Thursday, 3 January 2019

Kuih Serabai...Dahulunya Dimakan Bila Ada Kematian

Assalammualaiku dan Salam Sejahtera,

Hai korang semua. Apa khabar hari nii? Siapa orang Melaka kat sini...sila angkat tangan sebab hari nii aku nak bercerita tentang kuih tradisional orang Melaka. Kuih nii dah jarang-jarang dapat jumpa kecuali di bazar Ramadhan. Kalau korang nak tahu...kuih nii dahulunya dimakan bila ada kematian sahaja.



Suatu masa dahulu Kuih Serabai merupakan kuih tradisional yang dekat dihati masyarakat kampung kerana amalannya kuih ini akan dihidangkan pada majlis tertentu, tetapi kini namanya semakin dilupakan. 


Kuih Serabai diperbuat daripada tepung beras dan nasi sejuk yang dicampurkan, dimasak nipis seakan-akan lempeng dan dimakan bersama kuah gula Melaka. Kuah gula Melaka dimasak berasingan  campuran bersama gula Melaka juga santan memberikan rasanya lemak manis dan dipanggil Serawa. Bertambah enak apabila ditambah dengan durian pada serawanya dan dipanggil Serawa Durian. 


Kuih Serabai ini akan dimakan bersekali dengan serawa durian dengan cara mencicah cebisan kuih serabai ini. Rasanya yang tersendiri menjadikan ia hidangan yang lazat bagi penggemar manisan. 





Pada zaman dahulu masyarakat kampung lazimnya  menjadikan kuih serabai ini sebagai pemanis mulut yang khas dihidangkan pada majlis kenduri arwah. 



Tradisi ini semakin lenyap lantaran tidak lagi diamalkan oleh lapisan masyarakat. Kini kuih Serabai mula didapati dan dijual sebagai hidangan pemanis mulut untuk dimakan pada bila-bila masa tidak pada majlis tertentu sahaja.


Cara membuat:     
Bahan A dan B dicampur sekali kemudian adunan diperap selama 2 jam. Setelah itu adunan diadun nipis diatas kuali seakan lempeng dan dibiarkan masak sehingga sedikit kekuningan. Proses memasaknya mengambil masa 10 minit dan siap untuk dihidangkan. Sangat sedap dimakan panas-panas.

Kuih Serabai nii memang kuih feberet hubby aku. Kalau pergi bazar ramadhan...hari-hari dia boleh beli kuih ni untuk juadah berbuka. Aku pula lebih suka pada kuih yang pedas-pedas. So korang bolehlah cuba membuatnya...resepinya pun tak susah sangat.


Sekian.

No comments:

Post a comment