Thursday, 28 February 2019

Cheesekut Strawberry Banjir Leleh...Mudah Dibuat

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,


Hai…korang semua apa khabar hari nii? Hari nii aku nak ajak korang buat Cheesekut Strawberry yang banjir lelah nii. Memang sedap dan korang tak perlu pun gunakan oven sebab kek nii tak perlu dibakar. Cheesekut nii boleh dijadikan sebagai pencuci mulut. Buatnya tak susah pun...senang jer. Kalau makan tak ingat dunia...menjilat jari tau.


Sebenarnya dah lama aku nak buat cheesekut nii tapi aku tak de resepi. Risau gak kalau guna resepi kat google...beli bahan mahal-mahal tapi buat tak jadi pulak! Rugi duit jer kan! Kan! Satu hari tuu...ofismate aku bawa cheesekut nii kat ofis...woww excited giler aku sebab aku boleh minta resepi kat dia jer...lagi mudah kan! Dia bawa cheesekut milo. Disebabkan aku lebih suka cheesekut yang ada masam manis sikit...jadi aku ubahsuai guna jem strawberry. Memang sedap weiii.... Ok laa asyik bercerita jer...dah meleleh air liur dan tak sabar nak tahu resepinya kan....


RESEPI CHEESEKUT STRAWBERRY BANJIR LELEH
Bahan-Bahan
·         1 paket biskut kering (apa-apa jenama pun boleh - Aku guna jenama Hup Seng)
·         1/2 tin susu pekat
·         1/4 cawan susu segar
·         250g cream cheese Tatura
·         Jem Strawberry sebagai topping (Optional, apa-apa bahan lain pun boleh seperti milo dan nestum)



Cara-Cara

1. Kisar Bahan

Pertama sekali, satukan cream cheese, susu pekat dan susu segar. Blender ketiga-tiga bahan ini sampai sebati. Aku guna mixer sebab blender aku dah rosak.

2. Rendamkan Biskut

Celupkan pula biskut kering tadi ke dalam susu segar...celup sekejap jer, untuk biskut tu basah. Jangan sampai biskut jadi lembik. Sementara itu, buat lapisan nipis dengan cream cheese yang dikisar tadi.

3. Lapis-Lapiskan

Susunkan biskut di atas lapisan cream cheese. Kemudian lapiskan balik dengan cream cheese. Susun pula biskut macam tadi. Ulang langkah yang sama sehingga paras 3/4 dulang.
4. Letak Topping
Seterusnya, sapukan jem strawberry untuk dijadikan topping pada bahagian atas lapisan tadi. Untuk lebih menarik..boleh la juga dihias dengan buah strawberry. 


Modal untuk membeli bahan-bahan cheesekut Strawberry.... Biskut Hup seng RM 4.30, Susu Pekat RM 2.30, Susu Cair kotak besar RM 6.50, Cheese Beqa Tatura RM 11.30 (250grm) - harganya agak mahal sikit, kalau korang beli kat Mydin RM 16.00 untuk 500 grm, Jem strawberry RM 5.00 dan buah strawberry RM 15.00 kotak kecil - 18 biji. TOTAL keseluruhan budgetnya ialah RM 44.40....


Cheesekut nii jadi makanan feberet aku... bila korang dah siap hias topping cheesekut nii, boleh la disimpan dalam peti ais. Sebaik-baiknya...kalau korang buat cheesekutnya pada sebelah petang hari, esok paginya barulah boleh dimakan sebabnya kek nii dah padat dan keras sedikit...bila potong nampak kemas dan cantik. Kena simpan 1 hari dalam peti ais baru kek korang nampak cantik bila dipotong.


Aku pernah buat waktu malam...bila esok paginya aku nak potong, kek masih lagi lembik dan potongan aku jadi tak menarik dan terpaksa makan guna sudu. Cheesekut nii sangat sedap dimakan sejuk-sejuk...menjilat jari tau. Jangan lupa untuk cuba yea...

Sekian.
**jangan lupa follow blog aku yea

No comments:

Post a comment