Friday, 21 December 2018

Taman Negara Kelantan Menjadi Tumpuan Kaki Pancing Dan Masih Kekal Dengan Keindahan semulajadinya

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Hai... hari ni aku nak bercerita tentang Taman Negara.....opppsss tapi bukan Taman Negara Pahang tau...aku nak cerita tentang Taman Negara Kuala Koh Kelantan. Mesti ramai yang tidak biasa dengar tentang taman negara nii kan...aku pun sama. Semasa mendapat tugasan tentang taman negara nii...aku ingatkan Taman Negara Pahang sebab Taman Negara Pahang nii sangat laa femesnyer di mata dunia. Jangkaan aku sangat la meleset...rupanya aku kena pergi ke Taman Negara Kuala Koh Kelantan.



Soalan pertama yang bermain difikiran aku adalah...apa yang menarik sangat yang ada kat Taman Negara Kuala Koh Kelantan nii?? Tak pernah dengar pun!! macam tak femes pun!! 


Aku tak terasa teruja pun nak pergi apabila diberitahu hotel sangat jauh dan memang terpaksa menginap di dalam taman negara nii. Kebetulan pulak masa tu aku jer yang perempuan...yang lain semua lelaki. Sebenarnya tak de masalah pun bagi aku tetapi rakan sekerja aku yang lelaki nii pulak yang macam susah hati sebab kami kena bermalam di sini selama 4 hari. Dah 16 tahun aku kerja macam nii.. selalunya team aku memang sorang jer perempuan pun. 




Nasib baik last minit dapat jugak cari peneman untuk aku...budak fotografi. Kami tiba kat sini dah lewat petang. Pihak PERHILITAN menyediakan untuk kami chalet (terima kasih banyak-banyak). Kami yang perempuan ditempatkan di chalet VIP tetapi....chalet kami yang paling hadapan tetapi di hujung sekali berhampiran dengan sungai dan di kelilingi dengan pokok-pokok besar. Apabila malam tiba...kami susah nak lelapkan mata dan ditambahkan pula chalet kami tuu tak de langsir...so boleh lihat sekeliling. Korang rasa.....





Ok laaa aku teruskan dulu dengan latar belakang sejarah Taman Negara nii... Taman Negara terletak di tiga buah sempadan yang melibatkan negeri Kelantan, Pahang dan Terengganu. Taman Negara Kuala Koh terletak di sempadan negeri Kelantan dan berada dalam Jajahan Gua Musang. Ia terletak dalam kawasan Hutan Simpan Bukit Hantu dan Hutan Simpan Lebir.  


"Kejauhan lokasinya adalah kira-kira 290 km dari Kuala Kumpur, 185 km Kota Bharu dan 90 km dari Gua Musang."


Ia mudah diakses oleh pengunjung dan pelancong melalui jalan raya khususnya Jalan Gua Musang - Kuala Krai. Aset semulajadi yang dimiliki terutamanya kepelbagaian kehidupan flora dan fauna serta ekosistem hutan hujan tropika amat sesuai bagi aktiviti ekopelancongan selain bagi tujuan penyelidikan dan pembangunan (R & D).


  
Taman Negara Kuala Koh atau juga dikenali sebagai Taman Negara Kelantan merupakan pintu masuk rasmi di negeri Kelantan untuk ke Taman Negara Malaysia. Taman Negara Kuala Koh terletak di hujung ladang kelapa sawit, Kuala Koh agak unik jika hendak dibandingkan dengan Taman Negara Kuala Tahan, dan terletak bertentangan dengan Sungai Lebir dan Sungai Koh.


Dari aspek perhubungan, Taman Negara Kuala Koh terletak 96 kilometer dari bandar Gua Musang dan ia mudah dihubungi oleh pengunjung dan pelancong melalui jalan raya khususnya Jalan Gua Musang-Kuala Krai. Aset semula jadi yang dimiliki oleh Taman Negara Kuala Koh khususnya kepelbagaian kehidupan flora dan fauna serta ekosistem hutan hujan tropika amat sesuai bagi aktiviti ekopelancongan selain bagi tujuan penyelidikan dan pembangunan (R & D). 


Antara aktiviti yang dianjurkan oleh pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara ialah pemerhatian burung (melebihi 300 spesies),memancing di rangkaian sungai, sesi fotografi, meredah hutan melalui rentis interpretif, berkayak/berakit, menaiki titian kanopi dan perkhemahan. 


Bagi keselesaan pengunjung dan pelancong, antara kemudahan yang disediakan di Taman Negara Kuala Koh termasuklah chalet dan asrama, restoran, bilik mesyuarat, bilik interpretif, tapak perkhemahan, perkhidmatan bot, wakaf/pondok untuk istirehat, surau dan tempat letak kenderaan. 


Bagi tempoh 2000-2006, sejumlah 25,477 pengunjung dan pelancong telah mengunjungi Taman Negara Kuala Koh dimana sebahagian besar adalah pengunjung tempatan (97.8%) berbanding pelancong asing (2.2%). Isu utama bagi Taman Negara Kuala Koh ialah tiada perkhidmatan pengangkutan awam disediakan bagi pengunjung/pelancong dan kekurangan promosi bagi menarik lebih ramai pelancong khususnya pelancong asing.


Pada tahun 2014 Negeri Kelantan mengalami banjir yang besar menyebabkan banyak kerosakan yang berlaku di Taman Negara Kelantan Kuala Koh ini. Kesan-kesan banjir ini masih lagi kelihatan di sini. 


Banyak kemudahan untuk pengunjung masih tidak dapat dibaiki sepenuhnya. Jambatan gantung di tempat yang asal telah musnah dan diganti dengan yang baru di tempat sekarang iaitu bersebelahan dengan bangunan utama. 


Titian kanopi tidak dapat digunakan kerana kekurangan peruntukan bagi membaikinya akibat daripada pokok yang tumbang. 


Taman Negara Kelantan ini menjadi tumpuan kaki pancing kerana di sini terdapat banyak lubuk-lubuk ikan dan kosnya juga lebih murah berbanding dengan tempat lain. Selain itu, alam semula jadinya masih kekal terpelihara. 


Kemudahan perhubungan melalui telefon adalah sangat baik di sini kerana terdapatnya menara cellular.


Perjalanan Ke Sana
Pelancong boleh memandu sendiri atau menggunakan pengangkutan awam (teksi) ke Kuala Koh daripada Gua Musang, Kelantan. Terdapat juga jalan ke pintu masuk ini melalui jalan utama Gua Musang - Kuala Krai - Kota Bharu.


Permit Dan Lesen
Setiap pelancong mesti mendapatkan permit masuk dengan harga RM1.00 seorang. Harga lesen memancing ialah RM10.00 setiap satu joran dan lesen kamera ialah RM5.00 setiap satu unit kamera.


Penginapan
Terdapat 6 buah syele dan sebuah asrama yang mempunyai 74 katil. Sewa untuk setiap syele ialah RM40.00 satu malam dan asrama RM12.00 seorang. Sewa untuk berkhemah ialah RM1.00 seorang. Urusan penginapan kini di bawah pengurusan pihak swasta. 

Untuk maklumat lanjut mengenai penginapan dan aktiviti serta tempahan, sila hubungi Nik Nora, Pengurus Resort Taman Negara Kuala Koh di talian 012-9654788.


Taman Negara Kelantan, Kuala Koh
18300 Gua Musang, Kelantan
Tel : 09-928 2952
Emel/Emailtnkelantan@wildlife.gov.my

Pejabat PERHILITAN
Jajahan Gua Musang
Wisma Persekutuan

18300 Gua Musang
Kelantan
Tel/Faks : 09-912 2940
Emel/Emailpkhlguamusang@wildlife.gov.my



Apa yang aku suka tentang Taman Negara Kuala Koh Kelantan nii adalah keaslian alam semulajadinya. Taman Negara Kelantan ini adalah taman negara yang tertua sekali dan yang pertama dijumpai. Apa yang menarik dan bagusnya adalah taman negara ini tidak terusik dengan pembangunan. Bangunan pentadbiran yang didirikan pun berada di luar sempadan taman negara ini. 


Seolah-olah aku berada di satu alam yang lain bila berada di sini....kembali dan dekat dengan alam semulajadi dengan udaranya yang segar dan nyaman...airnya yang jernih dan sejuk...pokok-pokoknya yang menghijau serta tinggi... 


Aku rasa sangat berbaloi bila tiba di sini walaupun perjalannya agak mencabar dari Kuala Lumpur yang memakan masa hampir 7 jam. Pada permulaanya memang aku merasa serik tetapi bila tiba di sini keseronokkannya memang terasa. Di tambah pula dengan talian telefon yang memang bagus...korang boleh layar internet, fb, ig dan lain-lain dengan baik.  

AKTIVITI REKREASI
Pemerhatian Burung
         Terdapat lebih daripada 300 spesies burung di Taman Negara.
    Pemerhati burung yang berpengalaman berkemungkinan untuk memerhati 150 spesies burung untuk jangka masa beberapa hari sahaja.Terdapat pelbagai spesies burung yang menjadi tarikan kepada permerhati burung antaranya Murai Batu, Enggang Badak, Kuang Raya, Enggang Terbang Mentua dan Cecawi Anting-Anting.
Memancing
          Terdapat beberapa kawasan memancing yang baik di sini.
       Walau bagaimanapun, memancing ditegah di beberapa buah sungai kerana sungai ini telah dikhaskan sebagai kawasan pembiakan untuk sesetengah spesies ikan.
               Lubuk Sinar
                    Lubuk Kedah
                    Lubok Kaloi Bawah       
                   Lubok Kaloi Atas
                   Lubuk Jenga         
          Lubuk Pintu Raja (dibuka 2 kali / bulan dan maksimum 3 orang     sahaja)
                   Lubuk Kem Besu (dibuka sebulan sekali)
Fotografi
           Taman Negara merupakan syurga kepada juru foto kerana di sini terdapat kecantikan yang semula jadi dan kepelbagaian flora dan fauna.
Rintis Hutan
           Terdapat beberapa rintis interpretasi di Kuala Koh. Salah satunya merentasi sungai dan pelancong terpaksa berjalan melalui sebuah jambatan gantung.
       Rentis yang paling digemari pelawat adalah Rentis Ara dan  Rentis Sinar.
    Rentis yang paling panjang adalah Rentis Kuala Pertang yang mengambil masa 3 jam perjalanan.
Berkayak
           Sungai yang jernih di Kuala Koh menjadikan kawasannya sesuai untuk berkayak.
Titian Kanopi
           Lihatlah Taman Negara daripada atas titian kanopi.
           Bayaran RM5.00 bagi orang dewasa dan RM3.00 bagi kanak-kanak dikenakan.

Oh ya lupa pulak aku nak bagi tahu... kat sini kedai makan memang tiada so korang kena memandu ke kampung berhampiran lebih kurang 20 minit perjalanan. Kalau korang datang secara berkumpulan yang ramai...korang boleh membuat tempahan di cafe taman negara ini. 


Di dalam taman negara ini ada pejabat Jabatan PERHILITAN dan juga cafe. Masakan cafe nii....aku rasa memang terbaik dan sedap. Yang paling kita orang suka ialah bancuhan airnya memang sedap weii...kami selalu order 2 hingga 3 gelas untuk seorang. Bagi yang kaki pancing pulak..... aku rasa tempat nii memang sangat sesuai dengan korang. Ikannya sangat banyak dan melompat-lompat. Aku harap taman negara ini akan terus kekal terpelihara dengan keindahan alam semulajadinya yang asli.

Sekian.

No comments:

Post a comment