Sunday, 17 February 2019

Collagen Facial Spray menjadikan Mekap Lebih Berseri Dan Melembapkan Wajah

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Hai korang...semoga korang sihat-sihat hendaknya. Hari nii aku nak cerita lagi tentang produk kecantikkan. Semua orang suka cantik kan!! Cantik luaran dan cantik juga dalaman.


Produk Sendayu Tinggi dah lama terkenal  kat pasaran. Mungkin korang sedia maklum bahawa Sendayu Tinggi nii ada produk suplemen, mekap dan juga rawatan muka. Kali ni aku nak citer tentang Collagen Facial Spray. Dah lama aku teringin nak beli produk nii tetapi masalahnya kedai yang menjual produk nii jauh dari rumah aku.... Akhirnya aku terpaksa mengalah....beli secara online jugak. Sebelum membeli setiap produk, aku akan buat survei terlebih dahulu...blogger, google atau YouTube. Bila dah puashati barulah aku beli. Jom aku citer tentang fungsi dan cara penggunaan Collagen Facial Spray nii...



Fungsi :
  • Diperkaya dengan Kolagen dan pelembap untuk menghaluskan wajah.
  • Sangat sesuai untuk kulit kering.
  • Digunakan selepas mencuci wajah atau sebelum mekap.
  • Spray pada seluruh wajah atau pada berus solekan sebelum mekap.
  • Ia menjadikan mekap kelihatan berseri & natural seharian selain memberi kebaikan pada kulit agar kekal tegang, anjal dan lembut

,
Cara Penggunaannya:
  • Semburkan terus pada wajah atau tapak tangan dan tepuk lembut seluruh wajah.
  • Juga boleh disembur pada berus atau span mekap sebelum bersolek.
  • Semburkan pada wajah apabila kulit terasa kering
Yang bestnya produk nii ada collagen...boleh buat muka korang nampak lebih muda gitu...kan! kan! kan!



Kebetulan pulak masa produk nii sampai aku baru jer balik dari outstation selama 5 hari...kulit muka aku merah terbakar (sunburn) dan mengelupas. Aku pun tak sabar la nak tengok keberkesanannya...hari ke 2 menggunakannya aku dah nampak perubahan warna kuilt muka aku...dari merah kepada pink. Hari ke 3....warna pink pun dah tak de...cuma kulit muka masih lagi mengelupas tetapi tidak laa seperti 3 hari sebelumnya. Kulit aku menjadi semakin anjal.

So far aku sangat berpuashati dan akan cuba menggunakannya sehingga habis satu botol. Aku paling suka kalau sesuatu produk tu saiznya tidak terlalu besar dan senang untuk dibawa ke mana-mana. Harga sebotol produk nii adalah RM 29.00 sahaja dengan berat 60 ml. 

Sekian.

No comments:

Post a comment