Sunday, 18 March 2018

Telaga Simpul

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,


Hai...Korang Semua. Apa Khabar hari nii? Sihat-sihat ajer yea tak? Hari nii aku nak cerita tentang sebuah tempat pelancongan yang mempunyai unsur-unsur sejarah di Terengganu. Ada juga yang menjadikan tempat ini sebagi tempat riadah di hujung minggu. Tempat yang aku maksudkan ini ialah Telaga Simpul. Korang pernah dengar tak nama nii...


Telaga Simpul nii terletak di pantai Marina 15 km dari Kemaman. Telaga ini  wujud apabila airmata dari Bukit Pejajat mengalir turun menjadi kolam takungan air. Telaga ini dikatakan tidak pernah kering, jernih dan menyegarkan. Pada masa dulu telaga ini hanya berdindingkan tanah kini telah dibina dinding yang lebih kemas supaya dapat menarik pelancong ke sini. 


Mengikut catatan Abdullah Munsyi dalam buku "Kisah pelayaran Abdullah Munsyi ke Kelantan" ada menyebut semasa pelayaran balik dari Kelantan, beliau telah singgah di suatu tempat di Kemaman iaitu Telaga Simpul untuk mengambil air minuman dan mandi manda. Semasa di Telaga Simpul beliau dan awak-awak yang mandi, setiap orang di situ dimestikan mengambil daun mengkuang yang tumbuh di sekitar itu dan menyimpulkannya kemudian diletakkan berhampiran telaga sekiranya gagal berbuat demikian mereka akan ditimpa bencana. Amalan ini adalah adat dan pantang larang yang diamalkan oleh penduduk tempatan sejak dulu lagi.


Telaga Simpul merupakan aliran air yang mengalir turun dari atas bukit dan bertakung. Takungan mata air ini telah digunakan oleh penduduk tempatan dan pelayar-pelayar yang singgah untuk mandi, membasuh dan juga bagi tujuan air minuman. 

Menurut cerita daripada orang-orang tua, kawasan tersebut pernah menjadi tempat kediaman makhluk halus yang mana penduduk tempatan pernah membuat urusan pinjam meminjam bahan-bahan tembikar untuk kenduri kendara.

Kerajaan Negeri Terengganu telah mencantikkan kawasan ini bagi tujuan pelancongan.

Sekian.

No comments:

Post a comment