Thursday, 28 March 2019

Colonis DMestica Untuk Badan Sihat, Kolon Bersih, Cantik, Sihat Luar Dan Dalaman

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Hai semua…semoga semua ceria-ceria jer hari nii yea. Hari ni aku nak citer pasal apa la pulak yea… Masih lagi berkaitan dengan produk Jamu Ratu Malaya. Ok...hari ni aku nak citer pasal Colonis DMestica.....Produk ini berfungsi menyingkirkan toksin dan membantu membakarkan lemak dengan cepat. Aku dah try selama seminggu...


Sebenarnya aku tak la berminat sangat nak cuba produk nii tetapi kawan aku bagi free kat aku suruh cuba...kebetulan masa dia beli tuu ada offer untuk 2 botol, harga dapat murah sikit. Pengalaman lalu membuatkan aku takut nak cuba produk macam nii. 


Colonis Dmestica mengandungi khasiat dari berbagai jenis ekstrak herba dan tumbuh-tumbuhan, di antaranya ialah kacang ginjal putih dan biji kopi hijau. Ia sangat berkesan menapis karbohidrat yang berlebihan yang tidak diperlukan oleh badan. 


Ia bertindak seumpama sponge yang menyerap kekotoran toksin pada usus, kolon, buah pinggang dan hati manusia. Produk ini juga fokus kepada proses regenerasi sel baru yang lebih sihat, sekaligus memastikan toksin bebas dari organ-organ penting badan iaitu hati, ginjal, kolon dan terutamanya darah kita.  Badan kita ni kan banyak sangat toksin sebab kita suka makan pelbagai jenis makanan terutama fast food dan makanan berminyak dan berlemak-lemak. Ok jom kita lihat khasiatnya pulak....



KHASIAT COLONIS DMESTICA

• Mengatasi masalah sembelit.
• Membantu masalah buasir dan kesakitan akibat buasir.
• Menurunkan kolesterol jahat (LDL)
• Menurunkan paras gula dalam darah.
• Membersihkan kolon.
• Meningkatkan metabolisma badan.
• Menurunkan berat badan.


• Kenyang sepanjang hari dan mengurangkan keinginan untuk makan berlebihan.
• Mengelakkan pembentukan plak kolesterol pada dinding arteri.
• Meningkatkan sistem imun badan.
• Mengandungi karotin yang membantu memelihara kesihatan mata, rambut dan kulit.
• Menurunkan kadar leptin untuk orang yang menghidapi obesiti.
• Penyerapan nutrien dalam badan lebih efektif.
• Meningkatkan fungsi organ seperti buah pinggang dan hati.
• Mencegah penuaan pramatang.
• Memberikan kelembapan pada tubuh (hidrasi) dan tenaga.
• Menghilangkan kesesakan hidung dan selesema dan resdung kronik.
• Meningkatkan isyarat ke saraf dan mewujudkan kesejahteraan mental yang lebih baik.






Colonis DMestica ini dibuat dalam bentuk serbuk...dalam botolnya ada disediakan 1 scoop. Jadi korang guna jer scoop tu untuk bancuh. Jangan bancuh lebih-lebih nanti korang asyik ke tandas jer. Nak lagi best korang masukkan ketul ais. Rasanya memang sedap sebab ada buah pic, epal, lemon dan manggaWaktu yang terbaik untuk minum Colonis DMestica ini adalah selepas makan malam. So confirm esok paginya korang akan ke tandas untuk membuang. 


Kalau korang nak tahu aku pernah cuba pelbagai jenis produk cuci usus nii...kebanyakkannya tidak serasi dengan perut aku. Ada yang membuatkan aku cirit-birit dan ada yang membuatkan perut aku rasa tak selesa. Aku juga pernah mengambil produk jenama shaklee - Lax yang membuatkan perut aku macam kena hiris-hiris. 


Kenapa aku cuba banyak produk pencuci usus nii...? Kerana aku ada masalah pembuangan. Aku hanya akan membuang pada hari ke 4 atau ke 5 menyebabkan perut aku menjadi keras dan kejang. Aku juga dah try makan macam-macam jenis buah-buahan serta yogurt tetapi still tak memberikan kesan....sebab itu aku terpaksa membeli produk memcuci usus nii. 


Yang aku suka tentang produk nii adalah ia memudahkan dari segi pembuangan setiap pagi.... tiga kali sehari (untuk diri aku laa). Dan aku rasa perut aku sangat selesa dan ringan. Seolah-olah segala bahan buangan telah pun dibuang dari usus aku. Segala bahan yang tidak diserap oleh badan akan dibuang. Harganya memang agak mahal sikit tapi sekiranya korang ada masalah pembuangan macam aku....berbaloi beli kot. Harganya RM 62 untuk satu botol. Sebotol nii....boleh tahan lebih kurang 2 minggu.

Sekian.

Thursday, 14 March 2019

Kuih Cara Berlauk Menu Untuk Minum Petang

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera, 

Harapan aku semoga korang semua berada dalam keadaan yang sihat walafiat. Sedapnya kalau petang-petang macam nii dapat makan kuih tradisional kan...kan..kan.. Jom kita try resepi Kuih Cara Berlauk nii... Kuih cara merupakan kuih tradisional bagi masyarakat Melayu. 


Terdapat dua jenis kuih cara iaitu Kuih Cara Manis dan juga Kuih Cara Berlauk. Beza di antara kuih cara manis dan juga kuih cara berlauk adalah melalui intinya. Di mana kuih cara manis menggunakan gula pasir yang dimasukkan ke dalam adunan ketika dimasak sebagai inti.


Manakala kuih cara berlauk pula menggunakan inti yang telah siap dimasak diletakkan ditengah-tengah kuih. Kuih cara menggunakan acuan yang sama untuk membuat kuih bahulu.


Cara membuat:     
Masukkan tepung gandum, santan, telur, air daun pandan dan garam ke dalam bekas. Untuk inti, panaskan minyak. Masukkan serbuk kari yang di campur sedikit air masak sehingga naik minyak. 


Kemudian, masukkan daging dan masak seketika. Selepas itu masukkan bawang, lada dan garam. Akhir sekali, masukkan daun bawang dan daun sup, masak sehingga kering kuahnya. 


Kemudian panaskan acuan bahulu dengan sedikit minyak, sesudah panas masukkan bancuhan tepung tadi ke dalamnya. Lakukan sehingga bancuhan habis. Selepas itu masukkan satu sudu inti di tengahnya. 


Sesudah itu tutup acuan dengan penutup dan biar seketika. Bila sudah keperang-perangan bolehlah diangkat dan sedia untuk dihidangkan. Kuih nii sangat enak dimakan panas-panas. Rasanya pun sangat lembut. Jangan lupa try yea..


Sekian.

Monday, 11 March 2019

Matte BB Cushion Sendayu Tinggi...Sesuai Untuk Semua Jenis Kulit

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,


Hai korang apa khabar hari nii...Alhamdulillah, sihat-sihat jer laa hendaknya yea. Bagi yang kurang sihat tuu jangan lupa gi berjumpa dengan doktor dan makan ubat. Hari nii aku nak story pasal BB Cushion. Aku pun baru jer mengenali BB Cushion nii...itu pun kawan aku yang kenalkan. Apa benda laa BB Cushion nii... 

Aku rasa susah sangat nak cari bedak compact yang sesuai dengan warna kulit muka aku. Jadi kawan aku suggestkan supaya aku guna BB Cushion. Katanya aku tak perlu bersusah payah pakai krim dan foundation... BB Cushion nii boleh cover semuanya. Memandangkan aku nii bukan laa jenis kaki mekap dan aku sukakan natural beauty...so aku pun setuju la dengan cadangan kawan aku nii. Aku pun survei-survei la mencari... aku nii kalau bab membeli akan cari produk yang dah terbukti bertahan lama dipasaran.... so aku pun pilih produk dari jenama Sendayu Tinggi setelah aku buat study sikit.... Matee BB Cushion Oil Control dengan SPF 50 PA.



Fungsi Matte BB Cushion Sendayu Tinggi nii...
Bedak bertekstur cecair dengan formula kawalan minyak yang mampu menyembunyikan cela, pori besar dan parut jerawat dengan berkesan melalui sapuan lembut pada kulit
  • Lengkap dengan pelindung UV dengan SPF 50 PA+++ untuk menghalang sinaran matahari.
  • Kini Matte BB cushion diperbaharui dengan formula baharu iaitu Minyak Jojoba yang kaya dengan Vitamin E, Zink, Iodine dan pelbagai kebaikan antioksida untuk kebaikan kulit. 


  • Bukan hanya melembap, Minyak Jojoba turut memiliki fungsi anti-bakteria dan keupayaan meningkatkan imunisasi dengan membantu proses penyembuhan luka. 
  • Iodine dalam minyak jojoba melindungi kulit dari bakteria, Vitamin E & B-Complex membantu meningkatkan imuniti kulit untuk penyembuhan yang lebih pantas. 
  • Minyak Jojoba memiliki struktur yang berbeza dengan minyak lain menjadikan ia biocompatile dan mudah menyerap ke dalam lapisan kulit. Ia bertindak sebagai humectant yang menarik air dari sekeliling masuk ke dalam kulit dan menguncinya untuk kelembapan yang lebih lama.


  • Dicipta untuk mereka yang memiliki kulit jenis kombinasi, berminyak dan normal, formula Minyak Jojoba tidak akan menyumbat pori dan menyebabkan breakouts. Ini kerana ia menyerap masuk ke dalam kulit dan tidak ‘sit’ atas lapisan kulit.
  • Jojoba Oil juga memiliki fungsi perlindungan matahari seperti minyak semulajadi tumbuhan lain. Ia mempunyak Sun Protection Factor (SPF) 4, yang sangat berkesan jika digabungkan bersama bahan SPF yang lain. Kajian di barat juga menyatakan, Jojoba Oil berupaya memperlahankan kesan pendedahan UV terhadap perpecahan matrix kolagen kulit yang menyebabkan penuaan pantas. 


  • Matte BB Cushion ini diinovasikan dengan span 3D bagi memerangkap bedak cecair supaya setiap sapuan melekap sempurna pada kulit.
  • Kemasannya yang matte, licin dan sekata tidak akan menyebabkan kesan bercapuk.
  • Sapuannya tahan lama dan bersifat kalis air sekaligus menghalang mekap comot bagi      kulit yang mudah berpeluh atau berminyak.
  • Tidak mengandungi paraben.


Matte BB Cushion nii ada 4 warna...jadi korang bolehlah pilih warna mana yang sesuai untuk kulit korang. Aku pilih yang no 04 iaitu Mohagany...tetapi aku rasa macam gelap pulak kat kulit muka aku...may be aku kena beli yang no 3 kot. 04 nii sesuai untuk kulit muka yang sawo matang. Aku beli secara online sebab tu aku tak boleh nak test dulu kat kulit aku.

Ini merupakan BB Cushion yang ke 2 aku dah pakai...yang kali pertama dulu dari jenama The Face Shop...memang terbaik dan sesuai dengan warna kulit aku...nampak glowing ala-ala artis Korea...hik3x


Kali nii aku tertarik pulak nak cuba jenama Sendayu Tinggi apabila aku melihat review tentangnya di YouTube. Ada testimoni mengatakan...Matte BB Cushion ini antara produk yang terbaik untuk jenama Sendayu Tinggi. Harga Matte BB Cushion ini ialah RM 52.00.

Aku dah cuba menggunakannya untuk hari yang ke 4....so pada pandangan aku Matte BB Cushion ini ok...kulit muka aku nampak macam basah-basah dan terlalu glowing. Aku tak dapat nak bagi komen lebih-lebih sebab kulit aku tengah bermasalah sekarang nii akibat kesan sunburn. Teksturnya pula ringan dan tak terasa pun memakainyaPackagingnya pun cantik hitam gold. Yang penting ia kekal dimuka hingga ke petang...jadi korang tak perlu nak touch up banyak kali.

Sekian.

Thursday, 7 March 2019

3 Sebab Kenapa Aku Suka Dan Istimewanya Beg Longchamp...

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Salam ceria dari aku untuk korang semua… Ceria-ceriakan harimu semua hari nii yea..jangan biarkan orang lain merosakkan mood korang...think positif supaya aura positif akan datang kepada korang...

Hari nii aku nak buat review pasal beg...sebabnya jenama ini paling banyak dalam koleksi aku kerana aku puas dan selesa menggunakannya. Aku beli nii pun sebab nak reward diri aku sendiri. Setiap tahun aku akan beli barangan yang mahal sikit (ikut pada budget aku) untuk aku hadiahkan kepada diri sendiri sempena pencapaian setahun pada tahun tersebut. Itu pun kalau aku dapat mencapai sekurang-kurangnya 3 target/perkara pada tahun tersebut.




Aku bermula pada tahun 2005... dengan barangan berjenama pertama aku beli adalah jam tangan dan handbag jenama Guess. Pada 2014 pula aku mula mengumpul beg jenama Longchamp nii. Aku bukanlah seorang yang taksub dengan barang berjenama....dan bukan jugak nak menunjuk-nunjuk. Yang sebenarnya aku nii bukan pula yang jenis rajin sangat untuk membelek dan pergi membeli beg. Aku nii jenis tak suka beli beg yang hanya pakai setahun saja dah rosak....kena pergi cari dan beli lagi! Aku suka beg yang aku boleh pakai lama sehingga 10 tahun ke atas. Untuk pengetahuan korang...dah 3 tahun aku tak beli beg/handbag...kerana beg Longchamp yang ada dalam koleksi aku masih setia berbakti dan masih nampak macam baru.



Jam tangan Guess yang aku beli...masih lagi bertahan sehingga kini...dah 14 tahun pun dan aku masih sayang serta menjadi jam feberet aku. Aku hanya ada 2 jenis jam sahaja...lagi satu jenama Orient yang aku dapat sempena birthday aku pada tahun 2003 (aku masih lagi menggunakannya). Sebab tu aku katakan aku nii bukan jenis yang rajin nak pergi membeli dan membelek-belek barangan sentiasa....beli sekali tetapi biar tahannya lama serta puas memakai. Supaya masa aku tak banyak habis dengan pergi mencari dan membeli barangan nii sebabnya aku malas nak gi cari-cari dan belek-belek kat shopping mall...



3 sebab aku suka dan istimewanya beg Longchamp nii dari sudut pandangan aku ialah...
  • Pertama : kerana tahan lama dan lasak.
  • yang keduanya : ia kalis air...sesuai dipakai pada musim hujan.
  • Yang ke tiga pula...ianya boleh dilipat dan mudah disimpan...so jimat ruang untuk menyimpan.


3 nii adalah antara ciri-ciri kenapa aku suka beg Longchamp... Selain itu warnanya jugak menarik. Cuma beg Longchamp nii ia tak de banyak poket...ruangnya satu sahaja... Jadi korang boleh sumbat semua macam benda...tetapi yang tak bagusnya susah nak cari barang korang terutama kunci atau benda-benda kecil. Oleh sebab itu untuk memudahkan...korang kena simpan barangan korang dalam pouch bag-pouch bag kecil atau pun korang guna beg organizer.



Beg Longchamp ni berasal dari France. Dalam tahun 1948, Jean Cassegrain pemilik kedai tembakau telah bercadang untuk membuat pembalut batang paip daripada kulit. Sejak itu kalau ada sesiapa yang hendak beli pembalut paip kulit ni kenalah ke kedai Cassegrain. Bila beliau dah menjadi terkenal Cassegrain pun bukalah company leather. Pada awalnya Cassegrain tak tahu nak letak nama apa pada produk beliau nii, so satu hari beliau berjalan-jalan dekat track lumba kuda di Paris yang dipanggil Longchamp iaitu maksudnya padang yang panjang (Long Field)Perkataan 'Longchamp' (dalam bahasa France) bermaksud horse race track (trek lumba kuda).



Pada 1970an, Cassegrain membuka butik pertamanya di Jepun dan Hong Kong dan pada 1980, anaknya (sekarang merupakan Presiden) Philippe Cassegrain meluaskan empayarnya ke Belgium dan Germany"Le Pliage" merupakan produk yang paling 'menjadi', seterusnya berjaya menembusi pasaran US.



First beg yang aku beli (warna merah ada gambar burung tuu). Kemudian aku beli beg Longchamp nylon....Short handle yang small tuu aku beli dengan harga RM 240. Manakala yang saiz medium long handle tu pula RM 260. Ada 4 jenis beg Longchamp dalam koleksi aku iaitu...
  • Longchamp Le Pliage
  • Long Champ Le Pliage Neo
  • Longchamp Le Pliage Nylon
  • Logchamp Le Pliage Cuir (Leather)
Beg nii juga sangat sesuai untuk digunakan oleh pelajar kolej atau universiti kerana ruangnya yang besar, tahan lasak dan kalis air. Dah 5 tahun pun aku menggunakan beg Longchamp nii...dan aku sangat berpuashati sebab aku nii jenis isi banyak barang dalam beg dan ada kengkawan aku kata beg aku nii macam doraemon...minta apa barang pun mesti ada...haaa...haa...haa...

Sekian.