Saturday, 2 June 2018

Pengalaman Bercuti Ke Bandar Ho Chi Minh, Vietnam

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Hai...berjumpa lagi kita di hari yang indah ini. Di harap semuanya berada dalam keadaan sihat juga yea...Hari nii aku nak berciter tentang pengalaman aku bercuti ke bandar Ho Chi Minh. ini merupakan percutian aku kali ke dua... kali pertama dulu aku pergi bersama BFF aku dan kali nii aku bawa mak aku sekali untuk merasai keseronokan bercuti kat Vietnam nii..


Aku sendiri tidak menjangkakan yang aku akan pergi bercuti ke Vietnam untuk kali ke dua. Aku diajak oleh ex classmate aku untuk join group dia kerana tidak cukup orang. Aku berusaha jugak kumpul duit dalam masa yang terdekat untuk membawa mak aku sekali untuk mengembirakan hatinya dan merubah angin...orang kata. 


Aku menjemput mak aku kat ipoh dan dari Ipoh kami menaiki bas ekspress terus ke KLIA 2. Flight kami dijadualkan jam 6.00 petang (Vietnam Airlines). Mak aku sangat teruja untuk bercuti ke Vietnam nii sehinggakan dia makan dalam kuantiti yang sedikit kerana risau perut meragam bila dalam perjalanan nanti. Aku tiba agak awal di KLIA 2 iaitu pada waktu tengahari...selepas makan dan solat kami berehat sambil menunggu rakan-rakan yang lain tiba. Group travelling kami adalah seramai 12 orang...alhamdulilah, walau pun kami tidak mengenali antara satu sama lain tetapi sentiasa bertolak ansur.



Penduduk Vietnam sangat rajin berusaha dan berniaga untuk menyara hidup seharian. Perjalanan dari KLIA 2 ke airport Tan Son Nhat, Ho Chi Minh City mengambil masa dalam 2 jamWaktu di Vietnam cuma berbeza sejam saja dari negara kita. So senanglah nak bajet waktu solat kan! Lebih kurang macam kat Sabah dan Sarawak jer waktunya.



Di Ho Chi Minh, korang bukan saja hanya boleh bershopping, banyak tempat menarik yang korang kena pergi dan terokai. Korang boleh belajar mengenai budaya dan adat mereka. 


Kebanyakkan barang yang dijual dekat Vietnam ni, semuanya ada jer jual kat Malaysia. Untuk kali ke dua nii...duit Malaysia jatuh tetapi aku still bawa jugak RM sebagai tips tetapi lebih baik bawa saja VND. Peniaga kat Vietnam nii sudah biasa menerima kunjungan rakyat Malaysia.... Jadi, diorang pandai  kira untuk tukarkan duit kita dengan VND yang akan menyebabkan barangan tersebut menjadi mahal.



Di Vietnam ini memang terkenal dengan makanan yang dipanggil Pho Bo (Fe Be), iaitu Beef Noodles Soup dan Vietnamese Spring Rolls....Memang sedap dan korang kena cuba.


Antara restoran halal yang terbaik di Ho Chi Minh adalah:
  • Restoran Basiroh
  • Banana Leaf Halal
  • Restoran Serai
  • Salima Halal
  • Halal Saigon Seri Penang
Restoran Halal Saigon Seri Penang adalah milik orang Malaysia iaitu Dato’ Helmi yang diuruskan oleh Mohd. Syukri. Antara menu yang harus dicuba di restoran ini adalah nasi masak blackpepper, air kedondong, dan nasi goreng ayam roasted vietnam.



Oh yaa...lupa nak citer pasal hotel kami menginap. Hotel kami memang berhadapan dengan Ben Tanh Night Market. Mereka ini merupakan peniaga di dalam Ben Tanh Market dan pada sebelah malam pula mereka akan berpindah keluar dan menjual di ruang luar seperti pasar malam yang memeriahkaan lagi suasana malam itu. Harga Barang pun lebih kurang jer. Ben Tanh Night Market beroperasi dari jam 6 petang hingga 12 tengah malam. Tetapi korang kenalah berhati - hati ketika hendak menbeli kerana jalan ini dipenuhi dengan motor lalu lalang. 



Hari pertama kami sampai di Ho Chi Minh...hari dah pun jam 8:00 malam. Selepas makan malam aku cadangkan kat mak aku supaya berehat untuk kumpul tenaga kerana esok bermulalah jadual lawatan kami. Jam 8:00 pagi bas pelancong sudah sedia menunggu kami. 



Pada hari ini kami akan mengikuti tour Mekong River Delta. Tempat nii memang wajib korang pergi apabila datang ke sini. Best giler tau.... mak aku yang tak berapa nak sihat tuu pun boleh jadi sihat bila tiba kat Ho Chi Minh nii.... jalan lagi laju dari aku pulak tuu...aku pulak yang tertinggal kat belakang. Sebelum ke Mekong kami singgah dulu di Saigon Central Mosque (Jamia Muslimin Mosque). Perjalanan untuk ke Mekong River Delta ini memakan masa hampir 2 jam.



Kat Mekong River Delta nii...korang boleh naik sampan menyusuri Delta Mekong nii...1 sampan boleh naik 3 orang jer sebab sampannya kecik. Malamnya pula kami berpeluang menaiki River Cruise dan menikmati suasana malam.



Keesokkannya pula iaitu hari ke tiga kami mengikuti tour Chu Chi Tunnel...lawatan ke sini merupakan kali pertama aku pergi kerana group aku yang pertama dulu lebih fokus kepada shopping. Group kali ini pula lebih fokus kepada lawatan tempat bersejarah...group kali nii lebih berusia...group yang dulu lebih muda-mudi.



Chu Chi Tunnel nii...adalah sebuah sistem terowong di Kabupaten Cuchi, SaigonVietnam. Terowong ini terletak 40 km utara dari pusat bandar. Ia telah dibangunkan ketika era Perang Vietnam, oleh pasukan Komunis Vietnam. Ketika peperangan berlangsung, ramai askar serta pemimpin komunis telah menetap dalam sistem terowong ini sebagai salah satu kaedah berlindung dan menyelamatkan diri dari serangan musuh. Tentera Amerika Syarikat dan Vietnam Selatan tidak dapat menghancurkan sistem ini. Hari ini, sistem terowong ini dijadikan aset pelancongan yang popular di Vietnam. 



Perjalanan untuk sampai ke sini dari bandar Ho Chi Minh hampir 2 jam 30 minit. Kawasannya pula sangat luas...berpeluh jugak laa menapak. Bagi yang minat sejarah...tempat ini sangat bagus untuk diterokai.



Pada hari ke empat sebelum bertolak pulang...kami singgah sebentar di Notre Dame Basilica dan Central Post Office. Ia merupakan salah satu bangunan bersejarah dan menarik senibinanya untuk korang lihat dan bergambar.



Central Post Office ini merupakan tinggalan kolonial Perancis dan dipelihara dengan sebaiknya sejak tahun 1891. Bangunan ini masih lagi mengekalkan fungsi yang sama sebagai pejabat pos bagi mengirim surat dan juga poskad. Bangunan ini direka oleh Gustave Eiffel yang mana merupakan pereka yang sama bagi mereka Eiffel Tower di Paris.



Notre Dame Basilica pula terletak bersebelahan dengan pejabat pos ini. Masih lagi digunakan sebagai tempat beribadah pada setiap hari Ahad. Juga merupakan senibina tinggalan kolonial Perancis di mana terdapat dua menara dengan ketinggian 60 meter.


Dari 2 beg jer masa pergi...waktu balik dah beranak jadi 6 beg...

Kali ini aku sangat berpuashati bercuti ke Ho Chi Minh kerana selain daripada dapat bershopping aku juga dapat melihat dan merasai tempat bersejarah serta tempat pelancong yang ada kat sini. Untuk lawatan ke 3 pula..InshaAllah sekiranya diizinkan, aku ingin pergi melawat ke muzium-muzium di sini. Setakat ini sahaja untuk kali ini...

Sekian.