Thursday, 7 March 2019

3 Sebab Kenapa Aku Suka Dan Istimewanya Beg Longchamp...

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Salam ceria dari aku untuk korang semua… Ceria-ceriakan harimu semua hari nii yea..jangan biarkan orang lain merosakkan mood korang...think positif supaya aura positif akan datang kepada korang...

Hari nii aku nak buat review pasal beg...sebabnya jenama ini paling banyak dalam koleksi aku kerana aku puas dan selesa menggunakannya. Aku beli nii pun sebab nak reward diri aku sendiri. Setiap tahun aku akan beli barangan yang mahal sikit (ikut pada budget aku) untuk aku hadiahkan kepada diri sendiri sempena pencapaian setahun pada tahun tersebut. Itu pun kalau aku dapat mencapai sekurang-kurangnya 3 target/perkara pada tahun tersebut.




Aku bermula pada tahun 2005... dengan barangan berjenama pertama aku beli adalah jam tangan dan handbag jenama Guess. Pada 2014 pula aku mula mengumpul beg jenama Longchamp nii. Aku bukanlah seorang yang taksub dengan barang berjenama....dan bukan jugak nak menunjuk-nunjuk. Yang sebenarnya aku nii bukan pula yang jenis rajin sangat untuk membelek dan pergi membeli beg. Aku nii jenis tak suka beli beg yang hanya pakai setahun saja dah rosak....kena pergi cari dan beli lagi! Aku suka beg yang aku boleh pakai lama sehingga 10 tahun ke atas. Untuk pengetahuan korang...dah 3 tahun aku tak beli beg/handbag...kerana beg Longchamp yang ada dalam koleksi aku masih setia berbakti dan masih nampak macam baru.



Jam tangan Guess yang aku beli...masih lagi bertahan sehingga kini...dah 14 tahun pun dan aku masih sayang serta menjadi jam feberet aku. Aku hanya ada 2 jenis jam sahaja...lagi satu jenama Orient yang aku dapat sempena birthday aku pada tahun 2003 (aku masih lagi menggunakannya). Sebab tu aku katakan aku nii bukan jenis yang rajin nak pergi membeli dan membelek-belek barangan sentiasa....beli sekali tetapi biar tahannya lama serta puas memakai. Supaya masa aku tak banyak habis dengan pergi mencari dan membeli barangan nii sebabnya aku malas nak gi cari-cari dan belek-belek kat shopping mall...



3 sebab aku suka dan istimewanya beg Longchamp nii dari sudut pandangan aku ialah...
  • Pertama : kerana tahan lama dan lasak.
  • yang keduanya : ia kalis air...sesuai dipakai pada musim hujan.
  • Yang ke tiga pula...ianya boleh dilipat dan mudah disimpan...so jimat ruang untuk menyimpan.


3 nii adalah antara ciri-ciri kenapa aku suka beg Longchamp... Selain itu warnanya jugak menarik. Cuma beg Longchamp nii ia tak de banyak poket...ruangnya satu sahaja... Jadi korang boleh sumbat semua macam benda...tetapi yang tak bagusnya susah nak cari barang korang terutama kunci atau benda-benda kecil. Oleh sebab itu untuk memudahkan...korang kena simpan barangan korang dalam pouch bag-pouch bag kecil atau pun korang guna beg organizer.



Beg Longchamp ni berasal dari France. Dalam tahun 1948, Jean Cassegrain pemilik kedai tembakau telah bercadang untuk membuat pembalut batang paip daripada kulit. Sejak itu kalau ada sesiapa yang hendak beli pembalut paip kulit ni kenalah ke kedai Cassegrain. Bila beliau dah menjadi terkenal Cassegrain pun bukalah company leather. Pada awalnya Cassegrain tak tahu nak letak nama apa pada produk beliau nii, so satu hari beliau berjalan-jalan dekat track lumba kuda di Paris yang dipanggil Longchamp iaitu maksudnya padang yang panjang (Long Field)Perkataan 'Longchamp' (dalam bahasa France) bermaksud horse race track (trek lumba kuda).



Pada 1970an, Cassegrain membuka butik pertamanya di Jepun dan Hong Kong dan pada 1980, anaknya (sekarang merupakan Presiden) Philippe Cassegrain meluaskan empayarnya ke Belgium dan Germany"Le Pliage" merupakan produk yang paling 'menjadi', seterusnya berjaya menembusi pasaran US.



First beg yang aku beli (warna merah ada gambar burung tuu). Kemudian aku beli beg Longchamp nylon....Short handle yang small tuu aku beli dengan harga RM 240. Manakala yang saiz medium long handle tu pula RM 260. Ada 4 jenis beg Longchamp dalam koleksi aku iaitu...
  • Longchamp Le Pliage
  • Long Champ Le Pliage Neo
  • Longchamp Le Pliage Nylon
  • Logchamp Le Pliage Cuir (Leather)
Beg nii juga sangat sesuai untuk digunakan oleh pelajar kolej atau universiti kerana ruangnya yang besar, tahan lasak dan kalis air. Dah 5 tahun pun aku menggunakan beg Longchamp nii...dan aku sangat berpuashati sebab aku nii jenis isi banyak barang dalam beg dan ada kengkawan aku kata beg aku nii macam doraemon...minta apa barang pun mesti ada...haaa...haa...haa...

Sekian.

No comments:

Post a comment