Wednesday, 26 December 2018

Syahirah Produk Penjagaan Kecantikan Rahsia Korea

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Hai korang semua. semoga ceria-ceria jer yea hari nii. Hari ni entri aku nak citer tentang satu produk nii... ini merupakan kali pertama aku menulis tentang sesuatu produk berkaitan dengan kecantikkanActually kulit muka aku tak la bermasalah sangat cuma mudah menjadi kusam dan terbakar sekiranya terdedah di bawah cahaya matahari. Dengan keadaan kerja aku yang selalu gi melawat tapak projek...mudah sangat laa kulit aku jadi terbakar (sun burn).




Lagi satu...aku nii memang tak pandai sangat nak mencari produk yang sesuai dengan kulit aku....selalu jer tak sesuai setiap kali pergi membeli. Nak dijadikan cerita...masa tu aku nak gi outstation dan aku pun pergi la membeli satu produk pembersih muka nii sebab harganya yang murah dan aku nak cari saiz kecil untuk mudah dibawa gi travel.

Masa mula guna lebih kurang 3 hari…produk pembersih nii memang aku dah perasan akan perubahan kulit muka aku tapi aku tak laa ambik kisah sangat. 
Apabila aku berpindah tempat kerja di Melaka dari Kuala Lumpur…keadaan kulit aku semakin kering dengan keadaan cuaca yang sangat panas di sini…aku jadi sangat risau dengan kulit aku yang kusam dan teruk terbakar. Kebetulan pulak masa tuu ada lagi balance-balance produk pembersih muka ini…aku pun berazam untuk menghabiskannya dan membeli yang baru.


Mula-mula aku survey secara online…harganya agak berpatutan tapi kalau nak beli satu set boleh terbarai la gak poket. So aku bercadang nak gi survey kat Mydin…terkejut dan hepi giler aku dibuatnya sebab kat Mydin…aku boleh dapat harga lagi murah sebab kebetulan masa tu ada sales..aku dapat jimat lebih kurang RM 3.00 – 4.00 untuk setiap satu produk. Aku pun apa lagi....beli laa 5 iaitu pembersih muka, skrub muka, krim malam, krim siang dan penyegarProduk Syahirah nii ada dua jenis…1 untuk mencerah (packaging warna putih) dan 1 lagi untuk melembab (packaging warna biru aqua). 

Jenama SYAHIRAH bukanlah baru di dalam bidang penjagaan kecantikan di mana ianya sudah bertapak lebih dari 10 tahun. Apabila membeli rangkaian produk penjagaan kecantikan pastinya perkara pertama yang aku lihat adakah ianya HALAL? Dengan SYAHIRAH korang tidak perlu risau kerana ia telah mendapat sijil halal sejak tahun 2007.


Produk yang direka khas dengan agen pencerahan dari Tri-Flower Essence dengan campuran bunga-bungaan merah jambu iaitu bunga Sakura, Lotus dan Camelia yang membantu memberi pencerahan pada kulit wajah agar tampil cerah berseri! Juga diperkaya dengan manfaat penghidratan serta dapat mengurangkan rengsa dan ketidak selesaan pada kulit.


Rangkaian SYAHIRAH KOREAN SECRETS White Glow mengandungi 6 produk hebat iaitu Pembersih Muka, Pembersih Muka Anti-Jerawat, Penyegar Tanpa Alkohol, Krim Siang SPF20, Krim Malam serta Krim Kecantikan SPF15 yang menjadi rejim kecantikan untuk kulit cerah berseri.

SYAHIRAH KOREAN SECRETS White Glow:

1. Gel Pembersih Muka Anti-jerawat : Membantu membersihkan kotoran dan lebihan minyak pada kulit wajah yang menjadi punca munculnya jerawat dan bintik hitam.

2. Gel Pembersih muka: membantu membersihkan sisa kotoran pada kulit wajah disamping meningkatkan kecerahan kulit.

3. Penyegar Tanpa Alkohol: membantu mengecilkan pori-pori serta memberi kesegaran kepada kulit setiap kali selepas pembersihan. Ia juga memudahkan penyerapan produk selanjutnya sekali gus menjadikan kulit lebih licin.

4. Krim Siang Spf 20 : membantu mencerahkan kulit di samping melembapkan kulit wajah. Dengan SPF 20 ia membantu melindungi kulit wajah dari sinaran merbahaya UVA & UVB.

5. Krim Malam : membantu untuk mencerahkan kulit disamping melembapkan kulit wajah. Teksturnya yang lembut dan kurang berminyak memberikan keselesaaan dan kesegaran pada kulit semasa tidur.

6. Krim Kecantikan SPF 15 : sesuai digunakan sebagai asas solekan untuk membantu menutup cela jeragat serta meratakan tona kulit. Dengan SPF 15 ia membantu melindungi kulit wajah dari sinar merbahaya UVA & UVB.


Penggunaan rona merah jambu yang sepadan dengan ramuan yang digunakan serta bersulamkan warna putih yang mencerminkan manfaat kecerahan pada rekaan pembungkusan SYAHIRAH KOREAN SECRETS White Glow. Kini, berlari dan menari bagai artis K-pop di bawah sinaran mentari bukan lagi masalah buatmu!



SYAHIRAH KOREAN SECRETS Hydra Soft ini pula mengandungi 5 produk hebat iaitu Gel Pembersih Muka, Skrub Muka, Penyegar Tanpa Alkohol, Krim Pelembap Muka serta Krim Kecantikan yang menjadi rejim kecantikan lengkap untuk kulit cantik dan mulus sekata.

SYAHIRAH KOREAN SECRETS Hydra Soft: 

1. Skrub Muka: diformulasi dengan manik pengelupasan lembut yang membantu menghilangkan kotoran dan sel-sel kulit mati untuk kulit lebih licin.

2. Gel Pembersih Muka: membantu membersihkan kotoran di samping memelihara kelembapan kulit.

3. Penyegar Tanpa Alkohol: membantu mengecilkan pori-pori serta memberi kesegaran kepada kulit selepas setiap pembersihan. Ia juga memudahkan penyerapan produk selanjutnya sekali gus menjadikan kulit lebih licin.

4. Krim Pelembap: membantu membekalkan kelembapan untuk kulit wajah yang segar berseri.

5. Krim Kecantikan: sesuai digunakan sebagai asas solekan untuk membantu menutup cela, jeragat serta meratakan tona kulit.


Penggunaan rona biru aqua cerah sebagai simbolik kelembapan & penghidratan dicalit pallete putih bersih bunga pada rekaan pembungkusan SYAHIRAH KOREAN SECRETS Hydra Softpasti menyerlahkan rasa segar sesuai dengan manfaatnya yang pasti menyerlahkan sisi “personaliti Korea” yang ada dalam dirimu! 


Aku memilih produk Syahirah jenis Korean Secret White Glow sebab masalah kulit muka aku yang mudah kusam dan terbakar. Alhamdulillah dah 2 bulan aku menggunakan produk ini dan kesannya memang aku rasai...kulit muka aku semakin cerah dan sekata. Kulit muka nampak glowing... Sebenarnya aku seorang yang tidak gemar memakai sebarang krim tetapi disebabkan kulit muka aku menjadi kering aku terpaksa membeli krim siang dan jugak krim malam. Best guna krim Syahirah sebab ianya tidak melekik tetapi mudah meresap ke dalam kulit. Krim siang berwarna putih dan krim malam pula berwarna jernih.

Penyegarnya pula sangat harum bau bunga sakura dan segar digunakan. Untuk yang white glow nii ia tidak ada pembersih muka skrub...jadi aku beli yang hydra soft.

Bagi yang inginkan kulit ala-ala kulit Korea tuu bolehlah mencuba produk nii. Harganya memang berpatutan dengan hasil yang aku dapat nii...Nak beli yang mahal-mahal memang tak mampu...hik3x

Sekian.

1 comment: