Tuesday, 5 February 2019

Kuih Buah Melaka...Mudah Dibuat Dan Sangat Enak Dimakan

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,


Hai korang...jumpa lagi kita yea. Apa khaba rkorang semuanya hari nii. Sihat ke idok? Masih lagi dengan citer kuih-muih. Terasa lapar la pulak yea. Ok hari nii nak citer pasal kuih tradisional yang sangat mudah untuk dibuat. 


Kuih buah Melaka juga turut dikenali sebagai ondeh-ondeh. Kuih ini amat mudah untuk dibuat, dimana menggunakan tepung pulut yang diuli dengan campuran air daun pandan. Setelah itu ianya dibuat bebola dan dimasukkan gula melaka yang telah dipotong kiub sebagai inti. 



Kemudian ianya akan direbus hingga masak didalam air yang mendidih. Untuk mengetahui samada kuih ini telah masak ataupun tidak, adalah ianya akan timbul apabila telah masak.



Cara Membuat:
Campurkan air daun pandan bersama tepung pulut dan uli sehingga sebati. Ambil secubit adunan tepung tadi dan leperkan. Letakkan satu kuib gula melaka dan bulatkan seperti bola. Didihkan air dalam periuk. Masukkan bebola tadi ke dalam periuk satu persatu. Biarkan hingga tepung terapung dan angkat. Golekkan bebola tadi ke atas kelapa parut yang dicampurkan sedikit garam. Hidangkan, sesuai untuk minum petang.




Dah pun siapkan...mudah jer kan. Rugi tau kalau korang tak nak try. Mudah dan sedap dimakan.

Sekian.

1 comment: