Tuesday, 22 January 2019

Zinnia Magenta Membantu Mengurangkan Kesan Jeragat Akibat Pigmentasi

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,


Hai korang semua.. Apa khabar hari nii. Hari nii aku nak story pasal satu produk pencuci muka yang aku dah pakai 5 bulan, jenama Jamu Ratu Malaya yang diasaskan oleh Bonda Rozita. Botolnya kecil jer dan mudah dibawa kemana jua tetapi cecairnya pekat...pakai 2 titis jer dah boleh mencuci muka korang...jimat kan! kan! kan!


Sabun Zinnia Magenta adalah sabun yang dikombinasikan sekali dengan Marjane Oil untuk penjagaan kulit yang lebih sempurna. Ianya selamat digunakan dan kesan kebaikkannya dapat dilihat secara beransur-ansur. 


Sabun Zinnia Magenta sangat efektif membantu mengurangkan kesan jeragat akibat pigmentasi kesan daripada panahan matahari serta penuaan. Ianya juga membantu menghilangkan parut serta cela atau kesan gelap pada muka secara perlahan-lahan. Dalam masa yang sama, ianya bertindak mengecilkan liang pori muka dan sekali gus mengurangkan rembesan minyak berlebihan. Selepas menggunakannya, kulit muka akan berasa lebih lembap, tegang dan lebih cerah dengan tanpa pengelupasan.


Pencuci wajah Zinnia Magenta adalah pembersih muka herba yang sesuai untuk kulit berjerawat, berminyak dan berparut hitam. Ianya berfungsi untuk:
  • Mengecilkan liang-liang pori
  • Melembapkan kulit
  • Mengimbangi rembesan minyak dalam kulit (mengurangkan penghasilan minyak)
  • Menegangkan wajah yang kendur & berkedut
  • Memudarkan kesan-kesan parut serta kegelapan kulit wajah.
  • Pemutihan tanpa pengelupasan secara beransur-ansur.
Aku memang suka pakai sabun nii sebab ia buat kulit wajah aku jadi lembab-lembab macam artis Korea gituu. Wajah pun nampak lebih bersih dan cerah. Aku suka sebab botolnya yang kecil dan sabun nii tahan lama dan mudah dibawa travel.

Sekian.

No comments:

Post a comment