Monday, 6 November 2017

Pengkalan Bujang Merupakan Salah Satu Kawasan Pelabuhan Entrepot Yang Terkenal Dengan Candi Bersejarah

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,

Hai... hari aku nak bercerita tentang sebuah tapak arkeologi yang sangat terkenal di Utara Malaysia iaitu Candi Pengkalan Bujang. Sebenarnya aku pun baru 1st time tiba kat tempat nii walaupun dah lama menyimpan impian untuk ke sini.  Aku difahamkan kat sini dulunya terdapat banyak candi tetapi telah pun musnah dimakan usia. Kini yang tinggal hanyalah 3 candi.


Candi Pengkalan Bujang dipercayai dibina sekitar abad ke-10 hingga abad ke-14. Tapak Pengkalan Bujang telah dikenal pasti oleh Dr. Quaritch Wales dalam tinjauan satu ketika dahulu pada tahun 1936-37.



"Pengkalan Bujang merupakan salah satu kawasan pelaburan entrepot. "

Pemandangan hadapan Tapak Candi 19 yang telah dilakukan kerja-kerja pemuliharaan




Ekskavasi bermula dari tahun 1974 yang dijalankan oleh Jabatan Muzium dan Antikuti. Manakala dari tahun 1986 hingga 1991, Muzium Arkeologi Lembah Bujang dengan kerjasama pensyarah dan pelajar dari Jabatan Sejarah, Universiti Kebangsaan Malaysia telah menjalankan projek ekskavasi di Kompleks Percandian Pengkalan Bujang, Mukim Bujang, khususnya di tapak 23.



Pemandangan bahagian dalam Tapak Candi 19 yang masih dalam keadaan yang baik

Ekskavasi di kompleks ini telah menemukan enam buah candi di dalam kawasan seluas 3.5 hektar. Ekskavasi ini dilaksanakan untuk mendapatkan data berkaitan kepadatan dan kepelbagaian artifak untuk kajian perbandingan dengan Sungai Mas.

Tapak Candi 19 ini terletak di hadapan sekali berhampiran dengan pintu masuk utama


Kesan-kesan peninggalan arkeologi di Lembah Bujang telah pertama kali disiasat oleh Kolonel James Low di dalam tahun 1864, tetapi sejauh mana penyelidikan dijalankan adalah sukar ditentukan kerana tidak terdapat sebarang laporan yang lengkap. Walau bagaimana pun catatan yang dibuat sekurang-kurangnya menunjukkan beberapa tapak telah ditemui.

Tapak Candi 23 ini telah diwartakan sebagai tapak warisan

Di awal kurun kedua puluh, dua orang ahli ukur yang bertugas di puncak Gunung Jerai telah menjumpai tinggalan tapak Hindu di situ. Seterusnya kajian di Lembah Bujang telah dibuat oleh Evans di antara tahun-tahun 1920an dan 1930an dengan begitu ghairah sekali.

Pemandangan hadapan Tapak Candi 23
Di dalam tahun 1921 beliau melawat Sungai Batu dan menjumpai patung Durga Devi bersama dengan Mahishahura. Di dalam tahun 1923, sekali lagi beliau melawat Sungai Batu dan menjumpai Patung Ganesha dan banyak lagi bahan-bahan arkeologi telah ditemui di tahun-tahun selepasnya (Evans 1927).


"Seni bina candi ini berunsur Hindu-Buddha"


Pemandangan dalam kawasan Tapak Candi 23
Kedua-dua di atas telah membuka lembaran baru di dalam pengkajian sejarah awal Negeri Kedah. Low dan Evans bahawa artifek dan monumen-monumen yang dijumpai di Kedah itu mempunyai unsur-unsur India, dan orang-orang Hindu dan Buddha datang ke rantau ini dalam bentuk penjajah.



Low dan Evans juga berpendapat bahawa Langkasuka terletak di Selatan Kedah dan Low lebih tepat mengatakan Langkasuka terletak di Bukit Meriam manakala Evans meletakkannya di Sungai Batu, malah menekankan bahawa Kerajaan Srivijaya yang berpusat di Pelembang mempunyai pengaruh yang kuat di Kedah. Jadi, selain daripada membuka tirai untuk penyelidikan arkeologi selanjutnya di Lembah Bujang, mereka juga telah memberi pendapat berkaitan dengan kawasan tersebut.


Di antara tahun-tahun 1937-1938, H.G. Quaritch-Wales bersama isterinya telah membuat satu penyelidikan yang menyeluruh dan meluas di Lembah Bujang, dan hasil dari penyiasatan tersebut sebanyak 30 tapak-tapak berupa candi telah ditemui, dua puluh sembilan darinya terletak di sekitar Lembah Bujang dan yang selebihnya di Seberang Perai (Quaritch-Wales 1940).



Sejurus selepas Perang Dunia Kedua, mereka telah menyambung penyelidikan dan kali ini menumpukan perhatian kepada tapak-tapak di Seberang Perai (Quaritch-Wales and Quaritch-Wales 1947). Perlu diingat bahawa kedatangan Quaritch-Wales ke Lembah Bujang adalah atas urusan Greater India Research Committee yang berpusat di Calcutta, yang bertujuan untuk melihat dan meninjau proses penjajahan yang dibawa oleh orang-orang India di rantau ini.


Lembah Bujang atau Kedah dipilih berdasarkan kedudukan ilmu alamnya yang terletak di tengah-tengah antara India dan China. Di dalam konteks ini, kita dapati bahawa penyelidikan yang dijalankan oleh Quaricth-Wales, walaupun dibuat secara sistematik, adalah berat sebelah, kerana sudah wujud satu pemahaman yang kukuh yang cuba dibuktikannya. Atas dasar ini beliau sering dikritik berhubung dengan kesimpulan-kesimpulan yang dibuat mengenai arkeologi Lembah Bujang.


Kajian di Lembah Bujang telah terhenti untuk seketika sehingga tahun 1956 apabila Persatuan Arkeologi Universiti Utara Malaysia di bawah arahan K.G Tregonning dan M. Sullivan membuat eskavasi dan tinjauan di sekitar Seberang Perai dan Lembah Bujang (Sullivan 1958).


Walau bagaimanapun penyelidikan yang lebih berkesan dan lebih sistematik telah dimulakan oleh Lamb, beliau dengan kerjasama beberapa orang pakar dari luar telah berjaya menggali cari dan membina semula tapak Candi Bukit Batu Pahat di antara tahun-tahun 1959-1960 (Lamb 1960).



Lamb selanjutnya telah membuka jalan baru dengan membuat eskavasi di Pengkalan Lembah Bujang yang telah menghasilkan timbunan serpihan seramik di dasar sungai tersebut (Lamb 1961).




Tapak 23 Candi Pengkalan Bujang ini telah diwartakan sebagai Warisan pada 20 April 2017 di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 [Akta 645] oleh Jabatan Warisan Negara.

Bagi yang berminat dengan sejarah dan tapak arkeologi bolehlah ke sini bagi melihat lebih dekat tapak candi ini.


Sekian.

No comments:

Post a comment