Tuesday, 29 January 2019

Planetarium Negara Memainkan Peranan Yang Penting Dalam Menghidupkan Kesedaran Akan Kepentingan Bidang Sains Angkasa

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Hai...apa khabar korang semua hari nii. Di harap semuanya berada dalam keadaan sihat jua yea...Entri aku hari nii berkenaan dengan tempat yang wajib korang lawat apabila datang ke Kuala Lumpur bagi menambah ilmu pengetahuan terutama sekali dalam bidang sains. Pasti korang dah boleh agak kan...Planeterium Negara nama yang diberi...




Ok...aku ceritakan dahulu latar belakang sejarah pembinaan Planeterium Negara nii... Planetarium Negara merupakan planetarium negara Malaysia yang terletak di Kuala Lumpur. Ia merupakan bangunan berkubah biru yang terletak di puncak bukit di Taman Tasik di Jalan Perdana, Kuala Lumpur. Ia merangkumi kawasan seluas 120,000 kaki persegi (11,000 m2). 


Planetarium Negara bermula sebagai Bahagian Planetarium dalam Jabatan Perdana Menteri Malaysia pada 1989. Pembinaan kompleks Planetarium Negara bermula pada 1990 dan disiapkan pada 1993

Pelancaran tidak rasmi bermula pada bulan Mei 1993 dan pembukaan rasmi telah dilancarkan oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad, pada 7 Februari 1994. 


Setelah setahun setengah beroperasi dengan lancar, pada bulan Julai 1995, bahagian ini telah dipindah alih ke Kementerian Sains, Teknologi, dan Alam Sekitar Malaysia. Peristiwa tersebut bukan sekadar memberikan tumpuan kepada keseluruh reka bentuk dan seni bina serta keunikan kemudahan Planetarium bahkan juga menggambarkan kesungguhan Kerajaan ke atas pembangunan sains dan teknologi angkasa.


Ia mengambil masa tiga tahun untuk dibina, kompleks Planetarium Negara menempatkan sebuah teater berkubah di tengah-tengahnya. Keunikan reka bentuk teater tersebut telah memberikan cabaran yang hebat kepada jurubina projek, jurutera dan kontraktor bangunan. Ketelitian dan ketepatan yang diperlukan bagi projektor bintang dan filem berformat besar juga memberikan cabaran yang tidak kurang hebatnya. Banyak kesukaran terpaksa diatasi dan tempoh pameran selesai dipasang.


Memandangkan kerumitan menyelaras sebegitu banyak oleh pembekal luar negara, ditambah dengan ketiadaan pakar yang berpengalaman dalam kerja-kerja yang perlu disiapkan, kejayaan penyiapan kompleks dan pemasangan kesemua peralatan dengan kelewatan yang minimum sebenarnya merupakan kejayaan yang membanggakan.


Di sebalik kesukaran yang dihadapi, Planetarium Negara berjaya mengadakan beberapa projek pendidikan untuk sekolah-sekolah dan orang awam. Planetarium Negara kini memainkan peranan yang penting dalam menghidupkan kesedaran kepentingan bidang sains angkasa di kalangan masyarakat dan menggorak langkah pertama dalam membawa Malaysia menceburi bidang sains angkasa.


Salah satu tarikan utama planetarium ini adalah pawagam angkasa yang menayangkan tayangan angkasa dan filem format besarDi galeri utama pula ada pameran berkaitan dengan sains angkasa. Antaranya adalah enjin angkasa Arianne IV, yang juga merupakan salah satu enjin yang digunakan bagi pelancaran MEASAT 1, satelit pertama Malaysia ke angkasa lepas. Juga terdapat sebuah Teleskop 14-inci (360 mm) yang ditempatkan di menara tinjau di sini.


Planetarium Negara menganjur ke taman tema angkasa di mana terletak replika balai cerap silam. Ia bersambung oleh jambatan pejalan kaki atas ke Muzium NegaraTerdapat juga mini Stonehenge yang terletak di luar planetarium ini di mana korang tidak perlu ke England untuk melihat replika ini. 


Planetarium Negara dibuka setiap hari dari 9.00 pagi hingga 4.30 petang (kecuali pada hari IsninHari Raya Puasa dan Hari Raya Haji serta hari-hari kelepasan am lain yang dinyatakan oleh Planetarium Negara).


Tayangan planetarium berlangsung setiap satu jam dari jam 10:00 pagi sehingga jam 4:00 petang. Tayangan berlangsung pada 10 pagi, 11 pagi, 12 tengah hari, 1 petang, 2 petang, 3 petang dan 4 petang. Akan tetapi pada hari Jumaat tayangan pada jam 1 petang dan 2 petang tiada, kerana berehat sebentar memberi laluan kepada solat Jumaat. Pameran dibuka seperti biasa. Masuk adalah PERCUMA tetapi bayaran dikenakan jika pengunjung memilih untuk menonton tayangan.


Aku sarankan korang pergi awal pagi..kerana di sini terdapat pelbagai aktiviti yang akan memenuhi hari korang. Kalau korang datang waktu tengahari...korang tak akan sempat untuk melawat ke seluruhan kawasan...terutama sekali kalau korang membawa anak-anak. Dekat sini banyak bidang ilmu yang dapat dikongsi terutama sekali untuk anak-anak di sekolah rendah. Kat sini jugak ada ruang kids discovery yang sesuai untuk kanak-kanak berusia 1 hingga 6 tahun.


Pada sebelah petang, setelah penat seharian melawat Planetarium Negara ini...korang boleh membawa anak-anak korang mandi manda di kawasan sekitar Planetarium ini yang dikhaskan untuk kanak-kanak dengan bayaran yang percuma. 

Aku sarankan juga korang membawa bekalan makanan sendiri...kerana pada waktu musim cuti sekolah...cafe terlalu penuh dan korang terpaksa berbaris lama untuk mendapatkan makanan. Makanan luar juga ada dijual di sini tetapi tidak dapat menampung keperluan pengunjung di waktu musim cuti sekolah.


Dan jangan lupa untuk perhatikan anak-anak korang dan mengawalnya dengan baik...kerana kawasan ini terlalu luas dan anak-anak korang boleh hilang sekelip mata sahaja. Jom bawa anak-anak untuk mengenali dunia sains....

Sekian.

No comments:

Post a comment