Sunday, 16 December 2018

Putik Telaga Dara Memberi Kesegaran Dan Kebersihan Sepanjang Hari

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Hai kengkawan semua... Apa khabar korang semua hari nii? Jom aku nak citer tentang produk yang aku suka guna nii sehingga ke hari ini. Ini merupakan botol yang ke tiga bagi aku. Botolnya memang kecil supaya senang dibawa kemana jua. Sebotol harganya cuma RM 23. Produk yang aku nak citer nii dari jenama Jamu ratu Malaya (JRM) iaitu pencuci wanita Putik Telaga Dara.


Putik Telaga Dara adalah merupakan pencuci wanita yang dihasilkan daripada adunan herba terpilih seperti Kacip Fatimah, sirih dan daun pudina bersama kebaikan gamat yang ternyata mampu mengatasi masalah keputihan, kegatalan dan bau yang kurang menyenangkan pada bahagian intim sekaligus memberikan kesegaran yang berpanjangan buat tubuh badan korang. Korang cuma pakai dua titik sahaja dah mencukupi dan boleh bertahan sehingga 3 bulan tau. Cecairnya memang pekat sebab tu korang guna dua titik sahaja dah rasa segar dan juga bersih.


KANDUNGAN PUTIK TELAGA DARA


Daun Pudina: Selain membantu memelihara kelembapan dan kehalusan kulit, daun pudina juga dapat menyingkirkan toksin serta mengatasi masalah kegatalan kulit. Ia juga dapat menyejukkan dan menyamankan bahagian intim seterusnya menjadikan anda lebih selesa sepanjang hari
.



Daun Tea Tree: Daun pokok T-tree atau gelam wangi bersifat antiseptik yang berperanan mengatasi mencegah serangan bakteria dan kuman sekaligus membantu mengatasi masalah bau yang kurang menyenangkan pada bahagian intim. Malah, ia juga berupaya memperbaiki struktur kulit serta menyejukkan dan mendinginkan kulit sekaligus memberikan kesegaran buat bahagian intim anda.


Sirih: Daun sirih yang bersifat antiseptik dan antibakteria ini mampu mengatasi masalah keputihan, kegatalan dan bau yang kurang menyenangkan pada bahagian intim kaum wanita. 


Kacip Fatimah: Kacip Fatimah merupakan herba tradisional yang terkenal dengan khasiatnya bagi kesihatan dalaman wanita. Ia mengandungi phytoestrogen yang berupaya mengetatkan otot faraj serta membantu mengatasi masalah keputihan dan kitaran haid yang tidak stabil.


Vitamin E: Vitamin E merupakan agen antioksidan yang berkesan untuk meningkatkan keanjalan, kehalusan dan kelembapan kulit selain dapat membantu melindungi sel kulit daripada kerosakan.


Gamat: Gamat sarat dengan asid lemak seperti EPA dan DHA yang membantu melambatkan proses penuaan sel di samping mengurangkan kerosakan sel. Di samping itu, gamat mengandungi kolagen yang mampu menentang kesan penuaan selain memelihara kehalusan dan keanjalan kulit.

CARA PENGGUNAAN PUTIK TELAGA DARA
Buihkan gel Putik Telaga Dara dan gosokkan pada bahagian intim. Bilas sehingga bersih. Gunakan 2-3 kali sehari terutamanya ketika haid untuk kesegaran yang berpanjangan.

Aku dah try banyak jenis produk pencuci wanita nii...tapi produk JRM Putik Telaga Dara nii yang terbaik dan best untuk aku. Korang akan rasa bahagian V korang lebih anjal dan ketat selain bersih dan juga segar. Memang berbaloi-baloi beli. Aku pun dah promote kat kengkawan aku...dan kebanyakkan memang menyukainya dan akan order lagi.


Sekian.

No comments:

Post a comment