Sunday, 13 January 2019

Kopi Ratu....Untuk Kesihatan Dan Kecantikan Wanita

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,


Hai kengkawan. Jumpa lagi kita minggu nii. Hari ni aku nak cerita tentang kopi. Aku nii bukanlah peminat kopi sangat. Dulu memang aku peminat nescafe tetapi dah 2 tahun aku tak minum sejak kerap diserang sakit kepala. Ada sesetengah kopi yang boleh menyebabkan aku muntah kerana tak tahan dengan baunya.



Aku mula start minum kopi nii....bila bos lama aku belanja minum oldtown white coffe yang ada hazelnut tuu... Hari-hari aku rasa nak minum kopi. Tetapi kekadang kena stop jugak bila sakit kepala menyerang dan bacaan kolestrol dalam darah aku tinggi. nak dijadikan cerita....Suatu hari tuu kawan aku suruh aku try kopi Ratu nii jenama Jamu Ratu Malaya yang diusahakan oleh Bonda Rozita, pengasas Sendayu Tinggi. Katanya kopi nii takde kaffein.

Masa nak try tuu masih ada jugak rasa risau tapi aku kuatkan hati. Baunya memang sangat kuat macam nescafe tetapi bila aku minum kopi nii memang takde rasa sakit kepala. Ramai orang tidak suka makan herba kerana pahit dan tidak sedap. Kopi Ratu berjaya menyorokkan rasa pahit herba ginkgo biloba, ginseng, bacopa dan black cohosh


Untuk yang risau akan kesan sampingan sakit kepala...aku sarankan korang jangan buat pekat sangat...buat bancuhan cair sikit tetapi rasanya tetap ummmph!! Sehari aku bancuh 1 sachet jer...dan boleh minum hingga ke petang. Aku rasa ketagih nak minum kopi nii setiap hari.



PERHATIAN
·         Wanita hamil tak dibenarkan sama sekali minum Kopi Ratu
·         Orang menghidap hipertirod tak di benarkan minum Kopi Ratu
·         Jika diminum pada waktu malam akan menyebab kan sukar tidur
·         Minum pada waktu pagi sahaja jika untuk diet
·      Sangat bagus diamalkan selepas bersalin (maksima sehari 2 kali atau 2 sachet sahaja)
·         Tidak mengganggu penyusuan dan bayi
·         Kopi Ratu hanya untuk wanita
·         Jika anda mengambil Royal V sila kurangkan dos Royal V
·         Caranya ambil Kopi Ratu Pagi dan Royal V waktu petang


KANDUNGAN
15 sachet x 20g
Revolusi keenakan kopi dengan campuran herba Ginko Biloba, Ginseng, Bacopa Monnieri dan Black Cohosh mencipta satu kelainan rasa kopi yang cukup lazat. Kehebatan Kopi Ratu mengandungi suplemen kerana gizi yang terkandung didalamnya membantu wanita tampil lebih hebat kecantikkannya, melambatkan penuaan serta menguatkan daya ingatan untuk menjadikan wanita tampil cantik dan cerdik.

Wanita jadi pelupa lepas bersalin?

Wanita menjadi cepat pelupa selepas bersalin. Prestasi otak semakin menurun mengikut peningkatan usia dan menopaus. Penyakit pelupa adalah ketara bagi wanita yang bersalin secara pembedahan atau mengambil epidural.


Otak manusia terdiri dari jutaan sel saraf (neuron), yang bertugas menyelaraskan semua aktiviti tubuh termasuk perasaan, penglihatan, berfikir dan pergerakan otot. Jika ia tidak berfungsi seperti sepatutnya boleh mengakibatkan epilepsi iaitu kekejangan badan.

Wanita menyedari perubahan pada otak mereka yang sering pelupa dan daya ingatan menjadi lemah. Namun terus mengabaikannya kerana lebih mengutamakan kecantikan fizikal seperti wajah dan bentuk badan. Sikap pelupa sering menyebabkan terlupa letak barang, bertanya soalan beberapa kali, nyanyuk atau ‘lain orang cakap lain yang difaham’. Komunikasi menjadi sukar dan menimbulkan rasa marah kepada pasangan. Dengan gabungan herba-herba terpilih, banyak masalah seperti diatas boleh diatasi atau dibendung dengan mengamalkan Kopi Ratu.

Ginko Biloba
Pokok Ginko Biloba telah wujud sejak 150 hingga 200 juta tahun yang lalu dan digunakan oleh orang-orang Cina untuk merawat pelbagai penyakit. Herba ini digunakan diseluruh dunia untuk meningkatkan jangka hayat seseorang. Antara kebaikan lainnya ialah:

  • Meningatkan aliran darah ke otak & seluruh badan. Secara tidak langsung, kita akan berasa tidak mengantuk, cergas dan lebih fokus.
  • Membekalkan oksigen dan nutrien. Pengaliran darah yang lancar membawa oksigen ke seluruh badan serta otak menyebabkan kesemuanya berfungsi secara optimum.
  • Tinggi antioksidan & melambatkan penuaan.
  • Berkesan meningkatkan fungsi memori.
  • Menguatkan kepekaan mental.
  • Mengurangkan keletihan mental.
  • Membantu mengurangkan nyanyuk atau penyakit Alzheimer.
  • Membantu dalam rawatan penyakit mata dan telinga.

Black Cohosh
Herba Black Cohosh telah digunakan oleh orang asli Amerika selama lebih daripada 200 tahun. Banyak manfaat Black Cohosh boleh dinikmati oleh wanita terutamanya wanita menopaus. Ia mengandungi Vitamin A, patogen asid, anti-radang, analgesik dan sedatif. Ian juga membantu dalam penghasilan estrogen badanyang digunakan dalam terapi penggantian hormon dikalangan wanita untuk membantu memperbaiki kitaran haid yang tidak menentu dan senggugut. Antara kebaikan lainnya ialah:

  • Melegakan keresahan dan kemurungan.
  • Mengatasi masalah sukar tidur.
  • Melegakan kekejangan uterus.
  • Mengurangkan migrain dan perubahan hormon.
  • Mengatasi masalah kekeringan faraj.

Bacopa Monnieri
Perubatan Ayurveda India, menjadikan Bacopa sebagai pelengkap perubatan bagi menguatkan minda. Ia diakatakan berkesan untuk menguatkan daya ingatan, peningkatan memori serta meningkatkan keupayaan kognitif untuk menggalakkan fungsi otak yang optimum. Antara kebaikan lainnya:
  • Merawat penyakit Alzheimer dan Parkinson.
  • Membantu proses berfikir lebih cepat.
  • Menguatkan memori dan tahap Asetilkolin dalam otak.
  • Memberi ketenangan jiwa.
  • Meningkatkan keupayaan pembelajaran, tumpuan dan perhatian.
  • Mengurangkan stress, kemurungan dan kebimbangan.
  • Merawat Asma, Bronchitis, alahan dan anti-radang.
  • Merawat sawan (kekejangan badan, pengaruh dari otak)

 

Dah seminggu lebih aku try minum kopi Ratu nii...terus terang aku katakan memang bagus sebab aku tak ada rasa sakit kepala langsung. Kopinya sedap. Pada mulanya memang aku tak percaya tapi bila dah try test....baru aku rasa akan perubahannya. Yang paling ketara sekali aku boleh drive 5 hari berturut-turut untuk pergi outstation dari pagi hingga ke malam tanpa rasa letih dan juga mengantuk. Selalunya aku memang mudah rasa mengantuk bila drive pada cuaca panas terik dan badan akan rasa cepat letih.



Produk yang diasaskan oleh Bonda Rozita nii memang dipercayai dari dahulu lagi. Bagi yang percaya akan produk herba, mesti ingin mencubanya. Setiap individu lain pula ketahanan badannya. Dan aku sendiri telah mencubanya...so far memang ada rasa kelainan. Walau pun harganya agak mahal sedikit RM 43 sebungkus (15 sachet sahaja) tetapi berbaloi diminum untuk kesihatan diri sendiri kan!

Sekian.

No comments:

Post a comment