangat lembut. Jangan lupa try yea..


Sekian.

No comments:

Post a comment